Saturday, June 14, 2014

Pengguna Islam termasuk blogger akan makan coklat Cadbury esok untuk mempertahankan bahawa produk jenama itu sah halal??


Pengguna Islam termasuk blogger akan makan coklat Cadbury esok untuk mempertahankan bahawa produk jenama itu sah halal?? | Lebih kurang 100 pengguna Islam termasuk blogger akan makan coklat Cadbury pada petang Ahad untuk mempertahankan bahawa produk jenama itu sah halal. Majlis makan coklat Cadbury itu dianjurkan oleh myKMU dengan kerjasama portal SuaraTV dan Ikatan Aktivis Siber Malaysia (IKAS). Program itu diberi nama ‘Sijil Halal Malaysia Dan Kontroversi Cadbury: Satu Perspektif’. Editor Suara TV, Zulkifli Mat Rawi dalam satu kenyataan berkata program itu antara lain bertujuan untuk mempertahankan kenyataan halal yang dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Cadbury Malaysia berhubung isu DNA babi dalam coklat "yang dibangkitkan oleh beberapa pihak sejak kebelakangan ini."

"Diharapkan usaha ini dapat mengembalikan kepercayaan dan keyakinan masyarakat khususnya pengguna Melayu dan Islam terhadap sijil halal yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM sekali gus menamatkan polemik yang semakin membelenggu persepsi dan minda masyarakat," katanya. Pada 23 Mei, produk coklat Cadbury iaitu Kacang Hazel 175 gram (kelompok 200813M01H I2 tarikh luput 13 Nov 2014) dan Buah Badam 175 gram (kelompok 221013N01R I1 tarikh luput 15 Januari 2015) telah dikesan mempunyai Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi atau porsin oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Beberapa hari selepas itu, JAKIM membuat pengumuman bahawa dakwaan KKM sebelum ini mengenai penemuan DNA babi di dalam dua produk Cadbury itu adalah tidak benar dan mengesahkan kedua-dua produk itu sebagai halal.

Susulan isu ini, pihak berkuasa Arab Saudi turut menarik balik beberapa produk coklat jenama Cadbury dari pasaran sementara menunggu laporan ujian makmal bagi mengesan DNA babi dalam produk berkenaan. Dalam pada itu, ulama tersohor, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi mengeluarkan kenyataan bahawa gelatin atau DNA yang diperolehi daripada babi boleh dianggap halal jika ia telah melalui proses transformasi, mengikut konsep Islam istihalah dan pandangan ini turut disokong bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Syarikat Cadbury turut memikat hati pengguna menerusi iklan akhbar dengan menggunakan slogan 'Segalanya baik. Kembali ceria bersama kami' bagi menawan semula hati pelanggan mereka.-Awani




.

Krew dokumentari yang sedang merakam dokumentari jumpa wang RM27.2 juta



Krew dokumentari yang sedang merakam dokumentari jumpa wang RM27.2 juta | Seorang kru televisyen yang sedang merakam dokumentari tentang pegawai yang menyampaikan writ dan saman dikenali sebagai bailif terkejut apabila menemui wang tunai sejumlah 5 juta pound (RM 27.2 juta) yang disorokkan dalam sebuah kotak kayu dalam sebuah pangsapuri di Silvertown, timur London. Menurut laman web, MailOnline, pangsapuri itu terletak di Wards Wharf yang merupakan lokasi mewah di Dockland, berhampiran Lapangan Terbang London City. Kru televisyen itu dipercayai sedang merakamkan sebuah program bersiri untuk Channel 5 ketika mereka mengikut beberapa orang bailif menuju ke sebuah kawasan di mana mereka melaksanakan waran bagi mendapatkan semula wang dalam kejadian berasingan.

Polis kemudian dipanggil dan merampas wang tunai yang ditemui itu untuk disiasat. Polis mengesahkan, duit tersebut tidak disyaki mempunyai hubungan dengan aktiviti keganasan. Jurucakap polis Metropolitan berkata, pegawai polis di Newham mengambil wang tunai itu di sebuah pangsapuri selepas mereka dihubungi pada pukul 10.25 pagi, kelmarin selepas sejumlah besar wang tunai ditemui. Polis berkata, seorang lelaki berusia 29 tahun ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan melabur wang haram, tetapi dia telah dibebaskan atas jaminan sehingga Ogos ini. -AP




.

Keunikkan gaun pengantin yang diperbuat hanya dengan menggunakan tisu tandas



Keunikkan gaun pengantin yang diperbuat hanya dengan menggunakan tisu tandas | Seorang peserta, Susan Brennan dari Orchard Lake, Michigan memenangi pertandingan menghasilkan gaun pengantin dengan menggunakan kertas tandas kali ke-10 di Midtown, di sini kelmarin. Brennan memenangi hadiah wang sebanyak AS$10,000 (RM32,212) pada pertandingan yang diadakan di sebuah hotel. Para peserta diminta untuk menghasilkan gaun pengantin yang diperbuat daripada kertas tandas keluaran Charmin Ultra Strong. Sebanyak sepuluh orang peserta menyertai pertandingan itu. Tempat kedua dimenangi oleh Katrina Chalifoux dari Knoxville yang memperoleh sekeping cek bernilai AS$5,000 (RM16,106.50). Amber Hills dari Hurst, Texas berada di tangga ketiga dengan memperoleh sekeping cek bernilai AS$2,500 (RM8,053.25). - Agensi




.

