Friday, July 18, 2014

Sekurang-kurangnya 120 mayat telah dijumpai setakat ini



Sekurang-kurangnya 120 mayat telah dijumpai setakat ini | Sebuah portal berita Rusia, RT.com melaporkan sekurang-kurangnya 120 mayat telah dijumpai dari kawasan nahas pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH17 dipercayai terhempas. Portal tersebut yang memetik Kementerian Kecemasan Ukraine sebagai berkata, seramai 95 anggota penyelamat dan 18 kenderaan terlibat dalam operasi mencari mayat penumpang pesawat malang itu di Donetsk. MH17 hilang dari radar sebaik memasuki ruang udara Timur Ukraine kira-kira pukul 1415 waktu tempatan pada Khamis, sejam selepas pesawat jenis Boeing 777, berlepas dari lapangan terbang Schiphol, Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur. Difahamkan, insiden itu berlaku 50 kilometer dari sempadan Ukraine-Rusia. Kesemua 298 penumpang di dalam pesawat itu termasuk 43 rakyat Malaysia dikhuatiri terbunuh. -AP



.

Tak sangka sahabat berada dalam pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine


Tak sangka sahabat berada dalam pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine | Seorang penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine, Md Ali Md Salim, 30, sempat memuat naik video terakhir dalam akaun laman sosial Instagram miliknya ketika berada di tempat duduk pesawat itu sebelum berlepas. Video dengan nama akaun @masa1777 berdurasi 15 saat itu dimuat naik kira-kira pukul 12 tengah hari waktu Amsterdam dengan kapsyen: "Bismillah...#hatiadasikitgentar". Dalam video itu juga kelihatan beberapa penumpang serta seorang pramugari MAS, sedang sibuk menyimpan barang-barang di ruang bagasi bagi bersiap-sedia untuk berlepas.


Rakannya, Mohd. Zaem Nordin, 24, yang berkongsi video itu dalam akaun Instagramnya tidak menyangka Md Ali berada dalam pesawat malang itu. "Apabila saya melihat videonya yang dimuat naik kira-kira 15 jam lalu, saya sangat terkejut dan tidak menyangka beliau berada dalam pesawat itu," katanya ketika dihubungi hari ini. Menurut Mohd. Zaem, Md Ali sedang menyambung pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang psikologi di sebuah universiti di Armsterdam, dijangka menamatkan pengajiannya tahun hadapan. - BERNAMA




.

Kisah sedih dari Kuching, Sarawak mengenai tragedi pesawat MH17


Kisah sedih dari Kuching, Sarawak mengenai tragedi pesawat MH17 | Jamilah Noriah Abang Aji Anuar, 72, terlalu sebak untuk becerita mengenai anaknya Ariza Ghazalee, 46, menantunya Tambi Jiee, 49, bersama keempat-empat anak mereka yang menjadi penumpang pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia. Dengan suara tersekat-sekat beliau memberitahu anak, menantu bersama cucu-cucunya itu sedang dalam perjalanan pulang ke tanah air selepas lebih tiga tahun berada di luar negara. Katanya, anaknya mengikuti suami yang bertugas dengan sebuah syarikat milik Shell di Kazakhstan dan suami anaknya itu baru mendapat kebenaran untuk berpindah tempat kerja dari Kazakhstan ke Kuala Lumpur.


Dia yang ditemui di kediamannya di Samariang di sini berkata, sebelum ini anaknya begitu ceria hendak menyambut Aidilfitri di tanah air, malah sudah mula menempah baju warna sedondon putih untuk hari lebaran nanti. Menurutnya, pengesahan mengenai anaknya sekeluarga menjadi penumpang pesawat itu hanya diperolehnya awal pagi ini dan hatinya bertambah sebak menyaksikan cebisan pesawat berselerak disiarkan di televisyen. Kediamannya di sini sudah mula dipenuhi sanak saudara, termasuk daripada keluarga menantunya sejak awal pagi dan suasana pilu memang tidak dapat digambarkan, susulan tragedi berkenaan. Ariza merupakan anak kedua daripada lima beradik mengambil cuti tanpa gaji selama tiga tahun daripada tugasnya sebagai jurutera di Bintulu untuk bersama suaminya di Kazakhstan. - BERNAMA





.

