Gambar mayat bayi lelaki baru dilahirkan ditemui di kawasan tapak pelupusan sampah Bukit Gemuk, Tawau | Mayat seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui di kawasan tapak pelupusan sampah Bukit Gemuk, Jalan Bombalai di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah berkata, mayat ditemui kira-kira pukul 11.40 pagi oleh seorang pekerja di tapak pelupusan sampah berkenaan. "Pekerja tersebut menemui mayat bayi yang tidak berpakaian dan masih mempunyai tali pusat dalam sebuah kotak ketika dia sedang mengorek sampah untuk mencari bahan-bahan yang masih boleh digunakan. "Mayat bayi itu dipercayai baru diletakkan di lokasi itu berdasarkan keadaan mayat yang tidak mempunyi kesan kecederaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. - BERNAMA
Tuesday, July 8, 2014
Gambar mayat bayi lelaki baru dilahirkan ditemui di kawasan tapak pelupusan sampah Bukit Gemuk, Tawau
Gambar mayat bayi lelaki baru dilahirkan ditemui di kawasan tapak pelupusan sampah Bukit Gemuk, Tawau | Mayat seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui di kawasan tapak pelupusan sampah Bukit Gemuk, Jalan Bombalai di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah berkata, mayat ditemui kira-kira pukul 11.40 pagi oleh seorang pekerja di tapak pelupusan sampah berkenaan. "Pekerja tersebut menemui mayat bayi yang tidak berpakaian dan masih mempunyai tali pusat dalam sebuah kotak ketika dia sedang mengorek sampah untuk mencari bahan-bahan yang masih boleh digunakan. "Mayat bayi itu dipercayai baru diletakkan di lokasi itu berdasarkan keadaan mayat yang tidak mempunyi kesan kecederaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. - BERNAMA
Ibu bapa terima padah bila anak kecil mereka pecah rahsia
Ibu bapa terima padah bila anak kecil mereka pecah rahsia | Sepasang suami isteri ditangkap kerana menanam dan menghisap ganja selepas anak mereka membongkar kegiatan ibu bapanya. Budak perempuan berusia sembilan tahun itu membuat laporan di balai polis mengenai kegiatan ibu bapanya baru-baru ini. Dia dengan tenang memasuki balai polis di Barnesville, Minnesota dan menceritakan kepada pegawai bahawa ibu bapanya menanam ganja di bawah rumah mereka. Menurutnya, dia membuat keputusan untuk mendapatkan bantuan selepas tidak tahan dengan bau asap ganja yang membuatnya sakit.
Dia juga bimbang dengan kesihatan anjingnya kerana ibu bapanya sering menghembus asap ganja ke dalam mulut haiwan kesayangannya itu. “Dia sangat berani, bijak dan fasih. Dia memberi keterangan seperti orang dewasa,” kata jurucakap polis, Ryan Beattie. Lebih mengagumkan, kata Beattie, budak itu lebih pintar berbanding kanak-kanak seusianya. Dia menjelaskan dengan terperinci mengenai jenis dadah yang tidak mungkin diketahui kanak-kanak lain.
Pihak berkuasa menyerbu rumah terbabit dan polis menemui pokok ganja di tempat seperti yang diceritakan kanak-kanak berkenaan. Turut ditemui ialah bahan yang diuji positif dadah jenis methamphetamine. Setakat ini, polis belum menetapkan jenis tuduhan yang akan dikenakan ke atas pasangan suami isteri itu kerana masih menanti keputusan ujian makmal bagi mengesahkan tumbuhan dan bahan kimia yang ditemui di rumah itu.- AFP
.
