Wednesday, July 16, 2014

[Gambar] Punca kanak-kanak ini tersepit dalam mesin basuh



[Gambar] Punca kanak-kanak ini tersepit dalam mesin basuh | Seorang kanak-kanak memanjat masuk ke dalam mesin basuh ketika ibunya terlepas pandang, menyebabkan dia terperangkap di dalam mesin berkenaan. Selepas berusaha sedaya upaya selama 30 minit untuk mengeluarkan anaknya, Peng yang berusia tiga tahun itu, wanita berkenaan akhirnya menyerah kalah dan menelefon bomba untuk mendapatkan bantuan. Bagaimanapun, mereka juga tidak berjaya menarik keluar kanak-kanak berkenaan. Sebagai jalan terakhir, anggota bomba terpaksa memotong mesin basuh berkenaan menggunakan peralatan menyelamat hidraulik.

Jurucakap bomba bandar Suzhou di wilayah Anhui, tengah China, Yong Wu berkata, Peng langsung tidak cemas, sebaliknya teruja melihat begitu ramai anggota bomba di rumahnya. “Saya melihat ibunya yang cemas apabila nampak kami menggunakan peralatan hidraulik untuk memotong mesin basuh berkenaan. Tetapi semuanya berjalan lancar dan kami berjaya mengeluarkan tong dram mesin basuh itu,” katanya ketika ditemui, semalam. - Agensi




.

Kenapa Rihanna Dikatakan Telah Lakukan Kesalahan Pegang Trofi Piala Dunia?


Kenapa Rihanna Dikatakan Telah Lakukan Kesalahan Pegang Trofi Piala Dunia? | PENYANYI Rihanna mendapat kritikan hebat apabila bertindak memegang dan bergambar dengan trofi asli kemenangan pasukan Jerman pada Piala Dunia 2014 yang berakhir pada Isnin lalu. Daily Mail melaporkan Rihanna dikatakan melanggar peraturan dan etika yang dikeluarkan oleh FIFA yang mana hanya juara dan pemimpin negara sahaja dibenarkan untuk memegang trofi rasmi Piala Dunia.


Sehingga kini FIFA masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi terhadap tindakan penyanyi itu sama ada ingin mengambil tindakan atau sebaliknya. Rihanna berada di Rio de Jeniero, Brazil untuk menyaksikan pertandingan akhir Piala Dunia 2014 diantara Jerman dan Argentina.Jerman bergelar juara Piala Dunia 2014 menerusi jaringan gol oleh Mario Goetze pada minit ke 113 dan sekali gus mencipta kemenangan kali keempat untuk pasukan tersebut. Dalam pada itu, Rihanna juga dilihat berpesta bagi meraikan kemenangan pasukan berkenaan dan sempat bergambar dengan para pemain Jerman termasuk penyerang utama, Miroslav Klose.-AP




.

Kejadian aneh dan mengejutkan ini berlaku di sebuah restoran


Kejadian aneh dan mengejutkan ini berlaku di sebuah restoran | Seorang pelanggan yang tidak puas hati terkejut apabila seorang pekerja restoran sanggup memakan lipas untuk membuktikan serangga itu tidak memudaratkan. Kejadian berlaku apabila seorang lelaki, Zhang makan di sebuah restoran di sini menemui lipas dalam hidangannya. Ekoran penemuan yang menjijikkan itu, pelanggan itu membuat aduan dan mengharapkan ganti rugi. Seorang pekerja wanita sebaliknya memberitahunya: “Di restoran mana juga kamu makan, pasti kamu menemui lipas dan ia perkara biasa.” Zhang yang berang dengan penjelasan wanita berkenaan menyuruhnya memakan lipas itu. Pelayan menyahut cabaran Zhang dengan memakan serangga berkenaan.

