Wednesday, July 9, 2014

Ketumbuhan pada kaki seorang lelaki sejak 28 tahun, yang dipercayai terbesar di dunia berjaya dibuang



Ketumbuhan pada kaki seorang lelaki sejak 28 tahun, yang dipercayai terbesar di dunia berjaya dibuang | Pakar bedah di China, di sini semalam berjaya membuang ketumbuhan yang dipercayai terbesar di dunia seberat kira-kira 110 kilogram yang tumbuh pada kaki seorang lelaki sejak 28 tahun lalu. Yang Jianbin, 37, berasal dari wilayah Shanxi, dilahirkan dengan tanda lahir berwarna hitam pada bahagian belakang kaki sebelah kanan dan menyedari ketumbuhan itu mula membesar sejak umur sembilan tahun. Mail Online melaporkan, pada usia 12 tahun, ketumbuhan itu menjadi saiz sebesar penumbuk dan dia menjalani pembedahan untuk membuangnya.


 Bagaimanapun, ketumbuhan terbabit kembali membesar sehingga mencapai berat 100 kilogram dan seluas 1.2 meter. Ketua pembedahan, Chen Minliang berkata, Jianbin menderita ketumbuhan jenis Neurofibromatosis iaitu penyakit genetik yang mengganggu pertumbuhan fizikal dan perkembangan sel tisu pesakit. "Operasi pembedahan membuang tumor itu melibatkan sembilan pakar bedah dan mengambil masa kira-kira 16 jam selain menggunakan 5,000 milimeter darah," katanya.-AGENSI




.

Tindakan ambil gambar di Masjidil Haram adalah perbuatan yang tidak boleh diterima



Tindakan ambil gambar di Masjidil Haram adalah perbuatan yang tidak boleh diterima | Ulama terkemuka Sheikh Saleh Al-Fozan menegaskan mengambil gambar ketika berada di dalam Masjidil Haram adalah perbuatan yang tidak boleh diterima. Beliau berkata, mereka yang berbuat demikian seharusnya berhenti daripada meneruskan perbuatan berkenaan. Menurutnya, ada jemaah yang masuk ke dalam masjid dengan membawa kamera untuk merakamkan gambar mereka di masjid itu sedangkan tujuan utama mereka ke Tanah Suci itu adalah untuk beribadah. Tambahnya, pihak berkuasa sepatutnya merampas dan memusnahkan kamera itu kerana ia mengganggu jemaah lain. Sumber berkata, membawa kamera masuk ke masjid tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran rasmi. - Agensi




.

Kejadian mencemaskan berlaku di Lapangan Terbang El Prat, Sepanyol



Kejadian mencemaskan berlaku di Lapangan Terbang El Prat, Sepanyol  | Dua buah pesawat melalui saat mendebarkan apabila hampir berlanggar antara satu sama lain di Lapangan Terbang El Prat, Sepanyol Sabtu lalu, lapor laman web, Mail Online. Dalam kejadian tersebut, pesawat Boeing 767 daripada syarikat penerbangan Rusia, Utair ingin melakukan pendaratan apabila pesawat Airbus A340 Aerolineas Argentinas melintasi laluannya untuk berlepas ke Buenos Aires. Pesawat Boeing berkenaan yang sudah pun hampir mendarat terpaksa menangguhkan pendaratan bagi mengelakkan daripada berlanggar dengan pesawat Airbus itu. Pesawat Utair itu berjaya mendarat dengan selamat selepas juruterbang melakukan pendaratan cemas 'go-round', tidak lama kemudian.

Kejadian itu sempat dirakam oleh Miguel Angel yang memuat naik video itu di laman web, YouTube yang telah ditonton lebih satu juta pengguna. Angel berkata, kejadian yang berlaku itu merupakan pengalaman paling buruk yang pernah dialaminya. "Pesawat Utair Boeing 767-300 yang datang dari Moscow, Rusia sedang melakukan pendaratan di Landasan 02 ketika pesawat Argentinas Airbus A340-300 melintasi laluan itu. "Ketika juruterbang menyedari kehadiran pesawat Airbus itu, mereka bertindak dengan baik dan menaikkan semula kapal terbang berkenaan sebelum mendarat," katanya.