Kanak-kanak dihalau dari restoran disebabkan punca yang tidak masuk akal
Kanak-kanak dihalau dari restoran disebabkan punca yang tidak masuk akal | Hanya kerana memakai baju tidak berlengan Teenage Mutant Ninja Turtles, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dihalau daripada memasuki sebuah restoran di sini, baru-baru ini. Stesen rangkaian berita WXIA melaporkan, Lewis Roberts bersama keluarganya singgah ke Restoran Travern di Phipps Plaza untuk makan tengah hari, tetapi mereka tidak dibenarkan masuk kerana kanak-kanak itu memakai pakaian yang tidak menepati etika pemakaian yang ditetapkan.
Malah, Roberts diarah meninggalkan premis itu serta-merta, sekali gus memaksa ibu saudaranya, Keri Smith memberanikan diri untuk membuat aduan kepada pengurus restoran berkenaan berhubung perkara tersebut. Pengurus restoran itu menegaskan bahawa etika pemakaian perlu dipatuhi semua peringkat usia termasuk Roberts, menyebabkan mereka sekeluarga diarahkan keluar sekali lagi dari premis tersebut. "Jika pemakaian Roberts tidak sesuai, kami sudah tentu akan ke restoran lain untuk mengelakkan perkara itu berlaku," kata Keri.
Menurut WXIA, pihak pengurusan atasan Restoran Travern kemudian mengeluarkan kenyataan memohon maaf atas kejadian itu dan menjelaskan bahawa peraturan pemakaian itu hanya dikenakan ke atas golongan lelaki sahaja, bukan wanita atau kanak-kanak. Pengurusnya, Amber Stewart berkata, kejadian yang berlaku merupakan salah faham kerana pengurus yang terlibat masih dalam latihan dan belum jelas tentang polisi restoran. Keluarga Roberts menerima permohonan maaf tersebut dan merancang untuk pergi ke restoran berkenaan semula suatu hari nanti. -AP
.
Pengantin lelaki nekad cerai isteri pada malam perkahwinan
Pengantin lelaki nekad cerai isteri pada malam perkahwinan | Seorang pengantin lelaki menceraikan isterinya pada malam perkahwinan mereka selepas menerima gambar intim wanita berkenaan daripada bekas kekasihnya. Pasangan itu meraikan majlis perkahwinan mereka di sebuah hotel apabila pengantin lelaki itu diberi bunga dan sampul mengandungi kad memori di samping nota yang menggesanya melihat gambar isterinya dalam kad itu.
Kerana terkejut selepas melihat gambar itu, dia mengambil keputusan menceraikan isterinya ketika itu juga, lapor akhbar Sabq, memetik cerita seorang pendakwah, Shaikh Ghazi Bin Abdul Aziz Al Shammari. Menurut laporan itu, pengantin perempuan dihubungi bekas kekasihnya empat hari sebelum majlis perkahwinannya. Bekas kekasih wanita itu memaksa mereka bertemu malah mengancam mendedahkan hubungan mereka kepada bakal suaminya jika dia enggan berbuat demikian.
Wanita itu memberitahu bekas kekasihnya agar melupakan hubungan mereka kerana dia mahu menempuh hidup baru bersama suami dan mempunyai keluarga. Rayuan wanita itu tidak diendahkan malah bekas kekasihnya yang tidak berpuas hati bertindak menghantar bunga bersama gambar pengantin perempuan yang mengakibatkan dia dicerai. - Agensi
.
Restoran diselar adakan bufet ramadan jual arak
Restoran diselar adakan bufet ramadan jual arak | Sebuah restoran di Jalan Yap Kwan Seng, di sini, yang mempromosi bufet Ramadan, dikesan turut menjual minuman keras kepada pengunjung. Pengusahanya juga menawarkan bufet Ramadan walaupun tanpa sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), yang boleh mengelirukan umat Islam. Kegiatan itu terbongkar selepas Bahagian Hab Halal JAKIM menerima aduan orang ramai dan anggota penguat kuasa yang diketuai Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM, Muhammad Khalid Othman, melakukan pemeriksaan mengejut di restoran itu pagi semalam. -BH
.
Subscribe to:
Posts (Atom)