Wednesday, June 11, 2014

Treler bawa muatan 30 tan kertas kitar semula terbalik sebabkan kesesakan lalu lintas selama 3 jam



Treler bawa muatan 30 tan kertas kitar semula terbalik sebabkan kesesakan lalu lintas selama 3 jam | Sebuah treler membawa muatan 30 tan kertas kitar semula terbalik di persimpangan lampu isyarat Tun Fatimah, di sini, menyebabkan kesesakan lalu lintas selama hampir tiga jam. Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi, treler berkenaan dikatakan terbalik ketika mengambil selekoh di persimpangan terbabit. Kemalangan bagaimanapun tidak membabitkan kehilangan nyawa mahupun kenderaan lain. Pemandu lori itu mengalami kecederaan ringan di kaki dan calar-calar pada badan.Treler terbabit dikatakan mengangkut kertas kitar semula dari kawasan perindustrian Merlimau untuk dihantar ke Klang, Selangor. -Metro




.

Noor Farhan tampil meluahkan punca perceraiannya dengan Abby Abadi



Noor Farhan tampil meluahkan punca perceraiannya dengan Abby Abadi | Nampaknya kisah rumahtangga Abby Abadi dan Noor Fahran semakin dramatik selepas pihak lelaki hari ini tampil mendedahkan yang beliau sering menjadi mangsa keganasan domestik atau deraan Abby Abadi secara mental dan juga fizikal. Menerusi laporan mStar Online hari ini, Noor Farhan mendedahkan Abby Abadi buat pertama kali mencederakan dirinya sekitar Januari tahun ini apabila mengetahui (ketika itu) suaminya ada memberitahu rakan yang mereka sudah tiada hubungan.


Abby Abadi khabarnya sekali lagi bertindak agresif mencakar muka dan lengan kirinya pada 17 Mei lalu selepas dia enggan berbincang mengenai kes perceraian mereka yang dilafazkan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang sedang berjalan di mahkamah. “Kecederaan fizikal dan emosi menjadi antara sebab utama mengapa saya menceraikan dia (Abby) dan sudah tawar hati untuk meneruskan perkahwinan ini yang memberi tekanan kepada saya sepanjang beberapa bulan ini,“ ujar Noor Farhan yang ditemui.


Sering Bergaduh Kerana Tiada Wang, Beri Tekanan


Noor Farhan juga mendedahkan yang mereka sering bertengkar ketika Abby tidak mempunyai wang & ekoran itu juga sering memberikan tekanan kepada lelaki itu sehingga beliau mengambil keputusan untuk tidak pulang ke rumah. “Setiap kali tidak mempunyai wang dia akan menyerang dan mendesak saya sehingga pergaduhan akan tercetus di antara kami malah dia sering mengatakan saya tidak mendatangkan apa-apa faedah kepadanya” “Saya tidak pulang ke rumah kerana ingin ruang untuk memperbetulkan keadaan tetapi sikapnya yang sering memaksa dan mendesak membuatkan saya tertekan,” tambahnya lagi. “Cukuplah… Saya tidak akan rujuk kembali dengan dia kerana dia telah mencederakan saya dan perasaan sayang sudah tidak ada dalam diri saya,“ jelasnya. -RotiKaya





.

Anjing peliharaan dibiarkan kebulur yang kemudiannya membaham jiran



Anjing peliharaan dibiarkan kebulur yang kemudiannya membaham jiran | DUA wanita di Britain dijatuhi hukuman penjara 12 bulan selepas anjing mereka dibiarkan kelaparan selama 45 jam membaham seorang lelaki. Anjing spesies Presa Canario milik Hayley Sulley, 30, dan Della Woods, 29, itu dipercayai menceroboh laman kediaman jiran mereka selepas ia tertarik dengan bau masakan stew daging yang disediakan mangsa dalam kejadian menggemparkan pada Mei tahun lalu. Clifford Clarke, 79, terpaksa bergelut dengan haiwan itu selama 15 minit sebelum ia ditembak mati pihak berkuasa.

Bekas pesara tentera itu meninggal dunia di hospital akibat cedera parah. Seorang jurucakap polis turut menyifatkan kejadian itu adalah paling mengerikan sepanjang kerjayanya. Sementara itu, hasil siasatan pihak berkuasa mendapati, anjing tersebut sangat lapar kerana ia cuba untuk memakan bekas makanan plastik, puntung rokok, makanan burung dan minum air kotor sebelum menyerang Clarke. Susulan daripada kejadian itu, Liverpool Crown Court turut melarang mereka memelihara anjing pada masa akan datang. Hakim Mark Brown memberitahu Sulley dan Woods amat bernasib baik kerana kedua-dua wanita tersebut tidak didakwa melakukan pembunuhan seperti yang terkandung dalam undang-undang baharu di negara itu.

