Wednesday, June 18, 2014

Jari dipotong kerana didakwa abai amaran untuk boikot Pilihan Raya


Jari dipotong kerana didakwa abai amaran untuk boikot Pilihan Raya | Seramai 11 lelaki Afghanistan terpaksa menanggung kecacatan kekal selepas jari telunjuk mereka dipotong kumpulan militan Taliban kerana didakwa mengabaikan amaran untuk memboikot Pilihan Raya Presiden yang diadakan 5 April lalu. Menurut polis, serangan kejam berlaku di wilayah Herat dan Taliban menganggap ia sebagai hukuman kepada penduduk yang mengabaikan amaran daripada kumpulan itu.

Menteri Dalam Negeri Mohammad Umar Daudzai memberitahu, dalam beberapa siri serangan pada pungutan undi tersebut, lebih 100 orang termasuk 20 orang awam dan pegawai pilihan raya yang bertugas maut. Sebelum ini, Taliban mengarahkan pengundi tidak mengambil bahagian dalam pilihan raya antara Abdullah Abdullah dan Ghani Ahmadzai. Sementara itu, pegawai pilihan raya memaklumkan, lebih tujuh juta daripada 12 juta penduduk di negara itu layak mengundi pada pusingan pertama dan keputusan akhir dijangka diumumkan pada 22 Julai ini menurut laporan Daily
Mail.



.

Satu kejadian pelik berlaku di kedai gunting rambut



Satu kejadian pelik berlaku di kedai gunting rambut | SEORANG tukang gunting rambut didakwa selepas mencederakan pelanggannya dengan sengaja menggunakan pisau pencukur di kedainya, Jack’s Barber Shop di Newscastle. Lloyd Dobrodumow, 44, yang menggunakan nama samaran Demon Barber di laman Twitter dikatakan mencederakan Robert Charles Smith, 31, sehingga menyebabkan mangsa menerima jahitan sepanjang 15 hingga 17 sentimeter. Hakim daerah Stephen Earl berkata, kes itu tidak boleh dipandang remeh kerana mangsa mengalami kecederaan serius termasuk di bahagian saraf, otot dan kelenjar.

Dipetik oleh Mail Online, ketika kejadian sekitar pukul 5.09 petang (waktu tempatan) itu, mangsa dilihat berlari keluar dari kedai sambil memegang lehernya yang berlumuran darah dan menjerit meminta tolong. Polis memaklumkan, mangsa dikejarkan ke Newcastle Royal Victoria Infirmary dan kini berada dalam keadaan stabil. “Disebabkan kejadian itu, saya terpaksa menutup kedai pada pukul 6 petang kerana pasukan keselamatan dan pihak polis memenuhi kawasan sekitar. Beberapa jam selepas itu, saya buka semula kedai namun tiada pelanggan dan terpaksa menutupnya semula,” menurut saksi. Jurucakap polis Northumbria mengesahkan kejadian dan suspek kini didakwa atas kesalahan mencederakan dengan niat. -AP




.

Kisah sebenar disebalik gambar yang menyayat hati ini



Kisah sebenar disebalik gambar yang menyayat hati ini | Seorang warga emas berusia 90 tahun dikurung dan dibiarkan supaya mati kebuluran oleh anak-anaknya sendiri. Bagaimanapun, Xiaoming Tsui yang dikurung di dalam bilik tidurnya berjaya hidup dengan minuman dan bubur yang dicampakkan oleh jirannya ketika anaknya tiada di rumah. “Tolong, beri saya makanan,” adalah perkataan pertama yang diucapkannya ketika polis berjaya memecah masuk ke rumah mangsa minggu lalu selepas kisah wanita itu disiarkan di Internet. Anak perempuan dan lelaki Xiaoming kini menghadapi tuduhan cubaan membunuh selepas polis menuduh mereka bersikap kejam dan merancang membunuh seseorang kerana merasa susah dan tidak mahu menanggung beban.

