Monday, June 16, 2014

Kerjaya pelik lelaki bernama Chuck Lamb ini mungkin akan menimbulkan tanda tanya orang lain



Kerjaya pelik lelaki bernama Chuck Lamb ini mungkin akan menimbulkan tanda tanya orang lain | Kerjaya sebagai pekerja teknologi maklumat ternyata tidak cukup untuk membawa kepuasan kepada seorang lelaki sehinggalah dia menukar kerjaya menjadi ‘mayat. Chuck Lamb, 56, memperoleh sehingga AS$1,500 (RM4,828) sehari kerana melakonkan watak mayat dalam beberapa rancangan televisyen dan filem. Sebelum ini Lamb pernah muncul dalam siri televisyen seperti Jury dan filem Horrorween dan Kentucky Fried Horror. Lamb mendapat idea kerjaya unik itu selepas menonton satu episod siri Law & Order: Special Victims Unit bersama isterinya Tonya.

Lamb berkata, dia mengimpikan watak yang membolehkan dia muncul di televisyen seperti siri penyiasatan itu. “Ia semua bermula sebagai gurauan.“Saya kemudian menyedari anda tidak perlukan sebarang bakat untuk menjadi mayat!” katanya. Sejak itu Lamb mula menerima tawaran muncul dalam televisyen membawa watak mayat. Lamb juga bercadang mewujudkan laman sesawang untuk memuat naik gambar dirinya sebagai ‘mayat.’ - Agensi




.

Penemuan mengejutkan dalam makanan bayi yang dibeli di pasaraya



Penemuan mengejutkan dalam makanan bayi yang dibeli di pasaraya | Seorang ibu, Danni McLean terkejut sewaktu menyediakan makanan untuk anaknya apabila menemui serpihan bilah pisau dalam makanan bayi yang dibeli di sebuah pasar raya di sini, lapor portal Mirror.co, kelmarin. Serpihan bilah pisau sepanjang dua sentimeter itu ditemui dalam bungkusan makanan bayi daripada jenama Wollworths. Pihak pasar raya yang menerima aduan tersebut kemudian bertindak meminta ibu bapa yang membeli makanan bayi berkenaan supaya memulangkan semula produk itu.

"Saya berasa sesuatu ketika memerah makanan tersebut di dalam mangkuk dan ternyata objek itu bilah pisau," katanya McLean. Pihak pengeluar makanan bayi Woolworths dalam satu kenyataan segera telah memohon maaf kepada pelanggan dan memberi jaminan menjalankan siasatan lanjut. "Kami akan meneruskan siasatan dan percaya ini merupakan satu kes terpencil. Kami telah menarik semula semua produk yang berada di pasaran," kata jurucakap Woolworths. - Agensi



.

Video penumpang bertengkar dalam kapal dan serang krew, memaksa penerbangan dilencongkan ke tempat lain



Penumpang bertengkar dalam kapal dan serang krew, memaksa penerbangan dilencongkan ke tempat lain | PENERBANGAN JetBlue dari New York ke Las Vegas pada pagi Sabtu telah dialihkan ke Detroit selepas seorang penumpang yang sedang bertekak dengan keluarganya naik angin terhadap atendan penerbangan. Dalam rakaman video penumpang, lelaki yang tidak dikenali dilihat memaki seorang anak kapal, manakala anaknya menyuruhnya berhenti dan seorang yang lain dilihat cuba menenangkannya. Dia menjerit dalam bahasa asing dan tidak bercakap Bahasa Inggeris, menurut seorang penumpang menyebabkan tiada siapa mempunyai sebarang idea tentang apa yang menjadi punca kemarahannya.

Penerbangan pada pukul 6.40 pagi dari Lapangan Terbang Antarabangsa John F.Kennedy telah terbang selama kira-kira satu jam apabila gangguan itu berlaku, menurut seorang penumpang yang turut merakamkan kejadian. Dia kelihatan sedang bertengkar dengan keluarganya sebelum penumpang lain cuba meleraikan keadaan. Lelaki itu bagaimanapun hanya menjadi lebih marah, dan menghantuk-hantukkan tempat duduk sambil memberi isyarat kepada anak kapal yang cuba menenangkannya. Tetapi usaha itu hanya sia-sia apabila lelaki itu mula menyerang atendan penerbangan sementara anak-anaknya menjerit ketakutan. "Ayah, ayah, hentikannya," mereka merayu.

Bapa mereka telah digari oleh anak kapal dan dibawa beredar dari situ. Kapten kemudian membuat keputusan menurunkan lelaki itu di Detroit, di mana dia telah dibawa ke hospital tempatan untuk penilaian. "Oleh kerana isu ini melibatkan pelanggan, kapten membuat keputusan mengalihkan penerbangan ke Detroit sebagai langkah berjaga-jaga," kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan. Tiada sebarang kejadian lain yang berlaku, dan penerbangan diteruskan semula selepas beberapa jam. Penumpang terbabit masih dalam tahanan polis dan masih tidak dapat dipastikan sama ada ia dipengaruhi dadah atau alkohol. -AP




.