[Gambar] Upacara kematian yang paling pelik diluar negara



[Gambar] Upacara kematian yang paling pelik diluar negara | Seorang wanita dikebumikan baru-baru ini, tetapi hanya selepas parti terakhir diadakan untuknya. Parti itu menyaksikan dia didudukkan berhampiran meja bersama-sama bir, wiski dan rokok mentol. Tidak ada parti yang lengkap tanpa lampu disko. Begitu juga dengan majlis pengebumian Miriam Burbank, 53, turut dilengkapi dengan lampu berkenaan. Miriam meninggal dunia pada 1 Jun lalu. Apabila pengurus rumah mayat di Charbonnet bertanya kepada dua anak perempuannya mengenai kegemaran ibu mereka, kedua-duanya memutuskan mereka mahukan upacara pengebumian yang menggambarkan kehidupannya yang sentiasa riang.

Kedua-dua anak Miriam mengilhamkan konsep menarik itu dengan meletakkan mayat ibu mereka seolah-olah seperti berada di satu parti, dengan dia duduk, menghisap rokok dan minum arak sementara lampu disko menerangi bilik itu. Untuk memberi penghormatan kepada minat Miriam kepada pasukan bola sepak New Orleans, kukunya diwarnakan hitam dan emas - warna jersi pasukan berkenaan.

Menurut media, anak Miriam berkata, anggota keluarga lain turut menggemari idea itu, kerana menganggap ia ucapan perpisahan yang sesuai untuk ibu mereka. Ini kali kedua tahun ini menyaksikan New Orleans menjadi hos kepada gaya pengebumian unik. April lalu, seorang dermawan terkemuka, Mickey Easterling menjalani pengebumian serupa. Lebih 1,000 orang menghadiri upacara pengebumian dermawan berusia 83 tahun itu dengan mayatnya didudukkan pada bangku besi dengan segelas champagne pada sebelah tangan dan rokok di sebelah lagi. - Agensi





.

Misteri 13 pesawat tiba-tiba hilang dari radar kira-kira 25 minit ketika melalui ruang udara Austria


13 pesawat tiba-tiba hilang dari radar kira-kira 25 minit, sebanyak dua kali ketika melalui ruang udara Austria. Ia disifatkan sebagai suatu keadaan ‘tidak pernah berlaku sebelumnya’. Insiden yang terjadi pada 5 Jun dan sekali lagi semalam menyaksikan data penerbangan hilang dari skrin pengawal udara. Perkara ini diakui organisasi keselamatan penerbangan Austria apabila lokasi dan maklumat lain untuk 13 pesawat itu hilang secara misteri dari radar. Jurucakap menara kawalan Austro, Markus Pohanka berkata, agensi Eurocontrol (EU) sudah diminta melakukan siasatan ke atas insiden yang didakwa tidak pernah berlaku sebelumnya. “Agensi keselamatan penerbangan jiran yang pernah melalui pengalaman yang sama turut meminta siasatan dilakukan,” katanya.

Pohanka juga tidak mendedahkan penerbangan negara lain yang mengalami masalah yang sama ketika melalui ruang udara itu. Bagaimanapun, laporan akhbar Kurier di Jerman mendedahkan menara kawalan negara yang turut mengesan masalah yang sama antaranya ialah di Munich dan Karsruhe, Prague di Jerman, Republik Czech dan Bratislava di Slovakia. Monitor kawalan trafik ruang udara menggunakan dua sistem radar iaitu rendah dan menengah. Ia adalah sistem utama yang digunakan di seluruh dunia untuk mengawal pesawat. Radar utama digunakan untuk mengesan dan mengukur kedudukan anggaran pesawat menggunakan isyarat radio.

Manakala radar menengah pula bergantung kepada kedudukan yang dilengkapi dengan transponder dan turut memerlukan maklumat tambahan daripada pesawat terutama maklumat seperti identiti dan ketinggian. Semua pesawat komersial dilengkapi dengan transponder, yang secara automatik menghantar kod empat digit yang unik apabila mereka menerima isyarat radio yang dihantar oleh radar. Kod ini memberi identiti pesawat dan stesen radar pula membantu menstabilkan kelajuan dan arah. Data penerbangan ini kemudian dihantar kepada pengawal trafik udara.

