Sunday, June 29, 2014

Gambar keunikan sebuah masjid berwana 'pink'



Gambar keunikan sebuah masjid berwana 'pink'  | Penduduk Maguindanao menyaksikan pelancaran Masjid Merah Jambu sempena Ramadan ini di bandar Datu Saudi Ampatuan, yang dibina Datuk Bandar, Samsodin Dimaukom. Beliau berkata, ia dibuka untuk kegunaan orang ramai bermula semalam. Sementara itu, ulama berkumpul di kawasan ditentukan di Bandaraya Cotabato dan bandar sekitar Maguindanao bermula jatuh matahari semalam, untuk melihat anak bulan menentukan permulaan Ramadan. Pada bulan Ramadan, umat Islam berpuasa bermula terbit fajar hingga terbenam matahari, bagi menunaikan rukun Islam ketiga. “Jika anak bulan tidak kelihatan disebabkan pelbagai punca seperti kadar penglihatan teruk atau cuaca buruk, puasa akan bermula ahad,” kata jurucakap Darul Iftah di Mindanao Tengah, Jaafar Ali.


Pengumuman Ramadan 

Jaafar berkata, mereka membuat pengumuman akhir mengenai permulaan Ramadan pagi semalam di stesen radio tempatan. Pejabat Wilayah Autonomi Muslim Mindanaao (ARMM), Gabenor Mujiv Hataman dan jabatan perdagangan dan industri akan mengendalikan pasar makanan Ramadan, yang membolehkan peniaga menjual makanan berbuka puasa pada harga murah. Setiausaha Eksekutif ARMM, Laisa Alamia, berkata jualan di perkarangan kerajaan tempatan seluas 32 hektar akan dibuka Isnin ini. Alamia berkata, pentadbiran Hataman mahukan suasana Ramadan berjalan lancar dan aman. Jurucakap Unit Infantri Ke-6 Tentera, Kolonel Dickson Hermoso, memberitahu wartawan Gabenor Esmael Mangudadatu meminta unitnya mengecualikan anggota tentera beragama Islam daripada menjalani tugasan fizikal sepanjang Ramadan. - AGENSI



.

Model dicekup khalwat dengan pasangan dalam bilik hotel di bulan ramadan


Model dicekup khalwat dengan pasangan dalam bilik hotel di bulan ramadan | Di kala umat Islam menyambut kedatangan Ramadan dengan melakukan solat Tarawih dan amal ibadat, lain pula yang terjadi di Alor Setar, Kedah. Seorang model sambilan dicekup berkhalwat bersama pasangannya di sebuah hotel di Lebuhraya Darulaman, Alor Setar, malam tadi. Wanita berusia 24 tahun itu dipercayai berasal dari Selangor dikatakan datang ke Kedah semata-mata untuk menemui kekasihnya yang berusia 25 tahun yang menetap di Langgar, Alor Setar.

Menurut pasangan itu mereka bercadang untuk berkahwin pada penghujung tahun ini dan memberi alasan mereka sedang bersiap untuk menonton bola sepak Piala Dunia di sebuah restoran 24 jam sebelum mereka dicekup berkhalwat. Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Syeikh Mohd Roshidi Mahmud yang mengetuai operasi itu berkata, pasangan itu ditahan dalam operasi bermula jam 11 malam hingga 2 pagi tadi.

Hasil soal siasat, pasangan itu mengaku tidak mempunyai sebarang ikatan yang sah. Dalam serbuan berasingan di sebuah hotel di Jalan Putra, anggota JAIK turut menahan beberapa pasangan lain. Kesemua mereka dibawa ke Pejabat Majlis Agama Islam Kota Setar untuk disiasat dan direkod keterangan, sebelum dibebaskan dengan jaminan keluarga.

Mohd Roshidi berkata, pihaknya akan meneruskan operasi membanteras kegiatan maksiat walaupun pada bulan puasa untuk membendung gejala tidak bermoral di kalangan remaja dan umat Islam di negeri ini. Sehubungan itu, beliau meminta supaya orang ramai tidak mengambil kesempatan melakukan maksiat di bulan Ramadan ini kerana anggotanya akan terus bertugas setiap hari. -MD




.

[Gambar] 150 rumah setinggan dan kedai musnah terbakar di Kunak



[Gambar] 150 rumah setinggan dan kedai musnah terbakar di Kunak | Sebanyak 150 rumah setinggan dan rumah kedai musnah dalam kejadian kebakaran di Jalan Masjid Raya, Kampung Pangkalan di sini awal pagi tadi.


Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, semua penghuni gagal menyelamatkan rumah masing-masing apabila api merebak dengan pantas ekoran jarak rumah yang terlalu dekat. Bagaimanapun menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Kunak, Jaafar Salleh, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut. - Utusan




.

Insiden memalukan terjadi ketika sedang menonton perlawanan bola sepak piala dunia



 Insiden memalukan terjadi ketika sedang menonton perlawanan bola sepak piala dunia |
 Seorang penembak tepat polis nyaris menembak seorang rakannya yang disyaki sedang mendekati Presiden Brazil, Dilma Rousse dan beberapa pegawai lagi ketika mereka menonton perlawanan bola sepak pembukaan Piala Dunia pada 12 Jun lalu. Sekretariat keselamatan daerah Sao Paulo semalam, mengesahkan insiden dan menyatakan dalam satu kenyataan bahawa terdapat satu masalah komunikasi yang telah dapat diatasi dengan segera. Akhbar Folha de S. Paulo, akhbar pertama yang melaporkan insiden itu berkata, anggota penembak jauh terlihat seorang lelaki bersenjata mendekati Rousseff, Presiden FIFA Sepp Blatter dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon dan seterusnya memohon untuk menembak suspek. - AP




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!