Thursday, July 3, 2014

Inilah padah menunggang motosikal sambil berbual ditelefon


Inilah padah menunggang motosikal sambil berbual ditelefon | Padah menunggang motosikal sambil berbual telefon, seorang lelaki patah kaki kanan akibat merempuh sebuah kereta dalam satu kemalangan di Batu 3, Parit Kasa, Jalan Sempadan, di sini, semalam. Menyedihkan, dalam kejadian jam 12.40 tengah hari, sebahagian kaki kanan mangsa yang berusia lingkungan 20-an hancur. Pemandu kereta, Abdul Rahman Bahari, 65, berkata, dia bersama lima ahli keluarga lain termasuk seorang bayi sedang dalam perjalanan ke Sungai Bakau dari pekan Pusat Bandar. Abdul Rahman berkata setibanya di lokasi kejadian, dia melihat kelibat seorang penunggang motosikal yang menunggang secara melulusebelum memasuki laluan bertentangan.

“Saya nampak dia sedang bercakap menggunakan telefon bimbit tanpa menumpukan perhatian pada jalan raya. “Saya membunyikan hon pada jarak 20 meter bagi memberi amaran kepada mangsa yang sudah memasuki jalan bertentangan. “Namun, mangsa tidak menghiraukan bunyi hon dan akhirnya pertembungan kuat berlaku,” katanya sewaktu ditemui di lokasi kejadian. Abdul Rahman berkata, kesan pertembungan itu menyebabkan mangsa tercampak, manakala motosikal jenis Suzuki ditunggang mangsa remuk teruk di bahagian hadapan. Menurutnya, kemalangan itu turut menyebabkan bahagian hadapan keretanya remuk, manakala rim tayar hadapan kanan kereta hancur.

“Selepas bertembung, saya meneliti keadaan ahli keluarga dan bersyukur kesemuanya selamat serta tidak mengalami kecederaan. “Saya segera meneliti keadaan mangsa dan terkejut melihat keadaan kaki kanan mangsa yang hancur dan parah. “Mujur dengan bantuan anggota Pertubuhan Sukarelawan Keselamatan dan Kebajikan Islam Kerian (PSKK) yang hadir, ambulans segera dipanggil untuk membawa mangsa ke Hospital Parit Buntar,” katanya. Sementara itu, jurucakap PSKK berkata, pertembungan sebuah motosikal dan sebuah kereta itu menyebabkan kesesakan lalu lintas di lokasi kemalangan. “Anggota PSKK yang menerima maklumat kemalangan segera menghubungi ambulans untuk rawatan kecemasan bagi mangsa penunggang motosikal,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan menegaskan siasatan masih dijalankan. -MD



P/S - Sekadar gambar hiasan




.

[Gambar] Wanita hamil selamat dari digilis komuter selepas jatuh ke landasan dalam satu insiden gempar di stesen kereta api



SEORANG wanita hamil terselamat daripada digilis komuter selepas dia terjatuh ke landasan dan
tergolek ke bawah gerabak. Mangsa, Yue Yan Mai terjatuh dari platform selepas gagal mengimbangi badan ketika cuba berasak di antara orang ramai semasa komuter tiba di stesen kereta api Metro di China.


Wanita berusia 31 tahun itu bagaimanapun terselamat apabila pemandu komuter bertindak menghentikan tren dengan pantas. Dia berjaya merangkak keluar dari bawah gerabak dan mendapatkan bantuan orang ramai untuk naik semula ke platform.


Mai tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi turut dihantar ke Hospital Beijing untuk menjalani pemeriksaan terhadap kandunganya. -AP




.

Wanita potong tangan anak tiri dalam satu kejadian ngeri yang mengejutkan semua



Wanita potong tangan anak tiri dalam satu kejadian ngeri yang mengejutkan semua | Seorang wanita memotong tangan kanan anak tirinya yang berusia tujuh tahun dengan pisau dan membuangnya ke dalam saluran najis di luar rumah mereka. Kejadian berlaku Sabtu lalu apabila suspek yang dikenali dengan nama keluarganya, Wu, 35, secara mengejut melakukan perbuatan itu. Ia disedari oleh datuk mangsa selepas mendengar jeritan kanak-kanak itu. Berikutan kejadian ngeri itu, anggota keluarga dan jiran kanak-kanak berkenaan, Xiao Ting, melancarkan gerakan mencari tangan mangsa di kawasan berhampiran dan pada masa sama menahan wanita berkenaan.

