Wednesday, July 2, 2014

Khabar terkini Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar yang dimasukkan ke ICU semalam



Khabar terkini Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar yang dimasukkan ke ICU semalam | Tahap kesihatan Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar, 61, yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Pakar Damansara semalam, semakin stabil. Demikian dinyatakan oleh pakar perubatannya, Datuk Dr Zainudin Md Zain ketika dihubungi tadi. Beliau yang terkenal dengan gelaran Kak Pah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Pakar Damansara, di sini, petang semalam akibat fibrosis paru-paru. Penyanyi yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-61 hari ini itu dibawa ke hospital berkenaan oleh anaknya, Aliff Omar Ali kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin selepas mengalami kesukaran bernafas.-Metro




.

Gambar terowong bawah tanah di simpang empat Jalan Imbi runtuh




Gambar terowong bawah tanah di simpang empat Jalan Imbi runtuh  | Sebuah terowong bawah tanah yang dalam pembinaan runtuh apabila tanah ditapak pembinaan itu mendap di simpang empat Jalan Imbi.Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata akibat kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, laluan di Jalan Imbi terjerlus sepanjang 19 meter tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan.



"Laporan awal mendapati ia kemungkinan berpunca daripada paip besar Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd) yang pecah, namun siasatan masih dijalankan," katanya di tempat kejadian.Susulan kejadian itu juga, Perkhidmatan KL Monorail dari stesen Hang Tuah ke Stesen Imbi terpaksa dihentikan akibat runtuhan bawah tanah berdekatan dengan tiang monorel di simpang empat Jalan Imbi berkenaan. -Mstar




.

Inilah teladan disebalik kisah yang menjadi viral di laman sosial beberapa hari ini


Inilah teladan disebalik kisah yang menjadi viral di laman sosial beberapa hari ini | Seorang juri program menghafaz al-Quran di Indonesia, Hafiz Indonesia, begitu sebak dan kagum dengan bakat seorang kanak-kanak berusia 5 tahun yang mampu menghafaz 29 juzuk al-Quran. Juri itu Abi Amir Faisol Fath dilihat pergi kepada peserta yang dikenali sebagai Musa itu dan mencium tangan kanak-kanak berkenaan bagi mengambil keberkatan mukjizat Al-Quran yang dihafalnya. Musa yang berasal dari Bangka membuatkan penonton rancangan Hafiz Indonesia menitiskan air mata apabila mampu menjawab soalan demi soalan yang diberikan juri serta penonton. Program itu disiarkan di stesen televisyen RCTI malah turut dimuat naik ke YouTube manakala episod membabitkan Musa dimuat naik pada 29 Jun lalu.-AP




.

Kisah benar! Pencuri muncul semula selepas 22 tahun kerana perbuatan itu sering menghantuinya


Kisah benar! Pencuri muncul semula selepas 22 tahun kerana perbuatan itu sering menghantuinya | SEORANG pemilik pub menerima £100 (RM549.92) daripada seorang wanita yang "malu" kerana pernah mencuri di premisnya lebih 20 tahun lalu. Frances Cunningham menerima sekeping cek dan sepucuk surat dengan tulisan tangan yang menyatakan: "Saya amat memohon maaf." Surat itu turut menyatakan: "Saya tidak menyedari betapa seriusnya tindakan saya ketika itu. Saya telah melalui banyak perkara. Saya begitu malu dan sedih kerana kebimbangan yang mungkin berlaku." Wanita itu yang namanya tidak didedahkan oleh Frances memberitahu bahawa dia bukan dalang kepada insiden pecah masuk ke pub berkenaan pada 1992 di mana mesin menjual rokok telah dipecahkan.

Dia bagaimanapun mengakui berada di tempat kejadian kerana memasuki pub tersebut. Frances yang merupakan ibu kepada tiga anak berkata, dia tidak begitu ingat mengenai kejadian pecah masuk di pub Swettenham Arms di Congleton, Cheshire. Dia yang memaafkan wanita itu berkata: "Apa yang berlaku benar-benar menghantuinya, ia amat menyedihkan." Frances mendermakan £100 kepada sebuah gereja dengan menyertakan sepucuk surat yang menyatakan "dengan tulus ikhlas". Dia berkata: "Sekiranya semua melakukan perkara seperti ini (dilakukan oleh wanita yang memecah masuk pubnya), dunia akan menjadi lebih baik." - mirror





.

[Gambar] Perompak menangis kerana rancangan jahat gagal


[Gambar] Perompak menangis kerana rancangan jahat gagal | Seorang perompak menangis apabila rancangannya merompak sebuah hotel di sini tidak berjaya. Rakaman video menunjukkan perompak itu, selepas mencuri sejumlah kecil wang, meninggalkan hotel Days Inn di sini dengan menutup mukanya. Kerani hotel itu membenarkan dia mengambil wang di kaunter. Kerani itu berkata, perompak terbabit kecewa lalu menangis selepas diberitahu dia memberitahunya dia tidak mempunyai akses kepada peti simpanan dan kamera keselamatan. “Suspek yang bersenjatakan pistol meninggalkan hotel itu dengan menangis sambil menutup mukanya,” kata polis. Ini bukan kejadian pertama yang mengecewakan perompak. Januari lalu, seorang lelaki yang cuba merompak sebuah bank, berusaha sedaya-upaya menarik pintu tertera perkataan ‘tolak.’ - Agensi




.

Penunggang motosikal maut dirempuh lori yang terbabas


Penunggang motosikal maut dirempuh lori yang terbabas | Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah lori yang terbabas di Jalan Pasir Puteh, di sini, pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Lee Boon Ken, 28, maut di tempat kejadian dan pemandu lori turut cedera parah. Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ipoh, Deputi Superintendan Wan Shahruddin Wan Omar berkata, pemandu lori terbabit cedera akibat bahagian depan kenderaannya remuk selepas merempuh motosikal mangsa dan merempuh sebatang pokok di tepi jalan. “Akibat daripada rempuhan kuat itu, penunggang motosikal maut di tempat kejadian dan pemandu lori pula cedera.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat dan mangsa yang cedera juga dihantar ke hospital sama bagi menerima rawatan, bagaimanapun identitinya masih belum dikenal pasti setakat ini,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, kemalangan dipercayai berpunca dari lori berkenaan yang dalam perjalanan dari Ipoh ke Simpang Pulai, di sini, yang terbabas lalu memasuki ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan motosikal ditunggang mangsa. “Siasatan lanjut berhubung kemalangan maut itu masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. -Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!