“Bagaimanapun, jika pesawat berada lebih daripada 240 kilometer di kawasan laut, liputan radar agak lemah dan ketika ini frekuensi tinggi radio digunakan oleh anak kapal untuk terus berhubung dengan menara kawalan,” kata seorang pegawai Manakala GPS pula hanya digunakan oleh juruterbang untuk menentukan kedudukan pesawat di dalam peta dan isyarat ini tidak disampaikan kepada menara kawalan trafik udara. Kotak hitam mengandungi perakam suara kokpit dan perakam data penerbangan. Kedua-dua alat ini mengeluarkan gelombang ultrasonik tetapi ia agak terhad dan tidak menggunakan GPS. Adalah dipercayai ada antara kapal terbang yang melalui ruang udara itu adalah penerbangan jarak jauh yang membawa penumpang bersama. - AGENSI




.

RUNCING - ZHARULNIZAM Z.A




RUNCING - ZHARULNIZAM Z.A | Novel ni memang best sangat. Membacanya umpama menerokai zaman silam yang penuh mistik dan menakutkan. Namun penulis berjaya mengimbangi kisah menarik ini dengan pengajaran yang boleh kita ambil.

Mengisahkan mengenai perjalanan dua sahabat yang menyusuri tanah seberang iaitu Indonesia demi mendalami agama islam. Atas niat yang murni iaitu menyebarkan agama islam, sebaik selesai belajar, mereka kembali ke tanah melayu, ke tempat asal mereka, walaupun berbeza tempat. Bagi Haji Ipin yang berada di Kampung Longkai, dia sedar ada sesuatu yang tidak kena dengan tempat itu. Ada kuasa jahat yang menganggu. Dan bila makhluk durjana itu terang-terangan berani bersemuka dengannya, Haji Ipin segera diserang penyakit misteri yang sangat mengerikan.

Nama sahabat baiknya, Kiai Shamsudin yang keberadaannya tidak diketahui, segera dibisikkan, membawa harapan agar Kiai Shamsudin akan segera datang membantunya. Alhamdulillah, jauh di Batu Pahat, Kiai Shamsudin segera mendapat firasat ada sesuatu yang tidak kena pada sahabat baiknya itu. Lalu, anak didiknya yang terbaik, Hambali, segera diutus untuk membantu. Pertempuran mistik segera berlaku, dan kehadiran Hambali, walaupun tidak mampu menyelamatkan Haji Ipin, namun segera mendatangkan kejadian yang lebih geruh. Ya, mistik di tentang dengan mistik. Siapakah disebalik semua yang berlaku ini? Mampukah kuasa jahat itu menang?



Tajuk : Runcing
Penulis : Zharulnizam Z.A
Halaman : 519 muka surat
Harga : RM21/RM24




P/S - Fully recommended By Lulu Caldina



.

Perut dimasuki dua ekor lintah ketika mandi di sebuah kolam ikan terbiar


Perut dimasuki dua ekor lintah ketika mandi di sebuah kolam ikan terbiar | “Waktu tengah seronok mandi tiba-tiba saya rasa tali perut seperti dicucuk-cucuk jarum,” kata Yahya Musa, 12, yang berdepan detik ngeri apabila perutnya dimasuki dua ekor lintah ketika sedang mandi di sebuah kolam ikan terbiar di Bandar Seri Bandi, dekat sini. Kejadian luar jangkaan itu sekali gus menghancurkan keseronokan musim cuti sekolah bagi mangsa yang juga murid tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bandi II itu. Gara-gara kejadian kira-kira jam 3 petang pada Isnin lalu itu, mangsa mengalami pendarahan teruk pada bahagian dubur dan nyaris pengsan sebelum dikejarkan ke klinik berhampiran.

Yahya berkata, dia berasa sakit yang keterlaluan dalam perutnya selepas kira-kira 10 minit mandi di kolam terbiar itu bersama beberapa lagi rakannya sebelum keluar darah dari punggungnya. “Semasa mandi saya dah perasan ada lintah dalam kolam tu...jadi lepas terasa sakit perut saya syak lintah tu dah masuk dalam perut. “Lepas itu saya terus pulang ke rumah, saya jalan pun dah terhuyung-hayang sebab rasa macam nak pitam dah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Seri Bandi, semalam.

Kolam terbiar itu terletak kira-kira 500 meter dari rumah mangsa dan bersebelahan dengan SK Seri Bandi I. Sementara itu, ibu mangsa, Fuziah Salleh, 38, berkata, ketika Yahya pulang ke rumah dia terkejut melihat seluar yang dipakai anaknya itu dipenuhi darah. “Saya panik seketika kerana secara tiba-tiba dia pulang dalam keadaan begitu. Kemudian saya dan suami hantarnya untuk dapatkan rawatan segera di Klinik Kesihatan Seri Bandi sebelum dirujuk di Hospital Kemaman di Chukai. “Sebaik tiba di hospital, doktor beri ubat tahan sakit dan air garam kepada anak saya. Alhamdulillah selepas makan ubat serta minum air garam, dua ekor lintah yang ada dalam perut anak akhirnya keluar,” katanya. Katanya, dia juga bersyukur kerana selepas dilakukan imbasan x-ray doktor mengesahkan anaknya tidak mengalami luka dalaman. -SH




P/S - Sekadar gambar hiasan



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!