Tuesday, June 24, 2014

Lelaki ini cetus tanda tanya dengan kebiasannya yang aneh



Lelaki ini cetus tanda tanya dengan kebiasannya yang aneh | Sudah jadi kebiasaan kita akan mengunjungi tanah perkuburan jika ada keluarga atau kenalan yang meninggal dunia. Namun, berbeza dengan lelaki yang satu ini, dikenali sebagai Luis Squarisi yang berasal dari Brazil, yang punya kebiasaan yang aneh. Rajin mengunjungi tanah perkuburan. Dan dia selalu ambil tahu mengenai hal-hal kematian dan terus bergegas datang ke tanah perkuburan, walaupun dia tidak kenal sama sekali dengan orang yang meninggal atau keluarganya. Walaupun begitu, semua orang tidak pula merasa terganggu, malah sentiasa menantikan Luis datang ke tanah perkuburan jika ada yang meninggal dunia. -AP




.

Seorang pelajar mendapat malu gara-gara mencari kelainan untuk selfie



Seorang pelajar mendapat malu gara-gara mencari kelainan untuk selfie  | SEORANG pelajar dilaporkan telah terperangkap di dalam replika batu faraj gergasi di Tubingen, Jerman. Pelajar pertukaran dari Amerika Syarikat itu tersepit pada marmar faraj gergasi itu ketika cuba memasuki ke dalamnya untuk merakam gambar pada Jumaat. Berikutan itu, lima kenderaan yang dilangkapi 22 anggota bomba dikerah untuk membebaskan pelajar berkenaan.

Ketika mangsa tersepit, terdapat orang ramai yang merakam gambar dan menyebarnya di laman sosial sebagai kejadian yang memalukan. Selain itu, pihak bomba juga menganggap tindakan lelaki terbabit sebagai memalukan apabila dia cuba memasuki faraj gergasi. Faraj gergasi itu merupakan hasil seni seorang artis dari Peru, Fernando de La Jara dan telah berada Universiti Tubingen sejak 13 tahun lalu. Replika yang dipanggil Pi-Chacan itu bermaksud berkasih-sayang. - metro.uk




.

Sifat terpuji bintang bola sepak yang beragama islam ini mengundang rasa kagum


Sifat terpuji bintang bola sepak yang beragama islam ini mengundang rasa kagum | Kebiasaannya peminat bola sepak mengetahui pemain manakah yang mendapat pendapatan paling tinggi dan mereka yang menghimpun pelbagai jenis kereta sukan selain skandal bersama wanita. Tetapi berapa ramai pula yang tahu siapakah pemain bola sepak dunia paling pemurah dalam saingan Piala Dunia kali ini. Dermawan yang dimaksudkan ialah bintang Ghana, Sulley Muntari yang juga pemain tengah AC Milan.


Muntari yang beragama Islam sebelum ini cukup terkenal di Ghana apabila dia membina sebuah masjid di kampung halamannya selain kerap membantu saudara seIslam yang kesusahan.Berikutan itu, dalam kempen Piala Dunia kali ini, Muntari mendapatkan pelepasan khas daripada jurulatihnya, Kwesi Appiah untuk ke kawasan penempatan masyarakat Islam miskin di Brazil iaitu di Maceio untuk bersedekah. Ketika berjalan dan bergambar bersama masyarakat Islam di situ Muntari turut menghabiskan wangnya dengan bersedekah sebagai usaha membantu saudara seIslam yang kesusahan. -AP



.

Restoran dan hotel diingat tidak promosi Buffet Ramadan tiada sijil halal



Restoran dan hotel diingat tidak promosi Buffet Ramadan tiada sijil halal  | Restoran dan hotel di Perak diingatkan supaya tidak menawarkan promosi berbuka puasa atau 'Buffet Ramadan' tanpa mempunyai perakuan sijil halal yang sah. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata, Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) akan bertindak tegas terhadap aduan masyarakat awam berhubung perkara itu. Beliau mengingatkan peniaga makanan termasuk bukan Islam supaya tidak menjual makanan kepada umat Islam pada waktu siang terutama pagi dan tengah hari dalam Ramadan.

Sementara itu, Pengarah Jaipk Datuk Mohd Yusop Husin berkata mana-mana pengusaha premis yang tidak mempunyai sijil halal tetapi mengadakan buffet Ramadan boleh didenda sehingga RM1 juta di bawah Akta Perihal Dagangan. Di samping itu, beliau berkata umat Islam yang didapati tidak berpuasa dan makan, minum atau merokok di tempat terbuka boleh didenda sehingga RM1,000 dan penjara sehingga enam bulan. Orang ramai boleh melihat senarai premis yang mempunyai sijil halal di laman web Jaipk dan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim), katanya. - Bernama




.

Inilah punca jerebu di beberapa kawasan pantai barat Semenanjung, termasuk ibu negara



Inilah punca jerebu di beberapa kawasan pantai barat Semenanjung, termasuk ibu negara | Aktiviti pembakaran di Sumatera Tengah Indonesia, menjadi punca munculnya jerebu di beberapa kawasan pantai barat Semenanjung, termasuk ibu negara. Tiupan angin barat daya ketika aktiviti pembakaran membawa asap ke negara ini, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel. Beliau berkata, menurut laporan ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) berpusat di Singapura Sabtu lalu, wujud lingkaran asap jerebu sederhana dari kawasan kebakaran di wilayah Riau negara itu.

"Pihak ASMC melaporkan bilangan titik panas (hotspot) yang dikesan melalui imej satelit National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) di Sumatera pada 21 Jun adalah sebanyak 88," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Imej satelit itu turut mengesan 17 titik panas di dalam negara iaitu Pahang (1), Sabah (5), Sarawak (10) dan Terengganu (1).

"Dalam keadaan cuaca panas dan kering serta keadaan atmosfera yang statik (tenang), habuk-habuk terampai yang dibawa merentas sempadan akibat kebakaran tanah dan hutan kekal berkumpul dalam ruang udara dan menyebabkan keadaan sedikit berjerebu," katanya. Palanivel berkata Jabatan Alam Sekitar (JAS) sentiasa memantau bagi mencegah pembakaran terbuka. Katanya, 194 pegawai JAS diberi kuasa menangkap penjenayah alam sekitar di bawah peruntukan Seksyen 37 C Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, (Pindaan) 2012. Sementara itu, menurut portal JAS, 30 kawasan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana. - Bernama



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!