Tuesday, July 1, 2014

Kajian mendapati, tidur lama akan beri kesan buruk kepada otak


Kajian mendapati, tidur lama akan beri kesan buruk kepada otak | Tabiat tidur terlalu lama dalam kalangan individu pertengahan umur mampu memberi kesan buruk kepada otak, menurut satu kajian Universiti Warwick yang dipetik laman web, Mail Online kelmarin. Hasil kajian yang diterbitkan dalam jurnal, Plos One membabitkan seramai 9,000 orang itu mendapati, individu berusia antara 50 hingga 64 tahun yang tidur kurang daripada enam jam atau melebihi lapan jam sehari boleh menyebabkan keupayaan otak terhadap memori dan kebolehan membuat keputusan merosot. Namun, keupayaan otak hanya berkurangan bagi orang dewasa berumur antara 65 hingga 89 tahun sekiranya mereka tidur terlalu lama.

Penyelidik, Dr. Michelle Miller berpandangan, hasil kajian turut menunjukkan tempoh masa tidur yang kita perlukan dan kesannya terhadap tubuh badan serta otak berubah mengikut usia. Pembantu penulis, Profesor Francesco Cappuccio mendakwa, tempoh tidur yang sesuai dalam kalangan golongan tua boleh mengelakkan keupayaan mental merosot yang mampu menyebabkan penyakit nyanyuk. "Tidur adalah penting bagi menjamin kesihatan tubuh badan dan mental. Mengutamakan masa tidur pada usia tua boleh membantu mengelakkan mental menjadi semakin lemah," katanya.

Tambah Miller, masa tidur selama enam hingga lapan jam setiap malam juga amat penting untuk golongan muda. "Hasil kajian yang terdahulu turut menunjukkan masa tidur yang cukup memberi manfaat kepada fizikal badan, termasuk mengurangkan risiko obesiti, darah tinggi, jantung dan strok," katanya. Namun, tidak dapat dipastikan mengapa tidur terlalu lama boleh mengakibatkan kesan buruk. Satu teori mengatakan, tidur lama menyebabkan kualiti tidur berkurangan dan menjadikan individu berasa resah, manakala tidur yang terganggu boleh menjejaskan memori, mengecutkan otak dan menyebabkan tekanan. -AP




.

Bapa kelar leher anak usia 4 tahun hingga mati di restoran milik ibu mangsa


Bapa kelar leher anak usia 4 tahun hingga mati di restoran milik ibu mangsa | Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun mati selepas lehernya dikelar bapa saudaranya dengan parang di restoran milik ibu mangsa di Kampung Gambaron dekat sini pada Isnin. Ketua Polis Daerah Beluran Supt V. Sivanathan berkata lelaki berusia 23 tahun itu yang dipercayai sakit mental menggunakan parang memotong daging untuk mengelar leher Mohamad Khairul Aize Abdullah. Kejadian berlaku kira-kira 6 petang. Beliau berkata suspek yang merupakan adik kepada bapa mangsa telah memanggil mangsa yang sedang bermain di dalam restoran itu lalu membawanya ke belakang restoran sebelum mengelar leher mangsa.

 "Mangsa yang cedera parah telah menjerit kesakitan yang jeritannya disedari keluarganya. Mereka kemudiannya membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Telupid, namun mangsa tidak dapat diselamatkan, katanya. Sivanathan berkata suspek yang tidak melarikan diri selepas kejadian telah ditahan oleh anggota keluarga mangsa sebelum dia diserahkan kepada polis. Katanya polis turut menemui sebilah parang yang digunakan untuk mengelar mangsa. Beliau berkata tidak diketahui punca lelaki itu bertindak demikian dan dia kini direman. -Mstar



.

Wanita bertindak kejam kerana suaminya ada perempuan simpanan


Wanita bertindak kejam kerana suaminya ada perempuan simpanan | Seorang wanita menyimbah petrol dan membakar perempuan simpanan suaminya sebelum cuba membunuh diri. Kejadian berlaku kelmarin apabila suspek yang hanya dikenali dengan nama keluarganya, Shi, menyimbah mangsa dengan petrol di luar sebuah warung kopi. Wanita itu mendakwa perempuan simpanan suaminya memaksa dia bercerai. Rakaman video menunjukkan seorang wanita terbakar dengan bunyi jeritan yang menakutkan. Mangsa kemudian rebah dan mati di tempat kejadian. Mayat itu rentung hingga tidak dapat dikenali.

