Friday, July 11, 2014

Penyanyi Tomok bakal menimang cahaya mata kedua selepas isterinya, disahkan hamil



Penyanyi Tomok bakal menimang cahaya mata kedua selepas isterinya, disahkan hamil | PENYANYI, Tomok bakal menimang cahaya mata kedua selepas isterinya, Siti Rahayu Abas disahkan hamil lebih tiga minggu. Tomok berkongsi berita gembira itu melalui laman sosial Twitter miliknya, hari ini. "Alhamdulillah, Arrian nak dapat adik. Doakan yang terbaik untuk kami sekeluarga," tulisnya sambil berkongsi gambar alat penguji kehamilan digital.

Penyanyi Cinta Tak Pergi itu melahirkan kesyukuran menerima berita gembira pada bulan Ramadan ini. "Berita gembira pada penghulu segala hari dan di bulan yang mulia. Alhamdulillah. Terima kasih ya ALLAH," tulisnya. Pasangan ini telah mendirikan rumah tanggan pada Julai 2011 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Arrian Shah Akid. -SH




.

Gambar terkini bintang Belgium dan Manchester United, Fellaini yang terkenal dengan rambut afro kini potong rambut pendek..



Gambar terkini bintang Belgium dan Manchester United, Fellaini yang terkenal dengan rambut afro kini potong rambut pendek..  | PEMAIN Belgium, Marouane Fellaini yang terkenal dengan rambut afro bertindak memotong rambutnya sehingga pendek selepas kecewa dengan kegagalan pasukanya pada saingan Piala Dunia. Tindakan pemain tengah Manchester United itu telah mengejutkan pelbagai pihak kerana dia tidak pernah memendekkan rambutnya sejak bergelar pemain bola sepak profesional.


Fellaini sebelum ini pernah berjanji akan membotakkan kepala jika Belgium berjaya menjuarai Piala Dunia. Namun, oleh kerana hasratnya tidak kesampaian, dia bertindak memendekkan rambut. Sekeping gambar Fellaini bersama pendandan rambut kini tersebar di laman sosial. - telegraph.co.uk





.

Emiriyah Arab Bersatu (UAE), dilapor salur dana sebanyak AS$25 juta (RM 79.5 juta) untuk bantuan kemanusiaan rakyat Palestin di Gaza


Emiriyah Arab Bersatu (UAE), hari ini dilaporkan menyalurkan dana sebanyak AS$25 juta (RM 79.5 juta) untuk bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Gaza yang diserang tentera Israel sejak tiga hari lalu. Persatuan Bulan Sabit Merah Emirati akan menyelia sumbangan dana itu bagi membantu membina hospital di Gaza untuk merawat penduduk Palestin yang cedera, menurut agensi berita, WAM. Israel melancarkan operasi ketenteraan di Gaza yang diberi nama Operasi Pelindungan Sempadan pada Selasa lalu bertujuan membendung serangan roket daripada pergerakan Hamas ke wilayah Israel. Operasi itu merupakan yang terbesar oleh Israel ke atas Gaza sejak 2012. - AFP




.

Juruterbang buat sesuatu yang pelik untuk penumpang yang terperangkap dalam pesawat



Juruterbang buat sesuatu yang pelik untuk penumpang yang terperangkap dalam pesawat | Seorang juruterbang pesawat syarikat Frontier Airlines, Gerhard Bradner membeli piza untuk dimakan para penumpang yang terperangkap selama beberapa jam disebabkan ribut. Pengurus Domino's Pizza, Cheyenne, Andrew Ritchie memberitahu agensi berita The Associated Press, Bradner menghubunginya pada pukul 10 malam waktu tempatan untuk membeli 35 kotak piza. Ritchie berkata, Bardner mahu memberikan makanan kepada 160 orang penumpang yang terperangkap di dalam pesawat tersebut di sebuah lapangan terbang di sini.


Para penumpang itu terpaksa menunggu beberapa jam di dalam pesawat kerana ribut berlaku di laluan penerbangan pesawat berkenaan ke Denver. Ritchie berkata, Bardner mahu piza itu dihantar dengan segera. Menurutnya, dia kemudian memanggil beberapa kakitangannya untuk menghasilkan piza tersebut. Stesen televisyen KUSA-TV melaporkan, pesawat yang dalam penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Denver dari Washington D.C itu kemudian berlepas pada pukul 10.30 malam sejurus piza tersebut tiba untuk dimakan para penumpang. - AP




.

Punca jalan utama di bandar Shantou, Guandong China mengalami kesesakan trafik teruk sepanjang satu kilometer



Punca jalan utama di bandar Shantou, Guandong China mengalami kesesakan trafik teruk sepanjang satu kilometer | Gara-gara kehadiran ibu bapa untuk mengambil anak mereka yang selesai menjalani peperiksaan penting untuk memasuki kolej, sebatang jalan utama di bandar Shantou, wilayah Guandong China mengalami kesesakan trafik yang teruk sepanjang satu kilometer, semalam. Menurut laporan Mail Online, kesesakan itu berpunca apabila ibu bapa kepada hampir 7,000 pelajar menunggu di hadapan Sekolah Menengah Rendah Yuhuai di Shantou, sebuah sekolah swasta terkenal dalam kalangan penduduk di wilayah tersebut untuk mengambil anak mereka yang selesai menghadapi peperiksaan penting.

Malah tindakan mereka meletakkan kenderaan di tepi jalan di hadapan sekolah itu menyebabkan kenderaan-kenderaan lain yang menggunakan jalan sama terpaksa menunggu lama untuk bergerak. Beberapa orang anggota polis trafik yang ditugaskan mengawal lalu lintas dilihat tidak mampu menangani kebanjiran kereta ibu bapa pelajar yang berpusu-pusu mahu mengambil anak masing-masing. Peperiksaan yang diadakan semalam merupakan ujian penting bagi pelajar sekolah terbabit untuk menentukan sama ada mereka layak melanjutkan pelajaran ke universiti atau kolej. -AP




.

Gadis maut digilis treler ketika mahu hadiri temu duga latihan



Gadis maut digilis treler ketika mahu hadiri temu duga latihan | Luahan seorang gadis bahawa dia berasa berat hati untuk menghadiri temu duga satu skim latihan di sebuah hotel di sini membawa petanda buruk apabila dia menemui ajal dalam satu kemalangan di Batu 2, Jalan Langgar di sini semalam. Kejadian kira-kira pukul 7.45 pagi itu berlaku ketika mangsa, Azah Syazwani Mohamad Diauddin, 23, (gambar kecil) dalam perjalanan untuk menemui rakannya, Nailil Syuhartini Md. Zin, 24, di sebuah pasar raya besar di sini sebelum bersama-sama ke hotel tersebut bagi menghadiri temu duga.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal jenis Modenas Kriss yang ditunggang Azah Syazwani, graduan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, bergesel dengan sebuah treler membawa muatan kayu menyebabkan mangsa terperosok ke bawah kenderaan itu sebelum digilis dan tersepit di celah tayar. Rakan mangsa, Nailil Syuhartini memberitahu, kali terakhir dia menghubungi Azah Syazwani kira-kira pukul 7.30 pagi dan mangsa memberitahu dia sudah mahu keluar dari rumah kakaknya di Taman Serindit di sini. -Kosmo




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!