Wednesday, June 25, 2014

Wanita yang tidak mampu lahirkan anak lakukan sesuatu yang pelik



Wanita yang tidak mampu lahirkan anak lakukan sesuatu yang pelik | SEORANG ibu yang taksub kepada bayi tetapi tidak dapat lagi melahirkan zuriat telah menghabiskan sebanyak £2,000 terhadap 'bayi-bayi palsu'. Apabila Wendy Archer, 40, ibu kepada empat anak dari Middlesbrough itu bangun pada waktu pagi untuk menyiapkan anak-anak sebenarnya pergi ke sekolah, dia sebelum itu akan mengejutkan 'bayi plastiknya' dan menukar lampin mereka. Wendy menghabiskan masanya berjam-jam setiap hari untuk memakaikan pakaian, memandikan dan membeli-belah barangan keperluan untuk empat bayi palsu itu termasuklah memanjakan mereka dengan tempat tinggal dan kerusi kereta baharu. "Saya memang sukakan bayi. Bagi saya mereka bukan anak patung, mereka adalah anak-anak saya," kata ibu tunggal ini.

"Mereka begitu cantik dan saya benar-benar menyayangi mereka. Saya kini tidak boleh hidup tanpa mereka dan bau mereka sekarang juga seperti bau bayi sebenar." Wendy melahirkan anak perempuannya Kirsty, apabila dia berusia 16 tahun, dan tiga anak yang lain, Nathan, 22, Keenan, 15 dan Kia, 13. Selepas Kia, Wendy, yang tidak pernah mempunyai pekerjaan, membuat keputusan untuk disterilisasi (ikat salur peranakan).

Tetapi tidak lama kemudian dia menyesal, dan berkata tindakannya itu sebagai kerugian besar. Justeru, dia membeli empat anak patung dari Shelley's Reborn Dolls iaitu Johnson, Elisa, Shyan dan Thomas. Wendy berkata: "Saya tahu sesetengah orang mungkin fikir saya gila tetapi begitu ramai kawan-kawan saya kagum dengan anak patung yang boleh membuatkan seseorang itu gembira. "Apabila anda memeluk mereka, mereka terasa seperti bayi, baunya juga seperti bayi yang sebenar, kerana pakaian mereka dicuci menggunakan pelembut fabrik. Ia benar-benar menakjubkan." -AP




.

Kesilapan paling memalukan oleh sebuah syarikat pengeluar cenderamata jadi bahan ejekkan



Kesilapan paling memalukan oleh sebuah syarikat pengeluar cenderamata jadi bahan ejekkan | SEBUAH syarikat pengeluar cenderamata di London ditertawakan orang ramai dan menjadi bahan ejekkan apabila gagal membezakan antara Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dengan pemain England, Chris Smalling. Tindakan memalukan itu berlaku apabila syarikat tersebut meletakkan gambar Barack Obama memakai jersi England tertera nama Chris Smalling dalam mug keluaran eksklusif Piala Dunia.


Mug yang tertera muka Obama tersebut dijual secara satu set iaitu mengikut kesebelasan utama selain disusun mengikut posis pemain.Malangnya pada posisi pertahanan kiri tertera Obama dan bukannya Smalling.Akibat kesilapan tersebut, syarikat berkenaan terpaksa menarik semula penjualan mug itu selain turut menerima kutukkan oleh peminat bola sepak England kerana gagal mengenali pemimpin nombor satu dunia terbabit. -AP




.

Remaja 15 tahun bunuh diri di tempat dia dan bekas kekasih bertemu pertama kali dengan menggantung diri


Remaja 15 tahun bunuh diri di tempat dia dan bekas kekasih bertemu pertama kali dengan menggantung diri  | Seorang murid perempuan berusia 15 tahun yang putus cinta telah bertindak membunuh diri dengan mengantung diri di tempat dia dan bekas kekasihnya mula-mula keluar berpacaran, demikian satu inkues mengenai kematiannya dimaklumkan pada Isnin. Portal berita Britain, Mail Online melaporkan pada Selasa, Helena Farrell, 15, telah ditemui tergantung di kawasan berhampiran rumahnya di sini dan ketika mayatnya ditemui, muzik sedih mengenai bagaimana seorang saintis telah mengabaikan kekasihnya kerana terlalu sibuk dengan kerja berkumandang tanpa henti di sisi mayat tersebut dipercayai dirakam dan dipasang oleh mendiang sendiri sebelum dia mengantung diri.