KFC dikecam dalam satu insiden yang sungguh memalukan dan tidak berperikemanusiaan



KFC dikecam dalam satu insiden yang sungguh memalukan dan tidak berperikemanusiaan  | SEORANG kanak-kanak perempuan yang diserang oleh anjing sehingga menyebabkan mukanya berparut telah diusir keluar dari restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) di Jackson, Mississippi, selepas pekerja di situ berkata mukanya itu menakutkan pengunjung yang lain. Keluarga kepada Victoria Wilcher, 3, bagai mengalami mimpi ngeri selepas mereka diminta untuk meninggalkan restoran popular itu hanya kerana wajah anak perempuan mereka . Mereka berkongsi kemarahan di laman Facebook bertajuk 'Victoria's Victory (Kemenangan Victoria). "Adakah wajah ini menakutkan anda? Minggu lepas di KFC di Jackson MS wajah ini telah diminta meninggalkan restoran kerana wajahnya menakutkan pengunjung yang lain," demikian 'posting' yang dibuat di laman Facebook.

Wilcher cedera dalam serangan pada bulan April, apabila tiga ekor anjing datuknya berlari menuju rumahnya di Simpson County, Mississippi. Anjing-anjing itu masuk melalui pintu belakang rumah dan menerkamnya. Anjing-anjing itu kemudian mengheret kanak-kanak itu ke belakang rumah dan terus menyerangnya sebelum datuknya, Donald Mullins, dan teman wanitanya, Rita Tompkins, cuba untuk menghentikan serangan. Anjing-anjing itu turut menyerang tuannya itu, menyebabkan Mullins terpaksa menembak mereka. Dua ekor anjing berjaya dibunuh manakala Wilcher dikejarkan ke bilik kecemasan. Bahagian atas dan bawah rahangnya berkecai, tulang pipi, hidung dan tulang bahagian matanya patah.





Menurut posting pertama di Facebook, Wilcher hilang mata kanannya dan hilang keupayaan untuk bergerak pada bahagian kanan mukanya. Mullins dan Tompkins telah ditangkap atas tuduhan membahayakan kanak-kanak. Lapan ekor anjing pasangan berkenaan yang masih hidup telah dirampas oleh pegawai- pegawai Kawalan Haiwan. Wilcher berada di hospital selama kira-kira satu bulan selepas serangan itu. Setelah pulang ke rumah, dia menjalankan terapi fizikal dan memakai tiub untuk makan. "Saya membawanya berjumpa doktor dan pergi ke KFC," kata nenek Wilcher, Kelly Mullins. "Saya memesan teh manis bersaiz besar dan kentang putar berserta kuah untuknya kerana dia lapar. Dia dipasang tiub pada masa itu, saya anggap hanya kentang yang boleh ditelan dengan tiub itu." "Mereka hanya beritahu kami, "Kami perlu meminta anda meninggalkan tempat ini kerana mukanya mengganggu pelanggan-pelanggan kami". Victoria benar-benar faham apa yang mereka katakan," katanya. Mullins berkata dia meletakkan Victoria dalam kereta dan terus meninggalkan tempat itu.


Katanya, Victoria menangis sepanjang perjalanan pulang ke Simpson County. "Sekarang apabila kami pergi ke sesuatu tempat, dia tidak mahu keluar," kata Mullins. Sejak posting mengenai kejadian di KFC itu pada Khamis, ia dihujani simpati dan kemarahan terhadap syarikat itu. "KFC melancarkan siasatan sebaik sahaja kami dimaklumkan tentang laporan ini," kata jurucakap KFC Rick Maynard pada Jumaat. "Kami memandang serius perkara ini, dan langsung tidak akan bertoleransi terhadap sebarang tindakan menyakiti atau tidak menghormati tetamu kami. Siasatan sedang dijalankan, tetapi kami akan melakukan tindakan yang betul untuk kanak-kanak comel ini dan keluarganya, dan akan bekerjasama dengan pemegang francais untuk mengambil tindakan yang sesuai terhadap restoran." KFC juga bertindak balas terhadap posting di Facebook di ruangan komen dengan menulis: Harap dapat menerima permohonan maaf ikhlas kami sementara kami cuba menyiasat kejadian ini. -AP





.