Zhang yang terkejut dengan tindakan wanita itu segera membayar makanan itu. Sejurus selepas itu, pemilik restoran memohon maaf kepada Zhang dan menegaskan tindakan akan dikenakan terhadap pekerja itu dengan memotong gajinya. Pemilik kedai menjelaskan mungkin lipas itu termasuk ke dalam makanan kerana ditiup udara panas ketika memasak. Ini bukan kali pertama pekerja restoran berjaya mengaburi kesilapan yang berlaku dengan melakukan aksi luar biasa. Mei lalu seorang pengurus restoran memakan kondom yang ditemui di dalam ikan yang dihidang kepada seorang pelanggan. - Agensi




.

Gambar terkini penyanyi Ziana Zain yang kini sudah berhijab


Gambar terkini penyanyi Ziana Zain yang kini sudah berhijab | Pada Januari tahun ini, penyanyi dan aktres terkenal negara, Ziana Zain dalam satu temu bual pernah mendedahkan keinginan anak sulungnya, Muhammad Aiman untuk melihat beliau bertudung. Aiman yang kini berusia 14 tahun merupakan pelajar sekolah Agama Menengah Muhammadiah Pekan Sabak, Sabak Bernam, Selangor turut menasihatkan Ziana agar segera bertudung kerana manusia tidak tahu bila tarikh kepulangan menghadap Ilahi. Dalam pada banyak pihak menyangka Ziana sudah benar-benar berhijab, penyanyi berusia 46 tahun itu sebaliknya menjelaskan beliau memakai hijab demi menghormati guru-guru di sekolah anak-anaknya. Namun, hidayah yang Tuhan beri tiada siapa yang dapat menebak. Sebaik masuk Ramadan ke-17, tepat pada sambutan hari Nuzul al-Quran, pemilik nama sebenar Siti Roziana Zain ini telah memakai hijab sepenuhnya.

Isteri kepada Armin Zahrin dan ibu empat cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 14, Muhammad Ammar, 11, kembar Siti Nour Kaseh dan Muhammad Ariel, 4, menyifatkan penghijrahannya sebagai satu rahmat kepada dirinya. "Alhamdulillah, saya kira ini adalah hadiah terbesar buat saya daripada Allah SWT di hari baik dan bulan mulia ini. Bermula hari Nuzul al-Quran, secara terbuka saya mahu mengumumkan kini sudah berhijab sepenuhnya. Saya kira, penghijrahan ini juga banyak bergantung kepada keluarga saya. Saya sifatkan Tuhan mendengar doa daripada semua pihak termasuk suami, ibu bapa, anak-anak dan peminat saya agar saya berhijab dan saya bersyukur kerana diberi peluang untuk berhijrah", katanya yang turut menyatakan yang beliau tenang dengan penghijrahannya itu. -MD





.

Pesawat terhempas disebabkan oleh buaya yang terlepas kedalam pesawat dari bahagian kargo


Pesawat terhempas disebabkan oleh buaya yang terlepas kedalam pesawat dari bahagian kargo | JURUTERBANG, Danny Philemotte dan pembantunya Chris Wilson serta 18 penumpang lain maut serta-merta dalam nahas pesawat domestik Let-410 di Republik Demokratik Congo, Afrika. Nahas itu dipercayai berpunca daripada seekor buaya bersaiz dua meter yang dikatakan terlepas ke dalam pesawat dari bahagian kargo. Pegawai inkues memberitahu, buaya itu dipercayai memanjat keluar dari koper bahagian tengah pesawat menyebabkan juruterbang dan pembantunya panik termasuk krew yang lain. Suasana panik itu gagal dikawal hingga menyebabkan pesawat berkenaan menjunam ke sebuah kawasan penempatan di Congo.

Bagaimanapun penumpang menyangkal dakwaan bahawa buaya yang disimpan di dalam satu beg sukan adalah punca nahas berkenaan. Kenyataan itu disuarakan oleh Penolong Koroner David Dooley selepas diberitahu oleh seorang penumpang Rob Wilson. “Rakaman video menunjukkan terdapat seekor buaya keluar dari pesawat selepas ianya terhempas. Sebelum kejadian, krew dan penumpang dipercayai berlari kebahagiaan hadapan kabin menyebabkan pesawat itu tidak stabil,” katanya. Difahamkan, pesawat berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Kinshasa untuk menuju ke Bandundu, laporan dipetik dari Mirror Daily.




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!