Tragedi MH17 bukanlah satu-satunya kejadian pesawat penerbangan komersial utama yang ditembak jatuh



Tragedi MH17 bukanlah satu-satunya kejadian pesawat penerbangan komersial utama yang ditembak jatuh | Berikut ialah senarai pesawat penerbangan komersial utama yang ditembak jatuh sejak 40 tahun lalu:

* 21 Februari 1973: Pesawat 114 Penerbangan Libya dari Tripoli ke Kaherah ditembak jatuh di Semenanjung Sinai oleh jet pejuang F-4 Phantom II Israel, mengorbankan 113 orang di dalam pesawat.

* 1 September 1983: Sejumlah 269 penumpang dan kru pesawat 007 Penerbangan Korea terbunuh selepas pesawat ditembak jatuh oleh pesawat pejuang Su-15TM Soviet berhampiran Pulau Moneron, barat Pulau Sakhalin Island, di Laut Jepun. Pesawat dalam penerbangan dari Anchorage ke Seoul.

* 3 Julai 1988: Sebanyak 290 penumpang dan kru Pesawat 655 Penerbangan Iran terbunuh selepas pesawat ditembak jatuh peluru berpandu kapal Tentera Laut Amerika Syarikat USS Vincennes . Serangan berlaku di ruang udara Iran, di kawasan perairan Iran Teluk Parsi. Pesawat dalam penerbangan dari Tehran ke Dubai.

* 29 September, 1998: Pesawat Lionair LN 602 yang dikendalikan Antonov An-24RV terjatuh ke dalam laut di pantai barat laut Sri Lanka dalam keadaan misteri, membunuh 47 penumpang dan kru. Namun sesetengah laporan menyebut ia ditembak oleh pemberontak Pembebasan Harimau Tamil Eelam.


* 17 Julai, 2014: Pesawat MH17 Malaysia Airlines, dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dipercayai ditembak jatuh di Ukraine. Sejumlah 298 orang berada di dalam pesawat. - BERNAMA





.

27 Gambar dan kronologi MH17 yang dilaporkan terhempas di sebuah kawasan tegang di Ukraine



27 Gambar kronologi MH17 yang dilaporkan terhempas di sebuah kawasan tegang di Ukraine  | Berikut ialah urutan masa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang dilaporkan terhempas di sebuah kawasan tegang di Ukraine berdekatan sempadan Rusia pada Khamis.


 Pesawat Boeing 777 yang membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal itu adalah dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.


Penerbangan itu dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pada 6.10 pagi Jumaat.


 Laporan media asing mendakwa pesawat itu telah "ditembak" namun kerajaan Rusia dan Ukraine masing-masing menafikan pembabitan mereka dalam insiden itu. 17 Julai (Khamis)


* 12.15 Tengah Hari - (waktu tempatan Amsterdam) MH17 berlepas dari Lapangan Terbang Amsterdam.


* 10.15 MALAM - (waktu Malaysia) MAS mengesahkan ia telah menerima pemberitahuan daripada ATC Ukraine bahawa ia telah terputus hubungan dengan Penerbangan MH17 pada 1415 (GMT) di kedudukan 30km dari Tamak, kira-kira 50km dari sempadan Rusia-Ukraine. 18 Julai (Jumaat)



* 12.00 TENGAH MALAM - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menulis tweet: "Saya terkejut dengan laporan bahawa sebuah pesawat MH terhempas. Kami akan melakukan siasatan serta merta." - Perdana Menteri Ukraine Arseniy Yatsenyuk mengarahkan siasatan dilakukan terhadap nahas itu.


* 2.07 PAGI - Laporan Reuters memetik Menteri Kecemasan Rusia Vladimir Puchkov sebagai berkata Rusia telah meminta kebenaran Kiev pada Khamis untuk membantu kerja-kerja menyelamat di timur Ukraine selepas sebuah pesawat penumpang Malaysia terhempas di kawasan itu.


* 2.30 PAGI - Laporan Reuters memetik Presiden Amerika Syarikat Barack Obama sebagai berkata di Wilmington, Delaware pada Khamis bahawa nahas pesawat Malaysia di sempadan Ukraine adalah satu "tragedi dasyat" dan Amerika Syarikat mahu menawarkan bantuan sewajarnya untuk membantu mengenal pasti apa yang berlaku dan mengapa ia berlaku.






.

