Saturday, June 21, 2014

Terkini mengenai keadaan Firdaus, remaja lelaki OKU yang ditemui dikurung dalam keadaan menyedihkan



Terkini mengenai keadaan Firdaus, remaja lelaki OKU yang ditemui dikurung dalam keadaan menyedihkan| Remaja lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang ditemui dikurung dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah pangsa di Taman Semarak, Nilai pagi ini, dilaporkan berada dalam keadaan tidak membimbangkan setelah mendapat rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) di sini. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Datuk Norhayati Omar berkata keadaan Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditempatkan di wad kanak-kanak hospital berkenaan sedang dipantau.

"Pemeriksaan doktor mendapati dia tidak mengalami demam, mahu pun batuk. Setakat ini, pihak hospital tidak tahu lagi sejarah perubatan remaja ini kerana kita tiada menyimpan rekod mengenainya," katanya kepada Bernama selepas melawat remaja itu di HTJS di sini, hari ini. Beliau meminta polis agar menyiasat perkara itu jika terdapat unsur penderaan dan pengabaian. "Setakat ini, remaja itu akan dilindungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sementara laporan penuh daripada pihak hospital. Remaja itu berada di bawah pengawasan dan pemantauan JKM," katanya. - Bernama




.

Ketahui ritual aneh yang bertujuan untuk cari pesalah di sebuah daerah



Ketahui ritual aneh yang bertujuan untuk cari pesalah di sebuah daerah | Ratusan penduduk yang tinggal di tepi pantai di Kampung Koto Jaya di daerah ini menjalani ritual 'sumpah racun' yang diadakan bagi mencari suspek yang bertanggungjawab mengakibatkan kematian sembilan orang penduduk kampung, baru-baru ini. Merdeka.com melaporkan, acara itu terpaksa diadakan selepas satu persetujuan dicapai bagi mencari pihak yang bertanggungjawab menghantar racun tersebut sehingga mengakibatkan mangsa mengalami muntah darah. "Sebanyak sembilan orang penduduk di sini mengalami muntah darah dipercayai terkena racun. Namun racun itu dipercayai dihantar dalam bentuk makanan atau ikan oleh mereka yang mempunyai ilmu hitam.

"Jadi, untuk membuktikan pihak bertanggungjawab, upacara ini terpaksa diadakan," kata penduduk Pantai Indah di Mukomuko, Buyung, baru-baru ini. Menerusi upacara sumpah racun itu, setiap penduduk Pantai Indah di Mukomuko wajib menggoyangkan sebatang buluh setinggi empat meter yang ditanam di dalam tanah. Sekiranya daun yang terdapat pada buluh itu jatuh, individu berkenaan akan dianggap sebagai suspek yang menghantar racun tersebut.

Menurut Buyung, upacara itu merupakan amalan lama masyarakat penduduk setempat untuk mencari pihak yang melakukan kejahatan kerana agak sukar untuk mengesan individu bertanggungjawab yang mewarisi ilmu tersebut daripada ibu bapa mereka. Sementara itu, Ketua Kampung Koto Jaya, Amin Zikri berkata, upacara itu diadakan bagi menjawab kebimbangan penduduk di wilayah itu terhadap pihak yang bertanggungjawab menyebarkan racun tersebut. "Sejak sebulan ini, penduduk amat bimbang dan melaporkan sebanyak sembilan orang maut selepas mengalami muntah darah dipercayai termakan racun dan upacara ini diadakan bagi mencari individu terbabit," katanya. - AGENSI




.

DIA SAYANG AKU - HANIS AZLA



DIA SAYANG AKU - HANIS AZLA | Novel ini merupakan novel kedua penulis ini yang juga merupakan seorang blogger *Hanis Azla@Blog. Dan untuk pengetahuan semua novel pertama penulis ini merupakan novel pertama yang lulu review dalam blog Lulu-Pages, dan sudah pasti keasyikan membaca novel pertama itu Takdir Fitrah Terindah, masih terasa sehingga kini, sehinggakan tak sabar lulu nak baca novel kedua ni. Lulu ucap terima kasih buat kak Fea, sebab sudi kirimkan novel istimewa ni buat lulu beserta autograph sekali.. *Proud of you kak Fea :)

Novel ni mengisahkan Zaira yang mengahwini Ikmal kekasih hatinya, walaupun tanpa dia sedari, dia telah menjadi dambaan hati 'abang' sejak dari kecil. Kehidupan rumahtangga Zaira agak berliku, disebabkan hubungannya yang kurang baik dengan mama dan kedinginan kehidupan mereka sebagai suami isteri. Hati mana yang tidak bergolak, setelah lama menyulam kasih, kewujudan Sufi rupa-rupanya sudah mengambil tempatnya dalam hati Ikmal. Ikmal yang nekad menjadikan Sufi isterinya yang sah, membuatkan Zaira membawa diri menyembuh luka hati diluar negara dan disitu dia menemui Fir yang sangat memahami dan begitu hormat akan kesetiaan Zaira yang masih isteri orang. Berulang kali Fir menegaskan hubungan mereka hanya sekadar abang dan adik, lalu membuatkan Zaira sangat selesa berdampingan dengannya.


Sekembalinya di Malaysia, dengan hati yang belum sembuh sepenuhnya, dia diduga lagi dengan sikap Ikmal yang sentiasa melebihkan Sufi dalam segala hal. Hingga akhirnya Zaira merasakan sudah tidak ada rasa kasih lagi buat Ikmal dan mereka berpisah secara baik. Ya, hari demi hari Zaira sememangnya tidak mampu lagi menidakkan perasaannya pada Fir, apatah lagi bila dia dapat tahu siapa Fir yang sebenarnya.. namun tentangan dari mama menjadikan Zaira harus memilih antara keduanya. Apa yang akan terjadi seterusnya?? Kenalah dapatkan novel ni kan ;)


Tajuk : Dia Sayang Aku
Penulis : Hanis Azla
Halaman : 580 muka surat
Harga : RM22.90/RM25.90




P/S - Fully Recommended By Lulu Caldina




.

Bas rombongan sekolah kemalangan, rempuh treler di Muar


Bas rombongan sekolah kemalangan, rempuh treler di Muar | Seorang guru patah tangan manakala muridnya patah kaki kanan apabila bas rombongan dinaiki mereka dari Kuala Lumpur hala selatan merempuh sebuah treler di Kilometer 48.4 Lebuhraya Utara-Selatan dekat sini pada 1.15 pagi tadi. Pemandu bas berkenaan pula patah kaki kiri. Kemalangan dipercayai berpunca daripada pemandu bas gagal memintas treler dan menyebabkannya merempuh belakang kenderaan berkenaan. Bas itu dalam perjalanan pulang ke Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Raja, Batu Pahat dan membawa semua penumpang perempuan manakala sebuah lagi bas rombongan yang berada di belakang membawa guru dan murid lelaki. Semua penumpang yang tidak cedera dipindahkan ke bas kedua manakala semua mangsa dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk rawatan lanjut. -Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!