Tuesday, June 10, 2014

Pesawat AirAsia langgar burung ketika dalam penerbangan



Pesawat AirAsia Thailand langgar burung ketika dalam penerbangan | Sebuah pesawat AirAsia Thailand hari ini melanggar seekor burung ketika dalam penerbangan dari Bangkok ke Nakhon Si Thammarat. Bagaimana pun, pesawat Airbus A320-200 yang membawa 151 orang penumpang itu selamat mendarat di destinasinya dan pesawat itu hanya mengalami sedikit calar serta lubang kecil di bahagian sayap. Jurutera bertugas kemudian membaiki lubang berkenaan sebelum pesawat itu pulang ke Bangkok, tiga jam selepas perjalanan ditangguhkan. Dalam pada itu, pihak syarikat penerbangan Nok Air mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan, pesawat AirAsia Thailand tersebut tidak berlanggar dengan mana-mana pesawat Nok Air hari ini, menerusi laman web, Twitter. - AP

Bapa nekad bunuh anak sendiri..



Bapa nekad bunuh anak sendiri..  | Seorang lelaki membunuh anak lelakinya yang memaksa kakaknya meminum racun hingga mati. Menurut jurucakap polis, bapa berkenaan mengaku menikam anak lelakinya selepas dia memaksa kakaknya meminum racun kerana disyaki mempunyai hubungan dengan lelaki lain. Akhbar di Jordan memetik jurucakap polis sebagai berkata, keluarga itu tinggal di Taj di Amman, tetapi tidak menyebut nama keluarga atau umur mereka. - Agensi




.

Gambar ni jadi viral di laman sosial


Gambar ni jadi viral di laman sosial | Lupakan soal kek dan sirih junjung, seorang pengantin perempuan memberikan bakal suaminya hadiah perkahwinan paling bermakna iaitu sebuah kompresor angin. Gambar hadiah hantaran unik itu menjadi viral di laman sosial sejak Isnin. Beberapa perkakasan pertukangan yang dihias cantik di atas dulang turut menjadi sebahagian daripada hadiah hantaran pasangan itu. Bagaimanapun memandangkan kompresor angin itu terlalu besar untuk diletakkan di atas dulang hantaran, ia hanya diikat dengan reben merah beserta bunga. Hasil pemeriksaan, gambar berkenaan bukanlah baharu kerana ia turut tersebar dan menjadi perbualan ramai sejak 2013. Namun ia dikongsi semula pada Isnin dan kembali menjadi viral apabila lebih ramai pengunjung laman sosial menjadikan gambar berkenaan sebagai bahan gurauan.




.

Guru tutup mulut pelajar dengan pita pelekat kerana dkatakan 'mulut murai'



Guru tutup mulut pelajar dengan pita pelekat kerana dkatakan 'mulut murai'  | MULUT seorang pelajar yang 'mulut murai' telah ditutup dengan pita pelekat oleh seorang guru selama 15 minit sebagai hukuman akibat tidak berhenti bercakap. Elise Smith, 11, yang ditutup mulutnya itu merupakan hukuman yang diterimanya di Sekolah William Allitt di Swadlincote, Derbyshire. Ayahnya, Marc Smith, berang dengan tindakan guru berkenaan lalu membuat aduan di sekolah itu, termasuk pihak berkuasa pendidikan tempatan. Guru besar sekolah itu menganggap tindakan guru tersebut sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang pendidik, dan guru tersebut memohon maaf kepada pelajar berkenaan dan keluarganya. Bagaimanapun tiada tindakan disiplin yang diambil terhadap guru tersebut.


Bapa pelajar itu, Smith berkata, "Para pelajar sedang bercakap di dalam kelas dan diminta untuk diam, tetapi anak perempuan saya masih terus bercakap. "Dia (guru) sepatutnya menyurut dia keluar (kelas). Anda tidak boleh menyentuh seseorang walaupun dengan hanya menggunakan jari. "Saya sedang bekerja ketika kejadian berlaku, tetapi anak perempuan saya memberitahu saya apabila saya pulang ke rumah dan saya terus pergi ke sekolah membuat aduan keesokan hari. Saya betul-betul marah," katanya. Kejadian itu menyebabkan bekas guru besar, Mike McCandless mendapatkan keterangan kedua-dua pihak, guru dan Elise Smith, serta keterangan bertulis daripada murid-murid lain di sekolah berkenaan. Smith bagaimanapun kecewa apabila guru tersebut tidak dikenakan tindakan disiplin.