Inilah Senarai Tidak Rasmi Penumpang MH17


Inilah Senarai Tidak Rasmi Penumpang MH17  | Menurut senarai tidak rasmi penumpang setiap negara yang menaiki pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang dipercayai 'ditembak jatuh' di Ukraine berhampiran sempadan Rusia, 20 daripadanya merupakan rakyat Malaysia dan dua bayi. Bilangan penumpang teramai adalah dari Belanda dengan 143 orang. Penumpang warga Australia pula seramai 27 orang. 11 orang lagi adalah warga Indonesia dan seorang bayi. Manakala penumpang Britain seramai enam orang, Perancis dan Jerman masing-masing empat orang, Belgium tiga dan Kanada seorang. Sementara itu, warganegara 58 lagi penumpang tidak disenaraikan dalam senarai penumpang pesawat tersebut.

Seramai 15 kru MAS turut berada dalam pesawat malang itu. Pesawat Malaysia Boeing 777 yang membawa 295 penumpang itu terhempas di Ukraine berdekatan sempadan Rusia. Penerbangan MH17 berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu tempatan Amsterdam) dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pada 6.10 pagi (waktu tempatan Malaysia) pagi Jumaat. MAS mengesahkan syarikat itu telah menerima pemberitahuan daripada ATC Ukraine bahawa ia telah terputus hubungan dengan Penerbangan MH17 pada 1415 (GMT) 30km dari Tamak, kira-kira 50km dari sempadan Rusia-Ukraine. Laporan Interfax berkata kedudukan pesawat itu terhempas 50km tidak jauh daripada ruang udara Rusia.


Berikut adalah senarai kru pesawat MAS MH17:
1) Ahmad Hakimi Hanapi
2) Muhamad Firdaus Abdul Rahim
3) Mohd Ghafar Abu Bakar
4) Dora Shahila Kassim
5) Lee Hui Pin
6) Chong Yee Pheng
7) Sanjid Singh Sandhu a/l Jijar
8) Wan Amran Wan Hussin
9) Mastura Mustafa
10) Angeline Paemila Rajandaran
11) Choo Jin Leong Eugene
12) Azrina Yakob
13) Nur Shazana Mohamed Salleh
14) Shaikh Mohd Noor Mahmood
15) Hamfazlin Sham Mohamed Arifin




-Mstar




.

Penumpang ini bagaikan tahu pesawat MH17 akan ditimpa 'malapetaka'


Penumpang ini bagaikan tahu pesawat MH17 akan ditimpa 'malapetaka' | Gurauan seorang pemuda Belanda dengan memuat naik gambar di laman Facebooknya beberapa minit selepas menaiki pesawat Malaysian Airlines bahawa ia akan 'hilang', akhirnya bertukar menjadi kenyataan. Dalam posting berkenaan Cor Pan menyatakan: “Jika ia akan hilang, seperti inilah yang akan berlaku." Pan, yang bakal menikmati percutian di pantai Malaysia, memuat naik gambar untuk senagaja bergurau bahawa satu lagi pesawat akan hilang secara misteri seperti berlaku terhadap pesawat MH370 yang hilang di Lautan Hindi, pada Mac lalu. Beberapa jam kemudian, pesawat berkenaan juga hilang daripada radar dan mengorbankan 297 penumpang selepas berlepas dari Amsterdam menuju Kuala Lumpur.


Meskipun tiada pengesahan bahawa Cor, yang berasal dari Volendam, 15 kilometer di utara Amsterdam, berada di dalam pesawat, namun gambarnya itu diambil dari pintu masuk penumpang dengan pesawat sedang menunggu di ruang parkir. Gambarnya itu disertakan dengan keterangan 'di Lapangan terbang Schipol'. Komen yang diberikan rakannya dalam Facebook, mengesahkan dia berada di dalam pesawat. Gambar Cor sehingga tengah malam tadi sudah dikongsi lebih 10,000 kali di dalam media sosial itu. Sebelum itu, Cor memuat naik beberapa gambar pantai tropikal yang cantik di dalam laman Facebooknya dan berkata: Hanya menunggu beberapa hari lagi..." - AFP

Kantoi menerusi CCTV, dua remaja nekad curi 8 tabung masjid


Kantoi menerusi CCTV, dua remaja nekad curi 8 tabung masjid | Kariah Masjid Al-Khauthar, Umbai, di sini, dikejutkan dengan kecurian lapan tabung milik masjid itu oleh dua remaja lelaki awal pagi tadi. Dalam kejadian 2.30 pagi, dua remaja lelaki itu dipercayai menggunakan laluan belakang masjid dengan meletakkan motosikal berhampiran Tanah Perkuburan Islam Umbai sebelum masuk melalui ke ruangan solat wanita dan mengumpil pintu jeriji. Kejadian itu disedari jemaah yang datang ke masjid berkenaan untuk menunaikan solat subuh dan sebelum ini memang pernah ada kejadian kecurian seperti ini dan pihak masjid sepakat memasang sistem kamera litar tertutup (CCTV) bagi tujuan keselamatan.

