Sunday, June 22, 2014

Peraturan ketat mengenai gambar pasport dikritik



Peraturan ketat mengenai gambar pasport dikritik | SEORANG ibu telah mengkritik Pejabat Pasport dan peraturan foto yang ditetapkannya selepas masa selama lima jam diambil untuk mendapatkan sekeping gambar pasport bagi bayinya yang baru lahir. Lucas Thursby, yang berusia enam minggu akan terbang dengan ibu bapanya, Emma Mitchell dan Graeme Thursby ke Costa Del Sol, Sepanyol, pada bulan Ogos. Peraturan yang ketat pada gambar pasport dengan tegas menetapkan subjek perlu melihat tepat kepada kamera dengan muka yang lurus, kedua-dua telinga boleh dilihat dan tidak ada orang lain di dalam bingkai foto. Mitchell berkata: "Tangan saya langsung tidak boleh berada dalam gambar. Saya memegangnya di pinggang dan saya takut lehernya akan sakit. "Saya fikir peraturan ini adalah tidak masuk akal.

Ia peraturan yang terlalu mengekang." Keluarga itu yang pada mulanya berharap sesi fotografi hanya akan berjalan selama 15 minit akhirnya bertukar menjadi sesi ujian ketahanan bermula tengah hari hingga 5 petang sebelum mereka akhirnya berjaya mendapat imej yang sesuai. Mitchell, seorang pentadbir syarikat, berkata Lucas tetap tenang, tetapi mengaku dirinya tertekan dan kecewa. Dia menambah:


"Pasport ini bertahan selama lima tahun. Bagaimana anda mengharapkan seseorang itu dapat mengenal pasti bayi hanya dari sekeping gambar yang mana dalam beberapa tahun, wajah mereka tidak aakan kelihatan sama? "Saya cuba untuk merancang sesuatu yang menarik dan menyeronokkan, tetapi ini telah meletakkan sedikit tekanan." Keluarganya terpaksa membayar sebanyak £90 untuk pasport Lucas 'tetapi jurugambar yang merupakan kenalan mereka tidak mengenakan sebarang bayaran. Menambahkan tekanan dan rasa sakit hatinya apabila borang permohonan dan foto 'berharga' itu telah menyertai senarai kira-kira hampir 500,000 permohonan lain. "Ia begitu sukar," kata Mitchell. "Tetapi saya yakin ia bukan pertama kali dan saya pasti saya bukan ibu bapa yang terakhir yang perlu berdepan masalah ini. "Saya hanya berharap pasportnya dapat diberikan pada masanya." -AP





.

Ibu Remaja OKU Dikecam Dalam FB


Ibu Remaja OKU Dikecam Dalam FB | Penemuan seorang remaja lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) dalam keadaan menyayat hati mengundang kemarahan orang ramai apabila sebuah akaun Facebook yang dipercayai milik ibu mangsa dikongsi secara meluas di Internet. Akaun Facebook yang menggunakan nama 'Imashima Lola' dengan gambar profil 'selfie' wanita memakai tudung merah itu mula dikongsi di laman sosial sejak petang Ahad dengan pelbagai komen negatif.


Kebanyakannya mengecam wanita berkenaan kerana berkelakuan tidak berperikemanusiaan terhadap anaknya sendiri dengan mengurung dan membiarkan remaja OKU itu hidup menderita bergelumang dengan tanah dan najis.Hasil pemeriksaan di akaun berkenaan juga mendapati terdapat beberapa keping gambar yang dipercayai mirip wajah mangsa, Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditemui Jabatan Imigresen Negeri Sembilan pada awal pagi Sabtu.


Gambar ramaja yang dimuat naik pada September 2013 berpakaian kemeja-t dengan potongan rambut paras bahu itu turut dikongsi dengan pelbagai komen simpati oleh pengguna Facebook. Berdasarkan pemerhatian, remaja berkenaan yang kelihatan sihat dan berisi dilihat duduk di atas sebuah sofa fabrik yang sama dengan kusyen dalam rumah di mana Muhammad Firdaus ditemui. Menurut maklumat peribadi Imashima Lola yang berasal dari Sabah itu, dia yang tinggal di Kampong Nilai, Negeri Sembilan bekerja di sebuah syarikat katering yang beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).


Kali terakhir Imashima Lola mengemaskini status Facebooknya ialah pada 19 Jun lalu.Sejak Sabtu, negara dikejutkan dengan berita penemuan remaja OKU ketika Ops 6P oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah pangsa di Taman Semarak, Nilai. Menurut Pengarah jabatan berkenaan Faizal Fazri Othman, remaja berumur 15 tahun itu bukan hanya kurus kering, malah persekitaran bilik di rumah pangsa itu didapati dipenuhi dengan tanah dan najis. -Mstar




.