Bapa Xiao Ting berkata, isterinya mengidap penyakit mental dan bergantung kepada ubat untuk menenangkan perasaannya. Dia dilapor memberitahu anggota keluarganya supaya tidak mencetuskan kemarahan wanita itu. Menurut laporan, Wu tinggal bersama-sama keluarga suaminya sejak tiga tahun lalu dan mempunyai seorang anak sendiri. Wu kini ditahan untuk siasatan lanjut. -Agensi




.

Apa dah jadi dengan bekas pelakon filem Transformers ini?


Apa dah jadi dengan bekas pelakon filem Transformers ini? | Pelakon terkenal Amerika Syarikat, Shia LaBeouf yang ditangkap kerana mencetuskan kekacauan semasa persembahan teater muzikal berjudul Cabaret di New York kini sedang menjalani rawatan pemulihan ketagihan alkohol, kata seorang jurucakapnya kelmarin. Menurut jurucakap itu, Melissa Kates, bekas pelakon filem Transformers itu telah menawarkan diri secara sukarela untuk menjalani rawatan ketagihan alkohol. Pada minggu lalu, pelakon itu telah ditangkap selepas dia didapati berkelakuan tidak senonoh ketika persembahan teater muzikal itu berlangsung di New York.

LaBeouf telah mengeluarkan perkataan lucah semasa dia diminta meninggalkan lokasi kejadian. "Dia sedar kesalahan yang dilakukannya itu merupakan simptom-simptom masalah kesihatan yang lebih besar. Dia kemudian mengambil langkah pertama ke arah pemulihan," kata Kates. Bagaimanapun, LaBeouf tidak berhadapan dengan hukuman penjara sebaliknya hanya hukuman paling minimum jika disabitkan bersalah selepas dia tidak membuat sebarang pengakuan berhubung dakwaan yang dikenakan terhadapnya. - Reuters




.

Kejadian mengejutkan di balai polis



Kejadian mengejutkan di balai polis | Selepas datang mengejut ke sebuah balai dan meminta anggota polis memberkasnya, seorang lelaki mengelar diri sendiri hingga maut dengan serpihan kaca. Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 malam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar itu, lelaki berusia lingkungan 30-an tersebut mati akibat cedera parah. Menurut sumber, ketika berada di balai berkenaan, lelaki tersebut tiba-tiba hilang pertimbangan lalu memecahkan cermin tingkap balai sebelum mengelar lehernya menggunakan serpihan kaca. Sementara itu, adik perempuan mangsa yang dikenali sebagai Rani, 26, mendakwa, abangnya itu keluar dari rumah mereka di Sungai Buloh pada Isnin lalu dengan mengatakan hendak menyelesaikan kerja termasuk ke rumah ibu saudara mereka di Serdang, Selangor.

“Abang keluar dari rumah kira-kira jam 2 petang Isnin lalu dan beberapa jam kemudian ibu saya menelefonnya kerana bimbang abang tidak pulang ke rumah. “Sebelum ini abang beritahu dia ke Serdang untuk bertemu ibu saudara, tetapi ibu saudara sudah ke Nilai, Negeri Sembilan,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini semalam. Katanya, selepas hampir tiga hari abangnya tidak pulang ke rumah, mereka sekeluarga dikejutkan dengan panggilan telefon daripada pihak polis pada jam 1 pagi semalam yang memaklumkan abangnya itu sudah meninggal dunia dalam balai polis.

Mangsa yang masih bujang difahamkan pernah melakukan perkara hampir sama di sebuah balai polis di Sungai Buloh pada April lalu. Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon memaklumkan, ketika kejadian, terdapat empat anggota berada dalam balai tersebut, sementara yang lain sedang berbuka puasa. “Kejadian secara mengejut. Semua anggota di balai tidak sempat berbuat apa-apa,” katanya ketika dihubungi, semalam. -SH




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!