"Guru itu ada membuat permohonan maaf tetapi tidak dihukum secukupnya. Ini kerana dia tidak digantung tugas dan masih bertugas di sekolah itu. "Saya dengar terdapat guru-guru di sekolah-sekolah lain yang melakukan perkara seumpama itu digantung tugas. Jadi, kenapa tidak berlaku di sekolah ini?" Pengerusi Lembaga di Sekolah William Allitt, Jean Mead berkata, kebajikan murid-murid merupakan keutamaan sekolah itu. "Ia merupakan satu tindakan yang silap berbanding berniat jahat. "Ia berlaku pada Disember tahun lalu. Ia tidak sepatutnya berlaku dalam apa keadaan sekalipun, dan guru tersebut dengan segera menyesal dan memohon maaf. "Kita bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk meneliti siasatan dan tindakan sepatutnya diambil," katanya. - Daily Mail





.

Lelaki bertindak kejam kerana merasakan dia tidak dilayan dengan baik oleh majikannya



Lelaki bertindak kejam kerana merasakan dia tidak dilayan dengan baik oleh majikannya | Seorang pekerja restoran menculik dan membunuh anak saudara bekas majikannya selepas dia berhenti kerja kerana merasakan dirinya tidak dilayan dengan baik. Wang Wenlian, 45, menculik kanak-kanak berusia 10 bulan itu dari restoran Chuanfu di Jiaxing, di wilayah Zhejian, timur China. Dia dikatakan berdendam terhadap bekas majikan dan rakan sekerjanya kerana melayan dengan buruk dan langsung tidak menghormatinya. Wang yang kerjanya memotong ayam di restoran itu dilapor berhenti selepas diherdik majikannya kerana terlalu lembap. Pada hari dia menculik budak itu, Wang cuba bercakap dengan bekas majikannya apabila dia melihatnya dengan beberapa rakan dan anggota keluarga. Dia kemudian melarikan kanak-kanak itu.

Wang dilapor memberitahu polis, dia terlalu marah apabila kanak-kanak itu menangis tanpa henti lalu bertindak membunuh mangsa dan menanamnya. Mayat kanak-kanak itu ditemui awal kelmarin. Wang kemudian ditangkap ketika asyik minum arak tidak jauh dari tempat kejadian. Ibu mangsa yang bekerja sebagai juruwang di restoran berkenaan menyangka Wang cuba bergurau dengan anaknya. Bagaimanapun, dia terkejut apabila anaknya hilang bersama-sama Wang. Bekas majikannya berkata, dia sebelum ini mengambil Wang bekerja kerana bersimpati dengan lelaki itu. “Saya masih memberinya wang dan tempat tinggal walaupun Wang sudah berhenti bekerja,” katanya. -AP




.

[Gambar] Jaipp Tuntut Jenazah Mualaf Di Upacara Pengebumian Cina


[Gambar] Jaipp Tuntut Jenazah Mualaf Di Upacara Pengebumian Cina  | Satu majlis pengebumian Cina di sebuah apartment di Jalan Macallum dihadiri oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) bagi "menuntut" mayat si mati yang didakwa telah memeluk Islam. Mayat berkenaan dikenal pasti sebagai Teoh Cheng Cheng, 38, didakwa telah memeluk agama Islam 17 tahun lalu. Nama Islamnya adalah Nora Teoh Abdullah. Ahli keluarga dan saudara-mara si mati terkejut dengan kehadiran pegawai Jaipp ketika upacara pengebumian sedang dijalankan pada tengah hari. Upacara perarakan penguburan dijadualkan akan dilakukan selepas itu.

Selepas rundingan dilakukan selama beberapa jam, keluarga Teoh membenarkan para pegawai untuk menuntut jenazah tersebut. Jenayah dibawa ke dalam sebuah van kepunyaan Jaipp pada kira-kira pukul 3.50 petang. Difahamkan jenazah itu dibawa ke rumah mayat sementara menunggu perkembangan selanjutnya. Ahli keluarga si mati berkata, mereka akan membawa perkara itu ke mahkamah. Dilaporkan bahawa kematian Teoh disebabkan dia terjatuh dari blok apartmentnya pada Sabtu lalu. Wanita itu yang bekerja sebagai pelayan mempunyai teman lelaki beragama Islam. -Mstar




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!