Friday, June 6, 2014

Ketahui konsep 'cukai hijau' yang dilaksanakan oleh Bangladesh


Ketahui konsep 'cukai hijau' yang dilaksanakan oleh Bangladesh | Bangladesh semalam, menguatkuasakan 'cukai hijau' untuk memaksa kilang-kilang yang menyumbang kepada pencemaran membayar levi tambahan dalam usaha untuk membersihkan sungai dan udara yang semakin tercemar di negara ini. Cukai alam sekitar itu diumumkan sebagai sebahagian daripada AS$32 bilion (RM103.5 bilion) bajet untuk tahun 2014 dan 2015, yang turut memfokuskan terhadap projek infrastruktur gergasi yang baharu di bandar raya ini. "Industri cairan dan bahan buangan daripada kumbahan bandar adalah penyebab sungai di negara ini teruk tercemar dan sekali gus menjejaskan akuatik dan persekitarannya," kata Menteri Kewangan, A.M.A Muhith ketika mengumumkan bajet tersebut di Parlimen semalam. - AFP

[Gambar] Penemuan mayat dalam gear mendarat sebuah pesawat



[Gambar] Penemuan mayat dalam gear mendarat sebuah pesawat | Satu mayat ditemui dalam gear mendarat sebuah pesawat selepas ia mendarat di Lapangan Terbang Schiphol, di sini, semalam. Difahamkan ia adalah mayat remaja Norway yang dilaporkan hilang sehari sebelum kejadian. Polis tempatan berkata, selepas mendapat di Schiphol, satu mayat ditemui dalam ruang yang digunakan untuk gegar mendarat sebelah kanan. "Penyiasatan setakat ini mendapati ia bukan perbuatan jenayah dan mangsa mati kerana kekurangan oksigen," katanya. Pesawat syarikat KLM itu berlepas dari Sandefjord, lapangan terbang dekat bandar Larvik, Norway. - AFP




.

Tunjuk perasaan bantah rancangan pemerintah tutup pusat pelacuran di Surabaya


Tunjuk perasaan bantah rancangan pemerintah tutup pusat pelacuran di Surabaya | Lebih 1,000 orang pekerja seks di sini mengadakan tunjuk perasaan semalam bagi membantah rancangan pemerintah untuk menutup sebuah kawasan pelacuran yang merupakan antara yang terbesar di Asia Tenggara. Kawasan pelacuran itu yang dikenali sebagai daerah Dolly tidak pernah diganggu oleh pihak berkuasa sejak beberapa dekad lalu. Bandar raya ini merupakan kota metropolitan kedua terbesar di Indonesia. Namun, Datuk Bandar Surabaya, Tri Rismaharini berikrar akan menutup lokasi tersebut menjelang 18 Jun ini. Nama Dolly berasal daripada seorang ibu ayam warga Belanda yang menguruskan sebuah rumah pelacuran di lokasi itu semasa pemerintahan penjajah di Indonesia.

Bagaimanapun, ramai wanita yang bekerja di daerah Dolly memberitahu, mereka akan hilang mata pencarian jika lokasi tersebut ditutup. Seorang wartawan agensi berita AFP yang berada di lokasi kejadian semalam berkata, kira-kira 1,200 pekerja seks berarak di sepanjang daerah tersebut. Mereka kemudian menulis surat bantahan kepada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan Suruhanjaya Kebangsaan Hak Asasi Manusia.

"Wanita-wanita itu tiada pilihan kecuali bekerja sebagai pelacur untuk menyara diri sendiri dan keluarga masing-masing," kata seorang aktivis tempatan, Anisa. "Mereka tidak dapat mencari pekerjaan lain kerana kurang kemahiran dan berpelajaran rendah. Mereka tiada pilihan tetapi bekerja di sini," tambahnya. Tri sebelum ini berjanji memberikan bantuan kewangan kepada pekerja-pekerja seks tersebut apabila pusat pelacuran tersebut ditutup. Beliau juga berkata, pihak berkuasa tempatan juga berjanji akan mengajar kemahiran baharu seperti menghasilkan kraftangan kepada mereka. - AFP




.