 Selepas serangan itu, Shi meminum racun serangga dan cuba mengelar dirinya dengan pisau tetapi berjaya diselamatkan dan dihantar ke hospital. Menurut pemilik warung itu, Shi datang dengan berpakaian serba hitam dan mengekori mangsa sambil memegang baldi berisi petrol. Apabila tiba di warung itu, Shi bertanya kepada mangsa: “Adakah kamu yang mendampingi suami saya?” Tanpa menunggu jawapan daripada mangsa, Shi menyembur serbuk lada ke muka wanita itu dan berlari mengambil baldi berisi petrol lalu, menyimbah wanita berkenaan dan membakarnya. -AP




.

Gadis ini melalui kemalangan ngeri tubuh tertusuk besi, namun dia selamat



Gadis ini melalui kemalangan ngeri tubuh tertusuk besi, namun dia selamat | Seorang gadis berusia 17 tahun terselamat walaupun selepas anggota tubuhnya tertusuk besi setelah jatuh dari bumbung sebuah bangunan yang masih dalam pembinaan. Tiga batang besi tertusuk menembusi badannya mengakibatkan mangsa cedera teruk. Dia bagaimanapun tidak cemas dan terselamat walaupun dengan besi menembusi perut dan pahanya dan terpaksa menahan sakit selama hampir 12 jam. Lovely yang berasal dari kampung Basantpur di daerah Saran mengalami kemalangan itu selepas jatuh pada tiang simen ketika hendak tidur.Kejadian dikatakan berlaku ketika ramai tetamu berada di rumahnya kerana menghadiri satu majlis perkahwinan.

Anggota keluarganya memotong batang besi berkenaan dan membawa mangsa ke Hospital Ruban di Patna. Pakar bedah berjaya mengeluarkan besi dari badan mangsa selepas pembedahan selama lima jam. Keadaan Lovely kini dilapor stabil. “Kami berjaya menyelamatkannya kerana dia menunjukkan keberaniannya dan tidak sedikitpun cemas. Ia sangat menakjubkan,” kata Dr KN Sinha. Menurut doktor berkenaan, sebelum diselamatkan, mangsa dalam keadaan serius. “Dia selamat kerana keberaniannya. Ramai pesakit lain akan panik,” tambahnya.-Agensi





.

Penemuan ular gergasi yang dikatakan mampu telan seorang budak



Penemuan ular gergasi yang dikatakan mampu telan seorang budak | Penduduk sebuah kampung di Mexico membunuh seekor ular gergasi berukuran 7.62 meter yang dikhuatiri mampu menelan seorang budak walaupun tindakan tersebut dikritik oleh kumpulan pencinta alam sekitar. Mail Online dalam laporannya menyebut, kejadian itu berlaku di Kampung Benito Juarez dekat negeri Tabasco, tenggara Mexico apabila ular tersebut dikesan menyusur di laluan kereta api.

Penumpang sebuah kereta api yang kebetulan lalu di kawasan tersebut memberi amaran kepada penduduk kampung yang kemudiannya bertindak memukul ular besar itu menggunakan kayu sehingga mati. Malah, mereka turut memotong kepala ular berkenaan yang tidak sempat melarikan diri ke kawasan semak. Kumpulan pencinta alam sekitar yang mengutuk tindakan penduduk kampung itu berkata, mereka yang terlibat dalam pembunuhan haiwan itu mungkin berdepan dakwaan.


Bagaimanapun penduduk tempatan, Nicandro Aguilar berkata, mereka mempunyai hak untuk melindungi haiwan ternakan dan nyawa mereka daripada ancaman ular gergasi berkenaan. "Saya tidak pernah melihat ular sebesar itu yang jelas mengundang bahaya kepada banyak pihak terutamanya golongan kanak-kanak. "Ular itu dipercayai tinggal di sebuah gua berhampiran dan menjadi punca kehilangan banyak haiwan ternakan di kampung ini," katanya. -AP




.

Suami terlampau, kasari isteri sehingga cedera dan mungkin lumpuh



Suami terlampau, kasari isteri sehingga cedera dan mungkin lumpuh | Berang kerana isterinya mahu bekerja di Kuala Lumpur, seorang lelaki hilang pertimbangan apabila tergamak membaling mesin pengisar ke arah tengkuk isterinya itu sehingga cedera dan mungkin lumpuh dalam kejadian di Gong Badak, di sini, kelmarin. Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 30-an menghubungi abangnya jam 8 malam dan meminta mengambil anaknya di rumahnya. Katanya, sebaik menerima panggilan itu, abang mangsa berusia 38 tahun dan tinggal di Kuala Berang, segera ke Kuala Terengganu untuk menjemput anak saudaranya.

 “Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan, anak mangsa menghubungi bapa saudaranya dan memaklumkan ibunya sudah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) selepas bergaduh dengan bapanya.“Terkejut dengan kejadian menimpa adiknya, si abang segera ke HSNZ, Kuala Terengganu sebelum dinasihatkan pihak hospital membuat laporan polis memandangkan kecederaan dialami adiknya serius,” katanya. -Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!