Thursday, June 12, 2014

Inilah kebaikan berpuasa hasil kajian terkini saintis luar negara


 Inilah kebaikan berpuasa hasil kajian terkini saintis luar negara | Satu kajian baharu mendapati, amalan berpuasa selama dua hari atau lebih dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh manusia. Saintis dari California yang menjalankan kajian tersebut menyatakan, pesakit kanser merupakan individu yang paling banyak mendapat manfaat daripada berpuasa kerana amalan itu boleh membantu sistem imunisasi yang terjejas akibat rawatan kemoterapi. Menurut akhbar Daily Mail yang melaporkan penemuan tersebut, apabila sistem imunisasi manusia pulih, keadaan itu boleh menggalakkan badan menggantikan sel-sel lama yang telah rosak.

Pakar jangka hayat dari Universiti Southern California, Profesor Valter Longo berkata, apabila lapar, sistem badan cuba menjimatkan tenaga dan satu perkara yang dilakukan adalah mengitar semula sebanyak mungkin sel-sel imunisasi yang tidak diperlukan, terutamanya yang rosak. Pasukan penyelidiknya juga mendapati, amalan berpuasa selama dua hingga empat hari setiap enam bulan membolehkan badan menggunakan simpanan lemak dan gula serta menghapuskan sel-sel rosak. "Badan kemudian bertindak balas dengan menghantar isyarat memberitahu sel-sel stem untuk menjana dan membina semula keseluruhan sistem badan.

"Jika satu sistem itu telah rosak teruk setelah melakukan rawatan kemoterapi dan akibat penuaan, berpuasa secara perlahan-lahan dapat menjana sistem imunisasi badan yang baharu," kata Longo. Kajian yang dilakukan mendapati, sebelum melakukan rawatan kemoterapi, seseorang pesakit barah akan hilang sedikit sel-sel darah putih jika mereka berpuasa selama 72 jam. Puasa juga mengurangkan kesan-kesan kurang sihat dan kematian dalam tikus yang terdedah kepada ubat-ubatan kemoterapi dan meningkatkan imunisasi bagi tikus yang tua. -AP




.

Gara-gara Filem Frozen, Isteri Minta Cerai Dengan Suami



Gara-gara Filem Frozen, Isteri Minta Cerai Dengan Suami | Percayakah kamu ada seorang wanita yang minta cerai gara-gara filem kartun? Itu benar-benar terjadi di Jepun. Seorang wanita berusia 29 minta cerai dengan suaminya kerana si suami tidak suka dengan filem FROZEN. Semuanya bermula ketika si isteri terlalu gemar menonton FROZEN. Disebabkan terlalu meminati filem itu, dia akan menontonnya beberapa kali di panggung wayang. Hingga akhirnya, dia mengajak suaminya (31 tahun) untuk menonton filem itu sekali lagi di panggung wayang. Lagu-lagu dan cerita dalam FROZEN nampaknya telah 'menyihir' si isteri.

Meskipun sebenarnya tak terlalu bersemangat, si suami pun memutuskan untuk menemani isteri menonton. Jelas saja sang suami tak terlalu bersemangat menonton. Namun siapa sangka bahawa gara-gara ajakan menonton tersebut, hubungan mereka berakhir dengan perceraian. Si isteri sangat marah dengan sikap suaminya yang tidak turut sama meminati filem itu. Nekad berpisah, perkahwinan selama 6 tahun itu berakhir hanya kerana filem frozen. -AFP




.

Pasangan mengaku vampire kerana selalu minum darah



Pasangan mengaku vampire kerana selalu minum darah | Pyretta Blaze dan Andy Filth mengaku mereka adalah vampire di dunia nyata. Pasangan yang berasal dari South Wales itu kini telah berkahwin dan memiliki seorang anak. Ketika ditemubual oleh Philip Schofield dan Holly Willoughby dalam acara This Morning, Pyretta dan Andy mengaku bahawa sekarang ada 15000 orang yang mengaku sebagai vampire. Dalam acara tersebut, Pyretta dan Andy turut mendedahkan perasaan mereka meminum darah satu sama lain.

Andy menjelaskan bahawa amalan itu dapat membuatnya menghubungkan jiwa dengan Pyretta. Meskipun Pyretta dan Andy lebih sering meminum darah satu sama lain ketika berada di bilik tidur mereka, ada masanya di mana mereka menghadiri pertemuan "vampire" di kota mereka dan saling bertukar darah dengan orang lain. "Ini selamat kerana sebelumnya semua orang diperiksa untuk melihat apakah mereka memiliki sejarah kesihatan mental dan penyakit lainnya," ujar Pyretta. -AP




.

[Gambar] Arena Ais Skating Terpanjang Di Dunia



[Gambar] Arena Ais Skating Terpanjang Di Dunia | The Forks ditetapkan sebagai arena ais skating terpanjang di dunia oleh Guinness Book of World Record pada bulan Januari 2008 dengan ukuran panjang mencapai 854 km. Arena ais skating ini merupakan aliran sebuah sungai yang membeku di Kanada. Ukuran panjang The Forks bertambah menjadi lebih dari 9 km setelah aliran sungai yang membeku di sungai tersebut bertambah, dengan ukuran panjang tersebut, The Forks telah mengalahkan rekod arena ais skating terpanjang sebelumnya iaitu di Danau Ontario, Kanada.-AP




.

[Gambar] Kucing bernama LV yang akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah



[Gambar] Kucing bernama LV yang akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah | Seekor kucing jantan bernama Louis Vuitton (LV) akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah yang dijangka merasmikan Festival Bunga dan Taman Putrajaya 2014 (FLORIA Putrajaya) 2014, Sabtu ini. Presiden Kelab Kucing Malaysia (KKM) Khalid Rashid berkata, kucing jenis ‘Maine Coon’ yang dibawa khas dari Estonia itu adalah hadiah daripada KKM dan Perbadanan Putrajaya (PPj) khas untuk pasangan diraja berkenaan.

“Kucing terbabit dibawa masuk sejak September 2003 dan dijaga rapi oleh saya sendiri bagi memastikannya sentiasa sihat dan bebas daripada sebarang penyakit sebelum diserahkan kepada pihak istana. “Ini adalah hadiah khas daripada KKM dan PPj sempena FLORIA Putrajaya tahun ini sebagai menghargai kehadiran Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong merasmikan festival tahunan ini,” katanya ketika dihubungi, semalam. Khalid berkata, KKM juga akan mengadakan Pameran Kucing Khas Diraja sepanjang hari perasmian, Sabtu ini.-Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!