Menurut jurucakap polis, sejak wanita itu sakit dan bagi mengelak untuk menjaganya, anak-anaknya cuba membunuhnya dengan membiarkan dia kebulur di dalam bilik yang berkunci. “Mereka tidak memberinya makan supaya dia tidak perlu ke tandas. Mereka juga tidak membenarkan sesiapa melawat mangsa,” kata polis. Penduduk di Kampung Yangjuan yang menyedari Xiaoming tidak diberi makan berjaya menghulurkan bubur dan air melalui tingkap biliknya.

Seorang daripada mereka memuat naikkan gambar mangsa dalam keadaan yang menyedihkan di Internet hingga membolehkan nasibnya diketahui pihak berkuasa. “Wanita itu dikatakan berbalah dengan anaknya beberapa kali sebelum ini. Dia dianggap membebankan mereka. Kerana itu mereka mengambil keputusan untuk membiarkannya kebulur hingga mati. “Mereka kemudian merancang untuk memberitahu polis mangsa mati kerana enggan makan. “Ini bukan saja pertelingkahan antara keluarga tetapi pembunuhan yang dirancang. Mereka mahu wanita itu mati supaya tidak perlu bersusah payah menjaganya,” kata jurucakap polis.- Agensi




.

Gambar kebakaran 9 rumah di Kampung Pampang, Keningau Sabah



Gambar kebakaran 9 rumah di Kampung Pampang, Keningau Sabah | Kira-Kira 200 orang tinggal sehelai sepinggang selepas sembilan rumah di Kampung Pampang dekat sini musnah dalam kebakaran hari ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Keningau Mudi Pangiran berkata turut musnah dalam kebakaran di kampung setinggan itu ialah beberapa kenderaan milik mangsa. "Rumah di sini dibina agak rapat di antara satu dengan yang lain menyebabkan api mudah merebak dan ramai penghuni tidak sempat menyelamatkan harta benda mereka," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada 5.20 petang sebelum mengejarkan dua jentera bomba dan 13 anggota yang diketuai Komander Operasi Abu Hasan Mohd Nawi ke lokasi kejadian. Katanya, bomba berjaya mengawal api daripada merebak ke kediaman berhampiran pada kira-kira 6.20 petang. Punca kebakaran serta nilai kerugian masih dalam siasatan. - Bernama




.

[Gambar] Kemalangan ngeri melibatkan penunggang motorsikal di MRR2



[Gambar] Kemalangan ngeri melibatkan penunggang motorsikal di MRR2 | Mengerikan apabila otak seorang penunggang motosikal yang maut digilis sebuah lori tercampak di atas jalan raya dalam kejadian di Kilometer 35.8 Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Bulatan Bilion, Cheras di sini, semalam. Dalam kejadian jam 8.08 pagi itu, bahagian kepala hingga pinggang mangsa hancur berkecai digilis lori sejurus mangsa terjatuh dari motosikal ditunggang. Difahamkan, mangsa, Bahtiyar Baharin, 52, dari Taman Cheras Utama di sini, dikatakan terjatuh ke sebelah kanan selepas motosikalnya bergesel dengan sebuah motosikal lain yang mengelak sebatang dahan pokok di bahu lebuh raya.

Pegawai Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan Markandan Subramania berkata, mangsa yang terjatuh tidak sempat mengelak sebelum digilis lori berkenaan.
“Seorang lagi mangsa, Muhammad Mazheruddin Yahaya, 25, yang juga petugas di Markas Tentera Darat Cawangan Sumber Manusia Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) yang terjatuh hanya mengalami cedera ringan. “Berdasarkan siasatan awal polis, Muhammad dikatakan mengelak sebatang dahan pokok yang terjuntai masuk dan menghalang laluan kecemasan di lebuh raya berkenaan. “Akibatnya dia menggesel motosikal ditunggang Bahtiyar menyebabkan kedua-duanya terjatuh,” katanya.


Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang penunggang motosikal maut selepas digilis tayar belakang sebuah lori yang dirempuhnya. Dalam kejadian jam 2.40 petang semalam, mangsa, Masumi Ahmad, 57, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Seri Nanding, Hulu Langat, sebelum terbabit nahas di Jalan Cheras - Kajang di sini. Mangsa dikatakan tidak sempat menekan brek lalu merempuh lori berkenaan menyebabkan dia terperosok di bawah lori dan digilis. Mangsa yang digilis di leher maut di lokasi kejadian. -Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!