 “Mereka mungkin akan dikenakan hukuman lebih berat iaitu penjara 14 tahun jika disabit kesalahan,’ katanya lagi dipetik Daily Mail. Difahamkan, hukuman lebih tegas telah diperkenalkan di England dan Wales, bulan lalu susulan daripada kematian mengerikan akibat serangan anjing yang meningkat di kedua-dua kawasan terbabit. Hukuman penjara maksimum kerana menyebabkan anjing menyerang individu lain hingga menyebabkan kematian telah dilanjutkan dari 24 bulan kepada dua tahun. -AP




.

Perlakuan paling aneh berkaitan jemaah di Masjidil Haram


Perlakuan paling aneh berkaitan jemaah di Masjidil Haram | Pihak berkuasa Arab Saudi semalam berkata, kerana kecetekan ilmu agama dan salah tanggapan, beberapa jemaah umrah menggunting dan memakan benang kelambu Kaabah (kiswah). Pengarah kilang membuat kelambu itu, Muhammad Bajoudah berkata, perbuatan sia-sia itu dilakukan jemaah dari negara tertentu hingga mencacatkan kelambu berkenaan. “Mereka mencabut benang menggunakan cincin dan gunting dengan harapan ia mendatangkan nasib yang baik dan berkat. Perbuatan mereka mencacatkan kiswah,” katanya. Menurut Bajoudah, sebahagian besar jemaah yang melakukan perbuatan mencabut benang kelambu berkenaan dan menelannya kerana mempercayai amalan karut.

“Mereka cetek ilmu. Mereka tidak menunaikan ibadah itu dengan betul sebaliknya melakukan amalan khurafat. “Jemaah berkenaan melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam. Mereka mencabut benang kiswah menyebabkan kelambu itu rosak. “Saya berdoa kepada Allah SWT supaya menyedarkan kebodohan mereka,” katanya. Bajoudah bagaimanapun berkata, ada jabatan di kilangnya yang ditugaskan untuk membaiki bahagian kelambu yang sudah digunting atau dirosakkan. “Kami mempunyai pakar dan pekerja untuk menangani masalah itu. Kejadian seumpama itu berlaku setiap hari hingga memaksa kami menempatkan pegawai dan pekerja di Masjidil Haram untuk sentiasa memeriksa kelambu itu,” katanya. - Agensi




.

Bengkel kereta khas untuk wanita elak ditipu dan dilengkapi dengan perkhidmatan lain



Bengkel kereta khas untuk wanita elak ditipu dan dilengkapi dengan perkhidmatan lain | Sebuah bengkel kenderaan khusus untuk kaum wanita yang turut menawarkan perkhidmatan rias kuku dan urutan badan dibuka di ibu kota Perancis di sini. Bengkel itu, Only Girls mula beroperasi pada Mei lalu dan memberi perkhidmatan kepada wanita yang merasakan mereka kerap ditipu dan dikenakan caj mahal oleh mekanik lelaki di bengkel lain. Sejak sebulan beroperasi, Only Girls menerima 40 pelanggan setakat ini dengan dua pertiga daripada mereka terdiri daripada golongan wanita.


"Apabila anda seorang wanita, ia seperti ada cop 'ini mangsa' di dahi anda," kata seorang pemilik kereta berusia 42 tahun, Sandrine Hautenne. "Saya pernah mengunjungi tiga bengkel berlainan dan diberikan tiga anggaran harga berbeza tetapi apabila saya menghantar bapa saudara saya, harga yang ditawarkan menjadi lebih rendah," tambahnya. Only Girls menyediakan beberapa mekanik wanita berpengalaman yang bukan sahaja bekerja membaiki kereta tetapi turut mengajar pelanggan tentang aspek kenderaan. - AFP




.

Wanita 'daki' everest dengan menaiki helikopter dianggap satu penghinaan pada etika dan norma pendakian



Wanita 'daki' everest dengan menaiki helikopter dianggap satu penghinaan pada etika dan norma pendakian | Seorang usahawan pakaian sukan warga China yang kononnya menawan puncak Gunung Everest akhirnya mengaku menaiki helikopter untuk sampai ke Kem 2. Wang Jing, 41, mengaku dakwaan dia menggunakan helikopter dari Kem Induk pada ketinggian 5,364 meter untuk sampai ke Kem 2 pada ketinggian 6,400 meter selepas laluan asal dilitupi runtuhan salji yang mengorbankan 16 sherpa pada 18 April. “Sherpa (penunjuk arah) menghadapi tekanan perasaan berikutan kejadian itu dan keberatan untuk melalui jalan berkenaan,” kata Wang.

Menurutnya, dia faham keputusan yang diambil akan ‘memudahkan’ usaha pendakian, namun lebih rela melakukannya demi menjaga keselamatan. Pengerusi Persatuan Pendakian Nepal, Ang Tshering Sherpa berkata tindakan seperti itu adalah satu penghinaan kepada etika dan norma pendakian. “Pendakian harus dilakukan sendiri individu itu bermula dari Kem Induk,” katanya. Persatuan Pendakian China juga dilaporkan berkata, tidak masuk akal jika pihak berkuasa pelancongan Nepal mengeluarkan sijil pendakian Everest kepada Wang. - Agensi




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!