Thursday, July 17, 2014

Mesut Ozil derma £350,000 bonus kemenangannya menang Piala Dunia bantu 23 kanak-kanak Brazil yang perlu pembedahan.


Mesut Ozil derma £350,000 bonus kemenangannya menang Piala Dunia bantu 23 kanak-kanak Brazil yang perlu pembedahan | Bintang Piala Dunia Jerman dan Arsenal, Mesut Ozil mendermakan £350,000 (RM1.91 juta) bonus kemenangannya ketika menjulang Piala Dunia untuk membantu 23 kanak-kanak Brazil yang memerlukan pembedahan. Wakil kepada pemain berusia 25 tahun itu, Roland Eitel mengesahkan perkara terbabit namun menafikan berita yang tersebar luas sebelum ini mengatakan Ozil turut mendermakan sejumlah wang kemenangannya kepada mangsa serangan Israel di Gaza. Begitupun, dia turut tidak menolak Ozil mungkin akan mendermakan wangnya bagi membantu penduduk Gaza mengharungi kemelut itu, selepas ini. “Dakwaan yang mengatakan Mesut mendermakan duitnya ke Gaza tidak benar,” kata Eitel.

“Mungkin di masa depan, siapa yang tahu? Dia mendermakan duitnya untuk perkara yang baik di Brazil dan kini dia sedang bercuti.” Dalam laman Facebook miliknya, Ozil mengumumkan dia membayar caj pembedahan buat 23 kanak-kanak di Brazil selepas muncul juara dunia apabila menewaskan Argentina di final. “Ketika Piala Dunia sedang berlangsung, saya menanggung pembedahan untuk 11 kanak-kanak yang sakit di Brazil. Sejak kemenangan Piala Dunia, ia bukan saja membabitkan 11 pemain, namun seluruh pasukan. Saya kini meningkatkannya kepada 23,” tulis Ozil.

Sekalipun sumbangannya kepada Gaza didapati tidak benar, Ozil yang memiliki darah campuran Turki dan beragama Islam dilaporkan pernah mencetus kontroversi apabila enggan bersalam dengan pegawai FIFA dari Israel. Sebelum ini, skuad Piala Dunia Algeria mendermakan £5.25 juta (RM28.6 juta) hadiah kejayaan mara ke pusingan kedua Piala Dunia kepada rakyat Gaza. Ia disahkan penyerangnya, Islam Slimani yang mengumumkan keseluruhan pasukannya mendermakan wang itu kerana “mereka lebih memerlukan berbanding kami.” - Agensi





.

Penyanyi terkenal buat kejutan tak disangka pada majlis perkahwinannya


Penyanyi terkenal buat kejutan tak disangka pada majlis perkahwinannya | Jessica Simpson dikhabarkan melakukan kejutan pada acara perkahwinannya dengan Eric Johson. Penyanyi berusia 33 tahun itu dikatakan salah menyebutkan nama ketika mengucapkan janji suci di hadapan 250 tetamu undangan. Jessica yang merasa gugup tak sengaja menyebut namanya sendiri, dan bukan nama Eric. Setelah menyedari kesalahannya, dia hanya mampu tertawa. Ibu dua anak itu lalu harus mengulanginya lagi dari awal. Tidak hanya Jessica, Eric juga melakukan kesalahan yang sama. Dia salah menyebut nama dan harus mengulanginya lagi.

Meskipun melakukan kesalahan, Jessica dan Eric tidak risau insiden itu disaksikan orang lain. Ini adalah disebabkan, mereka terlebih dahulu melarang tetamu undangan membawa kamera atau telefon bimbit ketika menghadiri perkahwinan itu di California. Berbeza dengan Jessica dan Eric, anak mereka justru melakukan tugasnya dengan baik. Ace yang masih berusia 12 bulan ditugaskan menjadi pembawa cincin, sedangkan Maxwell (2) bertugas sebagai pembawa bunga.-AP




.