Pengurus Latihan di Pusat Latihan Penerbangan Anset, Kapten John Holmes berkata, terdapat tiga kemungkinan yang menyebabkan kejadian itu berlaku. "Arahan yang dikeluarkan kepada pesawat Airbus itu disalah erti oleh kapten pesawat atau mereka tidak menerima sebarang arahan atau tidak ada arahan dikeluarkan dari menara kawalan," katanya. Sementara itu, Lembaga Lapangan Terbang dan Penerbangan Udara Sepanyol (AENA) dalam satu kenyataan berkata, tidak ada risiko pelanggaran antara kedua-dua pesawat itu memandangkan ruang untuk mendarat mencukupi bagi pesawat Utair. -AP




.

Luahan hati Jurulatih Brazil, Luiz Felipe Scolari diatas kekalahan memalukan 1-7 kepada Jerman pada separuh akhir Piala Dunia



Luahan hati Jurulatih Brazil, Luiz Felipe Scolari diatas kekalahan memalukan 1-7 kepada Jerman pada separuh akhir Piala Dunia | Jurulatih Brazil, Luiz Felipe Scolari berkata, kekalahan memalukan 1-7 yang dialami pasukannya kepada Jerman pada separuh akhir Piala Dunia adalah detik paling buruk dalam hidupnya. Sambil meminta maaf kepada jutaan rakyat Brazil atas kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak buahnya, pengendali veteran itu mengakui, kekalahan tersebut akan kekal dalam ingatannya sampai bila-bila. "Kami mohon kemaafan. "Kepada semua orang, tolong maafkan kesilapan negatif kami.


"Saya bertanggungjawab atas apa yang berlaku di atas padang, saya adalah orang yang harus dipersalahkan atas keputusan ini. "Saya rasa, ini adalah hari paling buruk dalam hidup saya, namun hidup perlu diteruskan. "Saya akan ingat sebagai jurulatih, kami kalah 7-1 tetapi saya sedar akan risiko yang ditanggung sebaik saja bersetuju untuk memikul tanggungjawab," ujar jurulatih berusia 65 tahun itu. - AGENSI




.

Inilah kisah sebenar mengenai pendedahan penemuan tulang babi di kolam ikan patin


Inilah kisah sebenar mengenai pendedahan penemuan tulang babi di kolam ikan patin | “Saya nampak ribuan ikan patin di sekitar kawasan dalam dan luar kolam itu sebaik kolam berkenaan pecah dan ketika kejadian berlaku, ramai orang berebut-rebut mengutip ikan itu termasuk masyarakat beragama Islam,” kata Mohamad Khirul Adnan Hamid, 26, individu yang memuat naik maklumat serta gambar yang menampakkan tulang haiwan dipercayai babi di laman blog peribadinya dalam kejadian kolam ikan patin pecah di Lahat, di sini, Ahad lalu.

 Menurutnya, dia mendapat maklumat mengenai kerosakan paip pecah yang menyebabkan air melimpah hingga tebing kolam terbabit runtuh kira-kira jam 2 petang, Ahad lalu, selepas dimaklumkan oleh seorang rakannya. Katanya, ketika kejadian, orang ramai dilihat mengerumuni kolam itu selepas kesemua ikan ternakan mula kelihatan di luar dan permukaan dasar kolam. “Saya difahamkan saliran kolam itu mengalami masalah sehingga menyebabkan air di situ susut hingga menampakkan permukaan dasar tanah.


Akibatnya, kesemua ikan di dalam kolam itu jelas kelihatan sekali gus menjadi tumpuan orang ramai.“Malah, satu saluran turut pecah menyebabkan sebahagian ikan di situ berlambak ke luar kolam,” katanya. Menurutnya, ketika di tempat kejadian, dia juga sempat menasihatkan orang awam khususnya yang beragama Islam supaya tidak mengambil ikan patin itu untuk makan kerana berdasarkan pemerhatiannya, rangka tulang haiwan yang bersepah di dasar kolam itu dipercayai rangka babi. -Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!