Antara aduan pelik yang diterima oleh kedutaan



Antara aduan pelik yang diterima oleh kedutaan | Kerajaan semalam mendedahkan Kedutaan Singapura menerima banyak ‘permintaan pelik’ dan tidak berkenaan dengan bidang tugas yang ditetapkan. Menteri Luar K Shanmugam berkata, antara ‘masalah’ yang dirujuk kepada kedutaan ialah mengenai khidmat seks yang tidak memuaskan. “Ada seorang lelaki cuba mendapatkan bantuan kedutaan kami untuk mendapatkan pulangan bayaran atas khidmat seks yang tidak digemarinya,” katanya. Justeru, Shanmugam menyeru rakyat Singapura di luar negara agar tidak menyalahgunakan khidmat di kedutaan mereka. Katanya, jumlah warga Singapura yang melancong keluar negara mencecah tujuh juta orang pada 2013 berbanding 3.6 juta 10 tahun lalu.

“Kami mengendalikan lebih 3,000 kes yang dilaporkan di kedutaan tahun lalu dan kebanyakannya adalah benar, tetapi kadang-kala kami mendapat permintaan yang pelik.. “Dia tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diterimanya dan di sini saya tegaskan, kami tidak dapat membantu dalam hal itu!,” katanya. Shanmugam juga menyatakan mereka terpaksa menolak permintaan seorang lelaki untuk menyiasat dakwaan ‘diskriminasi kaum’ yang terjadi di luar negara. Lelaki berkenaan mendakwa dia menerima kepingan ayam yang lebih kecil di sebuah restoran makanan segera berbanding kepingan yang diberikan kepada masyarakat tempatan. “Dia mahu kedutaan menyiasat perkara ini dan mendapatkan keadilan di negara berkenaan atas layanan berat sebelah diberikan,” katanya. - AFP





.

Kisah lelaki berusia 31 tahun yang jatuh cinta dengan wanita 91 tahun


Kisah lelaki berusia 31 tahun yang jatuh cinta dengan wanita 91 tahun | Kyle Jones baru berusia 31 dan sepatutnya dia tidak menghadapi masalah berpacaran dengan gadis muda. Namun, Jones mempunyai selera sendiri. Dia memilih seorang nenek berusia 91 tahun ketika usia ibunya sendiri baru 50 tahun. Keanehan cita rasa Jones itu segera mengundang tanda tanya ramai, malah dia turut mendapat gelaran ‘pucuk muda’ sebelum ini kerana beberapa kali menjadi kekasih kepada wanita warga emas. Sepanjang tempoh lima tahun lalu pemuda dari Florida berkenaan menjadi buah hati Marjorie McCool, 91, dan mereka mendakwa tidak boleh berenggang antara satu sama lain. Mereka juga mendakwa melalui kehidupan seks yang aktif. Kata Jones, otak manusia berfungsi secara berbeza antara seseorang.

Justeru, katanya, ada lelaki yang menggemari wanita berambut perang, manakala sebahagian lagi suka kepada warna rambut hitam. “Saya menggemari wanita tua dan meluat melihat wanita yang mendapatkan kecantikan melalui pembedahan plastik,” katanya. Untuk mencari pacar, Jones menggunakan kemudahan laman sesawang dan menghubungi wanita berusia antara 60 hingga 80 tahun. “Apabila saya mula bercakap dengan wanita begitu, reaksi pertama mereka ialah terkejut kerana usia saya terlalu muda,” katanya.

Namun, kata Jones, dia akan cuba meyakinkan wanita terbabit bahawa perbezaan usia akan menjadikan hubungan mereka sesuatu yang menyeronokkan. Jones bertemu Marjorie kali pertama pada 2009. Ketika itu Marjorie yang membujang selama 37 tahun bekerja di sebuah kedai buku. Jones kemudian bertemu dengannya dan meminta nombor telefon. Sejak itu Marjorie bersetuju keluar bersama Jones.Kata ibu kepada enam anak itu, pada awalnya dia cemburu kerana Jones mempunyai hubungan dengan perempuan lain. “Namun, dia sering kembali kepada saya dan berkata saya adalah yang terbaik,” katanya. -AP




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!