Sunday, July 6, 2014

Apa akan jadi bila kembar siam jatuh cinta dengan lelaki yang sama?


Apa akan jadi bila kembar siam jatuh cinta dengan lelaki yang sama? | Selepas mengharungi perit getir hidup bersama tanpa merasai indahnya percintaan, kembar siam Ganga dan Jamuna Mondal akhirnya jatuh cinta dengan lelaki yang sama. Kembar siam berusia 45 tahun itu terkenal dengan gelaran ‘Adik-beradik labah-labah’ hidup sebatang kara sepanjang hidup kerana masyarakat tidak dapat menerima penampilan luar biasa mereka. Namun, selepas bertemu dengan pemuda yang baik, Jasimuddin Ahmad kehidupan mereka menjadi indah. “Ia cinta pandang pertama. Apabila bertemu dengan Jasimuddin, kami dapat merasakan dia akan menyayangi kami dan dia ikhlas,” kata Jamuna.Tambahnya, kehadiran Jasimuddin membuat mereka gembira. “Dulu, kami menderita dan tidak mahu menempuh kehidupan seperti itu lagi. “Kami berharap dapat menghabiskan sepanjang hidup kami bersamanya,” katanya.

 Kembar itu dilahirkan dengan empat tangan dan mempunyai tiga kaki. Selain itu, mereka yang berkongsi perut, tetapi mempunyai jantung, buah pinggang dan hati berlainan dilahirkan dalam keluarga daif berhampiran Kolkata, Bengal barat. Malangnya ibu bapa kembar siam itu tidak mampu membayar kos perubatan lalu meninggalkan mereka ketika usia baru mencecah remaja kerana menganggap kehadiran mereka petanda dilaknat Tuhan. Disebabkan tiada pendidikan, Jamuna dan Ganga menyara hidup dengan menyertai sarkas malah memperoleh pendapatan boleh dianggap lumayan sebanyak £25 (RM140) sehari. Pasangan itu pernah cuba melakukan pembedahan, namun menolak idea itu kerana khuatir membahayakan nyawa dan mengakibatkan hilang sumber pendapatan. Mereka bertemu Jasimuddin, 36, guru sekolah yang bekerja sambilan di sarkas sebagai jurutera bunyi.

“Kami terkejut mengetahui dia memahami dan membalas perasaan kami,” kata Ganga. Sementara itu, Jasimuddin mengakui kehidupannya lebih bermakna sejak mengenali kekasih uniknya itu. “Sejak bertemu dengan Ganga dan Jamuna, saya memahami derita yang mereka alami. Saya sudah biasa begini. Saya sentiasa menganggap derita orang lain milik saya dan cuba memperbaiki keadaan,” katanya. Ganga berkata, Jasimuddin berhati mulia dan pandai berjenaka. “Dia sangat baik dan sering menghiburkan kami. Kami menggelarnya Mr India,” katanya. Ditanya mengenai hubungan kelamin, Ganga dan Jamuna tidak mengulas lanjut namun mengakui hubungan mereka dengan Jasimuddin intim. Menurut mereka, hubungan dijalin sama seperti hubungan lain malah lebih mementingkan persahabatan dan keseronokan. Jasimuddin dan dua kekasihnya itu hidup bersama sejak tujuh bulan lalu. Mereka bertiga menolak untuk berkahwin kerana menganggap tidak dapat diterima masyarakat. - Agensi




.

Kerana kecuaian sendiri, pencuri ini kantoi



Kerana kecuaian sendiri, pencuri ini kantoi | Seorang pencuri telefon bimbit ditahan selepas polis menemui gambarnya melalui telefon bimbit miliknya yang tercicir di tempat kejadian. Menurut jurucakap polis, lelaki warga Romania yang berusia kira-kira 20-an tahun itu mencuri telefon bimbit di sebuah kedai di tengah Geneva yang ditinggalkan untuk dibaiki. Tetapi kerana tergesa-gesa untuk meninggalkan tempat itu dia tertinggal telefon miliknya. Pemilik kedai berkenaan berjaya mengenalpasti suspek menerusi telefon yang ditinggalkannya, sekali gus membolehkan polis menangkapnya di sebuah kafe, Rabu lalu. Lelaki berkenaan yang juga disyaki menetap di Switzerland secara haram, menafikan melakukan sebarang kesalahan. - AFP




.

Misteri dakwaan pelik wanita ini, menimbulkan tanda tanya


Misteri dakwaan pelik wanita ini, menimbulkan tanda tanya | SEORANG wanita warga Romania mendakwa neneknya yang meninggal dunia telah menghubunginya dari 'kubur' dengan mengirimkan gambar selfie. Gina Mihai, 34, berkata, dia menemui sekeping gambar mendiang neneknya di dalam telefon bimbitnya dan mempercayai roh neneknya itu sedang cuba untuk mendapatkan bantuan selepas seorang tukang tilik nasib memberitahunya bahawa neneknya sedang dihukum 'di dalam kehidupan lain'. "Saya terkejut selepas melihat wajah nenek saya yang telah meninggal dunia di dalam telefon bimbit," katanya. Mihai berkata, di dalam gambar itu terdapat sesuatu kelihatan seperti seekor ular yang melingkari leher mendiang neneknya, dan keseluruhan imej kelihatan seperti diambil menerusi satu lubang seolah-olah sebagai gambaran yang memisahkan antara yang hidup dan yang mati. Tambahnya:

"Saya menunjukkan gambar itu kepada seorang tukang tilik nasib yang kemudiannya memberitahu saya bahawa mendiang nenek saya cuba untuk menyampaikan mesej dari alam lain, dan ular yang melingkari lehernya merupakan simbol dia sedang dihukum dari dunia lain kerana melakukan dosa. Mihai percaya dia mungkin antara punca mendiang neneknya dihukum kerana tidak membawa makanan ke kubur neneknya, satu penghormatan secara tradisi yang dilakukan sebagai sedekah semasa perayaan orang Romania. - metro





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!