 Dia dikenali sebagai murid yang pintar, riang dan sukakan aktiviti kembara dengan bakat seni semulajadi. Inkues itu diberitahu yang Helena sebelum itu dengan hati yang berat telah bertukar sekolah setelah tidak tahan menjadi bahan ejekan rambutnya yang merah dan loghat pertuturannya yang dalam. Bapanya, Enda Farrell, 56, memberitahu inkues itu: ‘Helena berasa tidak senang dan tidak gembira kerana dia menjadi bahan ejekan ramai kerana warna rambutnya yang merah menyala dan juga kerana gaya pertuturannya yang dalam." Ekoran daripada itu dia ditukarkan ke sebuah sekolah swasta dan ketika berusia 14 tahun telah menyertai satu program pertukaran pelajar di Eropah – di mana dia kemudiannya mendakwa telah menjadi mangsa pencabulan seorang lelaki berusia 25 tahun.

Menurut Mail Online lagi, insiden tersebut telah menyebabkan dia sengsara masalah bulimia sepanjang 18 bulan. Helena kemudiannya meninggalkan sekolah swasta itu dan mendaftar di sebuah sekolah awam, Kirkbie Kendal School. Di situ, iaitu sekitar tahun 2012, dia jatuh cinta dengan Billy Williams, seorang senior di sekolahnya. Dalam temujanji mereka yang pertama, Helena dan Billy telah keluar ke satu kawasan hijau berhampiran rumahnya di Kendal. Bagaimanapun menjelang Oktober tahun yang sama, Billy memutuskan untuk menamatkan percintaan mereka. Selepas berpisah, Helena didapati telah menulis di laman Facebooknya bahawa hatinya kini dilukai.

Bapa Helena dan ibunya yang merupakan seorang doktor telah cuba untuk memulihkan perasaan kecewa anak mereka itu dengan pelbagai cara malah bekas kekasihnya turut cuba membantu dengan mengalakkannya berjumpa kaunselor, termasuk mengiringinya dalam beberapa perjumpaan. Inkues itu juga diberitahu yang pada suatu hari, Billy telah menerima pelawaan Helena untuk ke satu majlis dan di situ Helena telah melihatnya mencium perempuan lain lalu cuba memotong perutnya dengan sebilah pisau. Billy yang kini berusia 18 tahun dan turut memberi keterangan pada inkues itu berkata: "Ketika dia cuba bertindak memotong perutnya itu, saya bertanya kepadanya kenapa awak cuba mencederakan diri sendiri dan dia sekadar meraung. Mulai saat itu baru saya sedar yang dia masih tidak dapat melupakan diri saya.”

Pada hari kematian Helena iaitu Januari tahun lalu, Billy memberitahu yang Helena terlebih dahulu telah mengirimkan beberapa teks pesanan kepadanya. "Dia memberitahu saya yang dia berada di tempat di mana kami mula-mula keluar bersama dan saya merayu kepadanya supaya jangan melakukan sesuatu yang bodoh setelah dia mengucapkan selamat tinggal. "Kemudian dia sekali lagi mengirim mesej mengatakan yang dia cintakan saya dan selepas itu mengucapkan terima kasih di atas segala-galanya. "Saya berasa tidak sedap hati dan terus memaklumkan keluarga saya apa yang sedang berlaku." Mereka kemudiannya menghubungi keluarga Helena, yang kemudiannya telah menghubungi polis.

Billy menyertai usaha mencari Helena bersama-sama pihak polis dan mereka menemui mayatnya tergantung pada sebatang pokok di kawasan semak berhampiran dengan rumahnya. Seorang saksi kejadian, anggota polis Paul Kelly memberitahu Inkues itu, ketika dia tiba di tempat kejadian dia bukan sahaja menemui mayat yang tergantung pada sebatang pokok tetapi juga mendapati sebuah lagu berjudul The Scientist dendangan Kumpulan Coldplay dimainkan berulang kali tanpa henti. Lagu itu mengisahkan bagaimana seorang saintis mengabaikan kekasihnya kerana terlalu sibuk dengan urusan kerjanya.