Gempar!! Kejadian aneh menimpa remaja 14 tahun selepas meniduri wanita berusia yang merupakan isteri orang



Gempar!! Kejadian aneh menimpa remaja 14 tahun selepas meniduri wanita berusia yang merupakan isteri orang | Penduduk setempat kini gempar selepas kisah seorang remaja lelaki dimasuki cacing luar biasa gara-gara meniduri isteri orang semakin tersebar. Menurut sumber, remaja berusia 14 tahun itu kini semakin tenat apabila ada cacing ‘anaconda’ mengganas di dalam badannya. “Budak itu mula sakit dua hari selepas meniduri seorang wanita berusia dan sudah bersuami,” katanya. Ibu saudara remaja terbabit, Nobuhle Moyo berkata, cacing berkenaan semakin membesar, manakala kesihatan remaja itu semakin merosot. “Dia mula mengalami masalah kencing berdarah,” katanya.

Menurut Nobuhle, dia semakin risau kerana anak saudaranya itu kini tidak berselera makan atau minum, Katanya, remaja terbabit hanya bergantung kepada air teh untuk mengisi perut. “Pada awalnya kami tertanya-tanya mengapa dia mengalami masalah itu. “Selepas didesak berkali-kali, akhirnya dia mengaku mengadakan hubungan sulit dengan isteri orang,” katanya. Sementara itu sumber berkata, remaja terbabit dibawa berubat dengan seorang bomoh. “Keadaannya masih belum banyak berubah. “Kami yakin suami wanita berkenaan menggunakan sihir sebagai membalas dendam,” katanya, semalam. - Agensi




.

Kisah seorang bapa yang memberi inspirasi luar biasa kepada 4 orang anaknya


Seorang bapa memberi inspirasi kepada keempat-empat anaknya untuk menjadi doktor dengan menanamkan minat dalam bidang perubatan. Selepas kesemua anaknya bergelar doktor, barulah beliau meneruskan pengajiannya di sekolah perubatan. Hari ini pada usianya 59 tahun, beliau adalah Dr Chew Eng Khuan, graduan yang paling tua dari Sekolah Perubatan di Angeles University Foundation yang ditubuhkan pada 1984 di Filipina. Bapa tunggal itu membuat simpanan yang mencukupi untuk anak-anak lelakinya dapat belajar dalam bidang perubatan. Bagaimanapun, ketiga-tiga anaknya menerima biasiswa. Jadi, lima tahun lalu, seorang bekas pensyarah pergi ke Filipina untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan, menggunakan peruntukan kewangan yang tidak digunakan oleh anak-anaknya.

"Saya amat berterima kasih kepada anak-anak saya kerana belajar dengan bersungguh-sungguh, dan mereka menggunakan kewangan sendiri untuk pendidikan mereka," katanya. Beliau menerima ijazah perubatan pada 22 April lalu. Chew dibesarkan di sebuah kampung di Sungai Petani, Kedah. Kedua-dua ibu bapa angkatnya merupakan imigran yang miskin dari China tetapi mereka memahami mengenai betapa pentingnya pendidikan itu. "Saya seorang bayi yang ditinggalkan, bayangkan tidak mempunyai nama dalam sijil kelahiran," katanya. "Kesemuanya sudah berubah. Saya bersyukur kerana menjadi apa yang saya sekarang," kata Chew, yang mempunyai Ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan, Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Biokimia dan Kimia, dan Diploma dalam Pengurusan Latihan.

Walaupun mencatatkan keputusan cemerlang dalam MCE (kini SPM), beliau ditawarkan untuk belajar dalam bidang sains di Universiti Malaya, dan bukannya perubatan. Walaupun kecewa, beliau bagaimanapun tidak berputus asa. "Saya sedar sekiranya saya mahu menjadi seorang yang berjaya, saya perlu melakukannya sendiri. "Dalam hidup ini, terdapat banyak cabaran. Bagaimana anda melihatnya dan menanganinya adalah penting," katanya. Chew kemudiannya menjadi seorang pensyarah pada usianya 37 tahun kerana beliau mahu menghabiskan lebih masa bersama keluarga dan tidak menyesal mengorbankan kerjaya korporatnya yang memberikan keuntungan, demi membesarkan anak-anaknya. Menariknya, anak menantu perempuan Chew juga merupakan seorang doktor.

"Anak-anak lelaki saya menasihatkan saya supaya tidak mengikuti program perubatan kerana saya. Saya berharap saya boleh mendapat biasiswa untuk melanjurkan pelajar ke peringkat dok Anak saya menasihati saya daripada berbuat program housemanship kerana usia saya. Saya berharap saya boleh mendapatkan biasiswa untuk melakukan ijazah kedoktoran dalam pengurusan penjagaan kesihatan di luar negata," katanya sambil menambah bahawa menubuhkan sebuah klinik keluarga Chew merupakan impiannya suatu hari nanti. Anak-anaknya Chang Eek, 31, Chang Chuan, 28, Chang Feng, 25, dan Chang Fu, 23, masing-masing di Kedah, Sarawak, Negeri Sembilan dan Rusia. -Mstar





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!