Berdasarkan rakaman CCTV dapati dua remaja lelaki mengambil masa selama satu jam untuk melarikan wang daripada tabung tabung masjid. Sementara itu, Ketua Polis Jasin Deputi Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan menerusi CCTV yang diserahkan oleh jawatankuasa masjid. Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun serta denda, jika sabit kesalahan. -Metro




.

Terkini : Berita penuh dan gambar mengenai MH17 yang dikatakan ditembak di sempadan Rusia-Ukraine


Terkini : Berita penuh dan gambar mengenai MH17 yang dikatakan ditembak di sempadan Rusia-Ukraine  | A Malaysian Airlines passenger plane has been shot down on the Russian-Ukraine border, killing all 295 people on board, according to a Ukrainian interior ministry official. Flight MH17, which was carrying 280 passengers and 15 crew, was flying between Amsterdam and Kuala Lumpar after taking off leaving at lunchtime today. The Interfax news agency reported that the aircraft went missing near Donetsk, where pro-Russian rebels have been fighting Ukrainian government forces for several weeks. TV pictures from the scene showed a pall of smoke billowing into the sky apparently from the stricken aircraft. It is believed the plane was struck by BUK surface-to-air missile at 33,000ft around 20 miles before entering Russian airspace.The shoulder-launched Russian-made BUK surface-to-air missile can be packed into a golf bag and assembled and fired very rapidly by one person with minimal training.


 Defence experts have expressed fears in the past they could be used to target at civil aircraft. A similar launcher was seen by Associated Press journalists near the eastern Ukrainian town of Snizhne earlier today. However, defence analyst Major Charles Heyman, who edited a book called Armed Forces of the European Union, believes it could have been downed by a 'slack' Ukraine air defence centre. He told Sky News: 'It looks like confusion. It’s possible that Ukraine thought it was hostile and not civilian and shot it down.' Malaysian Airlines said they have no information about any survivors. In a tweet, the airline said: 'Malaysia Airlines has lost contact of MH17 from Amsterdam.


The last known position was over Ukrainian airspace. More details to follow.' The jet would have been flying at high altitude on an intercontinental flight that took it over the crisis hit region of Ukraine, where the authorities have accused Russia-backed separatists of previous attacks on aircraft. Earlier today the Ukrainian authorities said one of their fighter jets was shot down by an air-to-air missile from a Russian plane and Ukrainian troops were fired upon by missiles from a village inside Russia. The alleged episodes mark what Ukraine says is mounting evidence that Moscow is directly supporting separatist insurgents in eastern Ukraine who have substantial quantities of powerful weapons. Ukraine said a military transport plane was shot down Monday by a missile fired from Russian territory.


Security Service chief Valentyn Nalyvaichenko said he had "unconditional evidence" that Russia was involved in downing that aircraft.The crash comes three months after the mysterious disappearance of Malaysian Airlines flight MH370 which is though to have crashed into the Indian Occean. Two weeks ago, investigators say what little evidence they have to work with suggests the plane was deliberately diverted thousands of kilometres from its scheduled route before eventually plunging into the Indian Ocean.


The search was narrowed in April after a series of acoustic pings thought to be from the plane's black box recorders were heard along a final arc where analysis of satellite data put its last location. But a month later, officials conceded the wreckage was not in that concentrated area, some 1,000 miles off the northwest coast of Australia, and the search area would have to be expanded. The next phase of the search is expected to start in August and take a year, covering some 60,000 sq km at a cost of AU$60 million ($56 million) or more. The search is already the most expensive in aviation history. The new priority search area is around 2,000km west of Perth, a stretch of isolated ocean frequently lashed by storm force winds and massive swells.-Mail




P/S - Akhbar dalam negara masih belum update dengan lengkap..





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!