Dia juga menemui selonggok pakaian bersama-sama 14 helai kertas yang tertulis beberapa perkataan atau kenyataan. Inkues itu kemudiannya diberitahu yang Helena telah meninggalkan beberapa keping surat kepada keluarganya dan rakan-rakan mengucapkan selamat tinggal pada minggu dia membunuh diri itu. Malangnya surat-surat itu telah dirampas dan disimpan oleh guru sekolah tanpa membukanya. Puan Farrell, ibu kepada Helena memberitahu Inkues itu yang anaknya adalah seorang gadis yang baik, dan tidak pernah menyusahkan keluarga. "Dia adalah seorang anak dengan semangat yang kuat dan saya amat mengaguminya," ujar ibu Helena. -AP




.

Tindakan yang paling memalukan berkaitan lagenda Formula 1 (F1), Michael Schumacher didedahkan



Tindakan yang paling memalukan berkaitan lagenda Formula 1 (F1), Michael Schumacher didedahkan | DOKUMEN laporan perubatan milik lagenda Formula 1 (F1), Michael Schumacher ketika sedang koma dilaporkan telah dicuri dan dijual secara dalam talian (online). Pengurus Schumacher iaitu, Sabine Kehm mendedahkan, dokumen perubatan tersebut itu dikesan hilang sebelum ditemui cuba dijual di menerusi internet. Kehm yang mengecam tindakan tersebut menegaskan pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang jika penjualan itu berlaku. Pihaknya juga telah membuat laporan polis berhubung kehilangan laporan perubatan itu. "Selepas beberapa hari dokumen itu hilang, seseorang telah membuat tawaran untuk menjualnya secara online.

"Oleh itu kami menegaskan bahawa tindakan undang-undang akan diambil terhadap penjual dan pembeli jika proses perniagaan dokumen sulit itu berlaku," tegasnya. Menurutnya, dokumen perubatan Schumacher merupakan data sulit yang tidak boleh didedahkan kepada orang ramai termasuk menjadi bahan dagangan. Schumacher yang terlibat dalam kemalangan ski di Switzerland dimasukan ke wad dan koma sejak 29 Disember lalu sebelum dilaporkan sedar baru-baru ini. Dia juga dilaporkan telah mengalami penurunan berat badan yang ketara kerana berada dalam keadaan koma yang panjang. Bagaimanapun Schumacher yang dirawat di Perancis ketika ini mula sedar dan memberi respon kepada keluarga yang menziarahinya. -AP



.

Berita baik buat para pegawai kanan kerajaan



 Berita baik buat para pegawai kanan kerajaan | Bermula 1 Julai ini, para pegawai kanan kerajaan gred 54 ke atas akan menerima semula imbuhan tetap keraian pada kadar asal tanpa sebarang pengurangan.‎ Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, ‎‎ia berikutan langkah kerajaan melaksanakan pindaan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2014 ke atas Imbuhan Tetap Keraian, kemudahan tol dan kelayakan tiket penerbangan para pegawai kanan perkhidmatan awam. Menurutnya, para pegawai kanan kerajaan ‎akan menerima semula nilai maksimum bayaran tol sebanyak RM500.

"Bagi penerbangan domestik, pegawai gred 53 hingga JUSA (Jawatan Utama Sektor Awam) C atau setaraf berkelayakan dinaik taraf ke kelas perniagaan. "Untuk penerbangan luar negara melebihi empat jam yang menggunakan khidmat Malaysia Airlines (MAS), pegawai gred 54 dan ke bawah layak mendapat kemudahan dinaik taraf ke kelas perniagaan," katanya ketika menyampaikan ucapan dalam majlis perjumpaan Ketua Setiausaha Negara dengan pegawai perkhidmatan awam di sini hari ini. - Utusan



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!