Friday, June 27, 2014

[Gambar] Penumpang maut pesawat komersial ditembak ketika mendarat



[Gambar] Penumpang maut pesawat komersial ditembak ketika mendarat | Seorang penumpang wanita terbunuh dan dua krew penerbangan cedera apabila sebuah pesawat komersial Pakistan ditembak kumpulan lelaki bersenjata tidak dikenali ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Bacha Khan di sini hari ini. Rangkaian berita Al-Jazeera yang memetik kenyataan jurucakap Syarikat Penerbangan Antarabangsa Pakistan (PIA), Mashud Tajwar berkata, lima das tembakan dilepaskan dari luar kawasan lapangan terbang ke arah pesawat PK-756 jenis Airbus A310 yang membawa 178 penumpang. Bagaimanapun jelasnya, pesawat terbabit yang dalam penerbangan dari Riyadh, Arab Saudi selamat mendarat walaupun terkena empat das tembakan.


Pegawai kanan polis yang menyiasat kes tersebut, Muhammad Faisal berkata, serangan itu berlaku ketika pesawat PIA berada pada ketinggian 1,500 meter di udara dan pujian harus diberikan kepada juruterbang yang berjaya mendaratkan kapal terbang tersebut dengan selamat. "Operasi penerbangan di lapangan terbang berkenaan ditangguhkan buat sementara waktu dan tiada pihak mengaku bertanggungjawab dalam serangan itu buat masa ini," katanya. Polis menutup satu kawasan di luar lapangan terbang terbabit selepas serangan itu dan melancarkan gerakan memburu pihak yang terlibat dalam insiden berkenaan. -AP



.

Sadis!! Kanak-Kanak Saksi Pembunuhan Kejam



Sadis!! Kanak-Kanak Saksi Pembunuhan Kejam  | KONFLIK di Iraq makin meruncing apabila kanak-kanak seawal usia lapan tahun diheret menjadi anggota militan dan menyaksikan pembunuhan kejam. Kejadian itu dicetuskan pemberontak Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) yang menguasai bandar Mosul sejak minggu lalu. Beberapa gambar yang diedarkan media menunjukkan pemberontak kumpulan itu mengarahkan tahanan berbaris dan melutut sebelum ditembak di belakang kepala sambil disaksikan kanak-kanak militan yang turut memegang senjata api itu.Pelbagai cara lain juga digunakan pemberontak untuk menguasai beberapa bandar di Iraq, terutama pembunuhan beramai-ramai.

Juga dilihat gambar pemberontak mengarahkan sekumpulan tahanan dengan tangan diikat ke belakang meniarap sebelum mereka ditembak.Tentera Iraq juga menjadi mangsa apabila ditawan pemberontak dan dibunuh tanpa diberi peluang mempertahankan diri. Di Baqubah, kira-kira 50 kilomter dari Baghdad pula dilaporkan seramai 44 tahanan dibunuh pengawal penjara dalam kalangan Syiah ketika militan Sunni menyerang balai polis di bandar itu. Tentera Iraq memaklumkan, 52 tahanan dibunuh dalam serangan di balai polis berkenaan menggunakan motar. Bagaimanapun, serangan balas tentera Iraq mengorbankan 30 pemberontak Isis, kata pegawai tentera dan polis.

Berikutan serangan itu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barrack Obama memaklumkan Kongres, sebanyak 275 anggota tenteranya akan dihantar ke Iraq untuk membantu mengawal keselamatan rakyat AS di kedutaannya di Baghdad. Pasukan tentera itu dimana 170 daripadanya telah tiba di Iraq, manakala 100 lagi akan berpusat di Kuwait untuk pengurusan lapangan terbang, keselamatan dan sokongan logistik. Selain itu, kapal pengangkut George HW Bush dan lima kapal perang kini berada di Teluk Parsi. -AP




.

Kerana mabuk lelaki ini ditangkap kerana melakukan perbuatan yang tidak senonoh dan masuk akal



Kerana mabuk lelaki ini ditangkap kerana melakukan perbuatan yang tidak senonoh dan masuk akal | Seorang lelaki mabuk di Kota Devon, England kantoi dirakan kamera cctv seperti sedang berhubungan seks dengan sebuah kereta ambulans. Lelaki benama Calum Ward (25) itu lalu segera ditangkap. Ward dikatakan melakukan perbuatan tidak senonoh itu pada November yang lalu. Selain 'memperkosa' kereta ambulans, Ward juga dirakam telah membuat kebakaran di sebuah telefon umum.

Dalam perbicaraan, Ward mengaku bahawa dia seringkali mabuk dan mengambil dadah. 'Saya memang sering mabuk dan mengambil dadah. Saya menyesal dengan perbuatan saya.' ujar lelaki itu. Hakim manjatuhkan hukuman 6 bulan kerja sosial dan Ward diperintahkan untuk mebayar wang ganti rugi sebesar GBP60. -AP




.

Polis selamatkan wanita yang nyaris digilis kereta api



Polis selamatkan wanita yang nyaris digilis kereta api | Ia merupakan saat saspens apabila seorang anggota polis cuba menarik seorang wanita yang nyaris dilanggar oleh sebuah kereta api. Kejadian umpama adegan filem Hollywood itu berlaku apabila pegawai polis Richmond, R Morales berjaya membantu menyelamatkan seorang wanita yang baring di atas landasan keretapi di Texas, dengan bunyi keretapi yang sedang bergerak laju dapat didengari dari jauh. Morales nekad menyelamatkan wanita itu yang meraung dan menangis teresak-esak dan beberapa saat kemudian, keretapi meluncur laju di hadapan mereka. Insiden pada Ahad itu berjaya dirakamkan oleh kamera yang diletakkan di atas papan pemuka kereta polis selepas beliau mendapat panggilan berhubung tindakan wanita tersebut. - metro




.

Inilah penduduk paling bahagia di Malaysia menurut penilaian yang di buat menerusi Kajian Indeks Kebahagiaan Negara



Inilah penduduk paling bahagia di Malaysia menurut penilaian yang di buat menerusi Kajian Indeks Kebahagiaan Negara | Penduduk di empat daerah iaitu Baling, Alor Gajah, Pekan dan Raub merekodkan kadar kebahagiaan tertinggi di negara ini, manakala penduduk di 90 kawasan lagi mencapai tahap sederhana pada tahun lalu. Penilaian yang dibuat menerusi Kajian Indeks Kebahagiaan Negara 2013 itu menunjukkan kebahagiaan penduduk di Majlis Daerah Baling mencecah 84.62 peratus, diikuti Majlis Perbandaran Alor Gajah (81.54 peratus), manakala Majlis Daerah Pekan dan Raub masing-masing mencatatkan 80 peratus.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, pelaksanaan indeks berkenaan sebagai sebahagian daripada Jaringan Petunjuk Pembangunan Mampan Bandar-Luar Bandar Malaysia (MURNINets) yang merangkumi 151 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negara ini. - Utusan




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!