Saturday, July 12, 2014

Lelaki terkejut kamera litar tertutup (CCTV) premis rakam sesuatu yang menakutkan



Lelaki terkejut kamera litar tertutup (CCTV) premis rakam sesuatu yang menakutkan | PEMILIK sebuah pub terkejut apabila kamera litar tertutup (CCTV) di premis miliknya itu merakamkan imej lembaga putih yang secara tiba-tiba muncul dari permaidani, demikian lapor laman mirror.co.uk. David Langley Evans, 49, menyedari kewujudan rakaman imej berkenaan selepas dia memeriksa rakaman CCTV premisnya yang dikenali sebagai 'pub berhantu'.

Menerusi rakaman tersebut, kelihatan satu imej berwarna putih secara tiba-tiba muncul dari permaidani dan kemudiannya perlahan-lahan memanjat dindang menuju ke bahagian siling. Menurut David: "Saya sudah melihatnya sebelum ini dengan mata saya sendiri...namun kini saya mempunyai bukti mengenainya. "Sejak lebih sepuluh tahun saya berada di pub ini...saya sudah lihat semua jenis kejadian berhantu di sini." Tambah David, dia berharap kumpulan pakar paranormal boleh menjelaskan mengenai kejadian aneh tersebut.

Ahli perniagaan 'sajikan' wanita Vietnam di restoran



Ahli perniagaan 'sajikan' wanita Vietnam di restoran | Tindakan seorang ahli perniagaan menjadikan restoran miliknya sebagai lokasi untuk menjalankan kegiatan pelacuran membawa padah apabila premis itu diserbu sepasukan anggota polis, di Taman Perindustrian Mentakab, dekat sini, pagi tadi. Serbuan kira-kira jam 1.30 pagi itu dilakukan anggota polis Cawangan Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7), dibantu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Temerloh.

Ia dilakukan selepas polis menerima maklumat awam berhubung kegiatan pelacuran yang dipercayai aktif sejak beberapa bulan lalu dengan menjadikan wanita warga Vietnam sebagai 'sajian'. Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Mohd Anuar Othman berkata, ketika serbuan dilakukan polis mendapati suasana di dalam restoran itu samar dengan ada beberapa lelaki sedang berhibur.

Katanya, selepas pemeriksaan dijalankan, polis menahan penjaga premis itu bersama 12 wanita warganegara Vietnam kerana dipercayai menjalankan kegiatan pelacuran di restoran berkenaan. "Siasatan awal mendapati, semua wanita itu mempunyai dokumen perjalanan sah namun pada masa sama dipercayai menjalankan aktiviti haram iaitu pelacuran. "Bagaimanapun, tiada sebarang barang kes dirampas sebelum semua wanita berusia 20 hingga 30 tahun itu bersama penjaga premis berusia 28 tahun dibawa ke IPD Temerloh untuk membantu siasatan," katanya.





.

LELAKI SEDINGIN DIA - SYAH SHAH




LELAKI SEDINGIN DIA - SYAH SHAH | Pertemuan mereka di Cameron memang mencipta kenangan yang sangat manis. Walaupun saling tidak kenal antara satu sama lain, tidak dinafikan mereka serasi bersama. Namun disebalik pertemuan itu, rupanya punca mereka 'lari' ke Cameron adalah sama, iaitu mengelak dari perkahwinan yang diaturkan keluarga masing-masing.

Bagi Andria, dia memang tidak pernah menemui lelaki yang bernama Fawwaz, lelaki yang dijodohkan untuknya. Namun bukan sedikit cerita yang tidak enak yang pernah didengarnya mengenai lelaki itu. Fawwaz itu seorang kaki kelab, kaki minum dan kaki perempuan. Dan bagi Fawwaz pula, dia memang menentang habis-habisan perkahwinan itu.

Tapi lain pula jadinya apabila Fawwaz dapat tahu siapa calon isterinya. Kata-kata sinis Andria padanya, membuatkan dia nekad memperisterikan Andria, dan akan memastikan Andria tunduk di kakinya. Tapi, disebalik sikap dingin dan hati kering Fawwaz, dia memang benar-benar tidak mampu menolak dari terpikat dengan pesona yang ada pada Andria. Mampukah ikatan perkahwinan mereka bertahan dan mampukah Andria merubah Fawwaz yang dingin itu?



Tajuk : Lelaki Sedingin Dia
Penulis : Syah Shah
Halaman : 508 muka surat
Harga : RM23/RM26




.

Jual dan promosi mercun di Facebook


Jual dan promosi mercun di Facebook | Polis menahan seorang lelaki yang mempromosi serta menjual mercun melalui laman sosial Facebook dalam satu serbuan di rumahnya di Beserah di sini petang semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Azizan Md Isa berkata, akaun Facebook yang menggunakan nama ’Adam Danial’ itu dikesan mempromosi bahan terlarang berkenaan pada 8 Julai lepas. "Susulan itu polis telah menjalankan siasatan sebelum berjaya menahan suspek, 29, di rumahnya kira-kira 1.15 petang semalam.

"Hasil serbuan itu juga polis merampas 16 kotak pelbagai jenis mercun dan empat kotak bunga api yang bernilai RM1,000," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata, suspek yang bekerja sebagai peniaga baju di pasar malam dan sudah berkahwin itu kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan dan Kakisan 1967. Jika sabit kesalahan suspek boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. - Bernama




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!