Kemalangan ngeri, badan lelaki ini tertusuk pada pagar besi seperti daging kebab ketika cuba memanjat pagar


Kemalangan ngeri, badan lelaki ini tertusuk pada pagar besi seperti daging kebab ketika cuba memanjat pagar  | Seorang lelaki berusia 30 tahun di Wuhan tersangkut pada pagar besi seperti daging kebab apabila tertusuk ketika cuba memanjat pagar berkenaan. Mangsa dikenali sebagai Wu itu bagaimanapun terselamat tetapi mengalami kecederaan parah. Difahamkan, Wu melalui sebuah lorong kecil untuk pulang ke rumahnya namun mendapati pintu pagar di hujung jalan itu terkunci. Dia dan beberapa rakannya kemudian memutuskan untuk memanjat pagar tetapi malangnya lengan serta bahu kiri Wu tersangkut serta tertusuk pada pagar itu ketika cuba melompat.Wu pengsan akibat kecederaan itu dan rakannya segera menghubungi pasukan kecemasan.

Anggota bomba terpaksa menggunakan alat pemotong untuk menurunkan Wu sebelum alat pemotong hidraulik pula digunakan untuk memotong pasak pada pagar besi itu. Akhirnya, bomba menggunakan gergaji bulat untuk membuang besi yang menusuk bahu Wu. Keseluruhan proses mengambil masa lima minit sebelum mangsa dikejarkan ke hospital. Wu bernasib baik kerana tulang dan organ dalamannya tidak rosak dan kini beransur pulih. - Agensi




.

[Gambar] Penemuan mengejutkan di perairan Cornwall



[Gambar] Penemuan mengejutkan di perairan Cornwall  | Sekumpulan sahabat menemui seekor ikan tuna bluefin sepanjang 2.17 meter di perairan Cornwall baru-baru ini. Lima orang sahabat itu terdiri daripada Sarah Little, 22, Laura Pickervance, 23, Hannah Ford, 24, Shauna Creamer, 23 dan Charlotte Kamar, 24, menemui ikan tuna yang memiliki berat 136 kilogram ketika sedang berkayak. Menurutnya, salah seorang daripada mereka terjun ke dalam laut selepas mendapati terdapat seekor ikan yang sedang terapung. Namun, rakannya itu kemudian mendapati ikan tersebut telah mati. "Ketika kami membawanya naik ke darat, sekumpulan orang awam yang berkumpulan berada di pantai untuk melihat apa yang kami tangkap.


 "Kami berusaha untuk menariknya namun ikan itu terlalu berat sehingga memaksa empat orang lelaki membawa ke daratan," kata Little. Kelima-lima mereka bagaimanapun berasa kecewa kerana tidak dibenarkan menjual hasil tangkapan mereka yang hampir mencecah AS$1.7 juta (RM5.4 juta) oleh pihak berkuasa. Ikan berkenaan kemudiannya dibawa oleh beberapa kakitangan Organisasi Pengurusan Marin untuk dijadikan bahan kajian oleh para saintis di Universiti Exeter. - Agensi




.

Bekas pelajar universiti tempatan maut selepas jatuh dari aras empat sebuah pusat beli-belah di Bangsar


Bekas pelajar universiti tempatan maut selepas jatuh dari aras empat sebuah pusat beli-belah di Bangsar  | Seorang bekas pelajar universiti tempatan yang menghadapi masalah mental maut selepas jatuh dari aras empat sebuah pusat beli-belah di Bangsar. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, ketika kejadian, Alif Alexandre Faizal Weber, 26, kelihatan bersama ibunya sebelum bertindak terjun di pusat beli-belah itu pada kira-kira pukul 1.30 petang.

"Menurut dua saksi kejadian yang merupakan kakitangan pusat itu, mereka cuba membantu ibu si mati untuk menahan Alif daripada jatuh tetapi gagal," katanya ketika dihubungi Bernama di sini. Muhammad Azlee berkata lelaki itu mempunyai masalah mental sejak setahun lepas dan masih dalam rawatan. "Alif juga berhenti belajar pada tahun kedua kerana masalah mental. Si mati tidak bekerja dan sentiasa menghabiskan masa dengan bersenam sambil diiringi ibu," katanya. Mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat. - Bernama




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!