Gambar Anak Kucing Hampir Mati Terperangkap Dalam Suspensi Kereta SUV


Gambar Anak Kucing Hampir Mati Terperangkap Dalam Suspensi Kereta SUV | RASA ingin tahu menyebabkan seekor anak kucing hampir terbunuh selepas terperangkap dalam suspensi sebuah kenderaan SUV. Bagaimanapun idea mekanikal pemilik kenderaan dan orang ramai yang menyedari kewujudan seekor kucing dalam gegelung besi berkenaan berjaya menyelamatkan anak kucing itu. Detik cemas itu dapat dilihat menerusi sebuah video dari Rusia yang dimuatkan di laman Youtube. Selepas beberapa minit, gegelung besi itu berjaya ditanggalkan daripada kenderaaan pacuan empat roda berkenaan dan akhirnya usaha menyelamatkan anak kucing itu membuahkan hasil. -AP




.

Luahan hati pengguna ubat kuat.. Benarkah berkesan?


Luahan hati pengguna ubat kuat.. Benarkah berkesan? | “Ubat ‘bodoh’ itu hanya kuat sekejap, selebihnya merosakkan kehidupan saya,” kata mangsa ubat kuat lelaki dikenali sebagai Alif, 35, yang kini terpaksa berulang-alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan jantung dan buah pinggang. Menurut Alif, dia mencuba beberapa jenis ubat kuat yang diperkenalkan rakannya kerana mahu menikmati kepuasan maksimum ketika bersama isterinya. Katanya, pada mulanya ubat terbabit memberi kesan diingininya, namun lama kelamaan kesan sampingan ubat kuat yang tidak disahkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) itu memakan dirinya. “Setahun saya menggunakan ubat kuat seperti pil dan minuman pracampuran, ia memang memberi kesan terbaik. Namun, hanya selama itu saya dapat menikmatinya. “Kini saya tidak lagi mengambil ubat terbabit kerana disahkan menghidap masalah jantung dan rosak buah pinggang akibat pengambilannya.

“Saya benar-benar menyesal, namun apakan daya, nasi sudah jadi bubur. Dulu saya tidak hiraukan nasihat orang terdekat, kini baru saya tahu kesannya. “Ia benar-benar menghancurkan kehidupan saya. Kini dengan pelbagai penyakit, saya tidak dapat memuaskan isteri, apatah lagi diri sendiri,” katanya. Antara ubat haram digunakan Alif ialah dua produk yang dihasilkan di kilang haram berkenaan. Alif berkata, sebelum disahkan menghidap masalah jantung serta rosak buah pinggang, dia berasa sesak di dada dan sukar bernafas. “Selepas diperiksa, doktor mengesahkan saya menghidap penyakit terbabit namun tidak tahu apa puncanya. “Bagaimanapun, selepas pemeriksaan lanjut, doktor menjelaskan organ dalaman saya rosak akibat pengambilan racun berlebihan. “Saya terkejut dengan perkara itu dan akhirnya, baru saya dapat tahu racun terbabit banyak ditemui di dalam ubat kuat haram yang saya ambil. “Saya harap tiada lelaki lain turut menjadi mangsa. Jika ada masalah, segera berjumpa doktor dan jangan mencuba ubat kuat haram terbabit kerana ia pasti memakan diri sendiri,” katanya. -Metro




.

Tragedi menyayat hati anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat yang dirempuh sebuah lori ketika selesai jalankan tugas padam kebakaran


Tragedi menyayat hati anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat yang dirempuh sebuah lori ketika selesai jalankan tugas padam kebakaran | Seorang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pekan Nanas di sini, maut manakala seorang lagi cedera parah selepas jentera bomba dirempuh sebuah lori sebaik sahaja selesai menjalankan kerja-kerja memadam kebakaran lalang di Batu 29, Pengkalan Raja, hari ini. Mohd. Taufik Ali, 22, meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya, Suboh Abdullah, 45, cedera parah di bahagian dada. Kejadian dipercayai berlaku ketika jentera bomba tersebut cuba untuk mengundur sebelum sebuah lori membawa muatan batu dari arah Johor Bahru ke Pontian cuba mengelak kenderaan itu lalu merempuh kedua-dua anggota berkenaan yang sedang mengemas peralatan jentera selepas selesai operasi.

Rakan sekerja mangsa, Bakhtiar Chik, 40, berkata, kedua-dua mangsa bersama enam anggota lain pada awalnya bergegas ke tempat kejadian selepas pihaknya menerima laporan berhubung kebakaran lalang yang berlaku pada pukul 3.24 petang. "Ketika itu kami semua sudah selesai kerja dan hendak pulang semula ke balai. Saya dan beberapa rakan berada di sebelah kiri jentera, manakala kedua-dua mangsa berada di sebelah kanan. "Semasa jentera mengundur, datang sebuah lori dari belakang dan cuba mengelak lalu terus belok ke kanan dan melanggar jentera bomba sebelum terbalik," katanya ketika ditemui di Hospital Pontian. Menurut Bakhtiar, Mohd. Taufik yang merupakan seorang yang pendiam sebelum ini pernah menyatakan hasratnya untuk berkahwin. Katanya, jenazah akan diserahkan kepada keluarganya di Parit Raja, Batu Pahat untuk dikebumikan. -Utusan




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!