Monday, July 7, 2014

Gambar dan punca pesawat AirAsia tergelincir ketika mendarat di Brunei



Gambar dan punca pesawat AirAsia tergelincir ketika mendarat di Brunei | Penerbangan AK278 Air Asia tergelincir dan terbabas ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandar Seri Begawan, Brunei, petang tadi.







Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, pesawat berkenaan tidak mengalami kerosakan teruk selepas juruterbang berjaya memberhentikan pesawat dengan selamat di landasan yang licin selepas hujan.



Pesawat berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada jam 1.10 petang Air Asia melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan di laman Facebook syarikat penerbangan itu tadi, mengesahkan satu insiden menimpa pesawat berkenaan sehingga memaksa 103 penumpang dan tujuh anak kapal diarahkan keluar dari pesawat.


Bagaimanapun, semua mereka disahkan selamat dan tidak mengalami kecederaan.





.

[Gambar] Pengunjung Marah Restoran Ayam 'Tiada Ayam'


 [Gambar] Pengunjung Marah Restoran Ayam 'Tiada Ayam'  | PENGGEMAR makanan berasaskan ayam panggang di Leicester resah apabila restoran Nando's cawangan di tempat mereka mereka kehabisan ayam. Cawangan restoran popular bertemakan Potugis di Grandby Street tidak dapat menyediakan hidangan utama mereka kepada pengunjungnya berikutan hujung minggu yang sibuk, di mana pelanggan bergegas ke restoran itu untuk menggunakan kad kesetiaan mereka yang hampir tamat tempohnya. Berita itu tercetus apabila pelanggan yang kecewa telah menulis di Twitter bahawa kakitangan restoran telah memberitahu mereka banyak menu tidak dapat disediakan. Nandos bagaimanapun telah membuat permohonan maaf secara terbuka.

 "Restoran kami di Granby Street, Leicester mengalami hujung minggu yang amat sibuk," kata seorang jurucakap. "Ramai pelanggan telah bergegas ke restoran untuk menggunakan kad kesetiaan yang hampir tamat tempoh bagi mendapatkan ganjaran mereka dan kami juga telah melancarkan penghantaran ke rumah secara dalam talian. "Malangnya restoran ini kehabisan beberapa pilihan ayam, tetapi hanya untuk tempoh yang singkat. Kami ingin memohon maaf kepada beberapa pelanggan yang tidak mendapat makanan yang menjadi pilihan mereka." -AP




.

Remaja mati dipukul bapa kerana ingin cari kerja



Remaja mati dipukul bapa kerana ingin cari kerja | Hasrat seorang remaja untuk mencari kerja bagi membantu meringankan beban keluarga tidak kesampaian apabila dia ditemui maut di rumahnya di Kampung Jawa di sini hari ini selepas dipercayai dipukul bapanya petang semalam. Mangsa, Muhamad Hafiz Abd. Ghani, 17, dipercayai mengalami kecederaan dalaman akibat dipukul dengan sebatang kayu selepas menyatakan hasratnya untuk mencari pekerjaan. Menurut sumber polis, dalam kejadian pukul 5 petang semalam, anak sulung daripada 10 beradik itu dikatakan telah bertengkar dengan bapanya, seorang buruh berusia 52 tahun sebelum dipukul bertubi-tubi sehingga tidak sedarkan diri.

 "Mangsa difahamkan telah mengalami kecederaan dalaman akibat dipukul dengan objek keras dan disahkan telah meninggal dunia kira-kira pukul 4 pagi ini," katanya. Katanya, mangsa telah ditemui dalam keadaan tidak bernyawa selepas cuba dikejutkan berulang kali untuk bersahur oleh ibunya, Siti Habibah Ismail, 38. Berikutan kejadian itu, ibunya telah membuat laporan polis di Balai Polis Alor Gajah di sini pada pukul 7 pagi. Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Abd. Rahman Jid yang mengesahkan kejadian itu memberitahu, polis kini sedang memburu suspek yang menghilangkan diri selepas kejadian. Katanya, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.-Utusan

Jeritan sayu seorang isteri ketika diperlakukan kejam oleh suami akibat cemburu buta


Jeritan sayu seorang isteri ketika diperlakukan kejam oleh suami akibat cemburu buta | “Abang! Tolong, tolong sayang.” Itu jeritan seorang isteri selepas disimbah dengan petrol sebelum dibakar suaminya sendiri akibat cemburu buta di Kampung Abi Padang Machang, di sini, semalam. Akibat tindakan di luar batas kemanusiaan suaminya pada jam 9.30 pagi itu, tubuh mangsa terbakar 85 peratus dan kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah. Difahamkan, pasangan itu baru seminggu bernikah di negara jiran, namun mangsa yang menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-23 semalam dibakar suami kerana didakwa menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain. Jeritan sayu mangsa, Shafikah Ismail meminta tolong dari dalam bilik didengari nenek kepada suaminya yang ketika itu baru pulang dari pasar.

Nenek suspek yang enggan dikenali berkata, mereka sekeluarga sepatutnya mengadakan kenduri kesyukuran sempena hari lahir mangsa ke-23, semalam, tetapi dikejutkan dengan kejadian di luar jangkaan. Menceritakan kembali kejadian, wanita itu berkata, sejurus mendengar jeritan mangsa dia meluru ke bilik berkenaan dan terkejut melihat badan mangsa sedang terbakar. “Cucu saya (suspek) juga cuba memadamkan api dengan mengambil air dan mencurahkan ke badan isterinya, dia juga mengalami kecederaan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Menurutnya, mangsa yang berasal dari Johor dipercayai melecur hampir keseluruhan badan dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini, dengan ambulans bagi mendapatkan rawatan. “Mereka berkenalan di sebuah kolej swasta di Perak sebelum bertunang setahun lalu dan mendirikan rumah tangga lebih awal dengan bernikah di Thailand, seminggu lalu. “Saya tidak mengetahui punca kejadian itu kerana mereka berdua dilihat mesra dan tidak mempunyai masalah. Kejadian yang berlaku mengejutkan semua ahli keluarga termasuk ibu dan bapa cucu saya yang bekerja di Langkawi,” katanya. -Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!