Friday, July 25, 2014

Subhanallah.. Ibu hidap kanser Ovari hamil lagi



Subhanallah.. Ibu hidap kanser Ovari hamil lagi | Bagi seorang wanita, disahkan berbadan dua adalah momen paling indah kerana membuktikan dirinya seorang yang normal. Namun, bagi Lisa Reid, 28, selepas disahkan menghidapi kanser ovari, dia dinasihatkan oleh doktor supaya tidak mengandung lagi kerana ia boleh menjejaskan kesuburan. Bagaimanapun, setahun kemudian, Reid yang mempunyai seorang anak, Jack, 6, disahkan mengandung sembilan minggu. "Kehidupan saya adalah jauh lebih baik dan saya sangat puas hati dan gembira," ujarnya kepada portal Mail Online.

Katanya, berita dirinya hamil adalah sesuatu yang pelik kerana dia disahkan menghidap kanser pada tahun lalu dan dinasihatkan tidak boleh mengandung lagi. Sebelum disahkan menghidapi kanser, Reid sering mengalami sakit perut dan merasakan terdapat ketulan besar di bahagian perutnya. Doktor pada mulanya hanya menyatakan Reid mengalami gastrik dan hernia. Bagaimanapun, hasil pemeriksaan dan imbasan mendapati dia mempunyai sel ketumbuhan sepanjang 20 sentimeter di bahagian ovari.

Pasukan perubatan memberitahu Reid perlu menjalani pembedahan selama tiga jam untuk membuang ketumbuhan ikuti sembilan kali sesi kimoterapi. Setiap tahun, kira-kira 7,100 wanita disahkan mengalami kanser ovari di United Kingdom. "Dengan hanya memiliki satu ovari ia memberi kesukaran kepada saya untuk mempunyai anak yang ramai dan rawatan kimoterapi juga memberi kesan kepada kitaran haid menyebabkan peluang untuk mengandung sangat tipis," ujarnya yang terlalu teruja untuk memiliki anak kedua tidak lama lagi. -AP





.

Ibu menemui anak lelaki selepas berpisah selama 28 tahun melalui laman sosial



Ibu menemui anak lelaki selepas berpisah selama 28 tahun melalui laman sosial | SEORANG ibu akhirnya dapat bertemu semula dengan anak lelakinya yang diserahkan kepada keluarga angkat 28 tahun lalu, selepas menjejakinya di laman sosial Facebook. Lesley Thompson menyerahkan James Robert Turner yang ketika itu berusia lima tahun untuk dijadikan sebagai anak angkat dan kemudiannya menyedari anaknya itu telah berhijrah ke New Zealand bersama keluarga baharunya. Bimbang tidak dapat berjumpa lagi dengan anak lelakinya, Lesley terdesak dengan memulakan pencarian. Dia seharusnya berterima kasih dengan Facebook yang membawa kepada pertemuan semula dengan James selepas berjaya menghubungi anaknya itu. Lesley, 52, dari Benwell, Newcastle, memberitahu Newcastle Chronicle:

“Saya telah mencari James sejak lama dan melakukan kesemua cara yang saya fikirkan sehingga saya bertemu dengan seseorang di Facebook yang menyatakan akan membantunya. “Dia menjejaki James dan memberikannya mesej daripada saya untuk berhubung. Suatu hari apabila saya membuka komputer, saya mendapat mesej daripada James. Pada mulanya, saya ingatkan seseorang mahu bergurau tetapi mesej itu sebenarnya daripada James. “Saya masih tidak mempercayainya,” katanya. Misi pencarian itu merupakan kepentingan buat Lesley, yang tinggal bersama dua anak perempuannya, Jacqueline dan Carly. Anak lelaki pertamanya, Darren, telah diambil oleh khidmat social daripada jagaannya, dan apabila dia cuba untuk menghubunginya, anak lelakinya itu didapati maut kerana mengambil dadah berlebihan.

Insiden itu menaikkan semangatnya untuk mencari James, yang kini berusia 33 tahun kerana dia tidak mahu hidup tanpa mengetahui tentang keadaan anaknya. “Saya mengalami masalah keganasan rumah tangga apabila saya melahirkan Darren,” jelas Lesley. “Ini bermakna apabila saya melahirkan James, saya perlu menjalani pemeriksaan perubatan tetapi akhirnya dia perlu diserahkan sebagai anak angkat. “Ketika kami berbual, dia menanggil saya ‘mum’ dan berkata dia sentiasa mahu menghubungi saya. Pada mulanya kami hanya berbual menerusi kiriman mesej dna kini kami bercakap menerusi webcam.


Bagi Lesley, langkah seterusnya ialah pergi mencari James dan berhadapan dengan anak lelakinya itu dengan segera. “Saya mahu bertemu dengannya sebelum terlambat kerana kita tidak tahu apa yang bakal berlaku. “Saya tidak fikir James dapat pergi ke UK (United Kingdom) ekoran masalah yang dihadapinya akibat terbabit dalam satu kemalangan teruk ketika berusia 15 tahun. “Jadi, saya berharap sekiranya sesiapa di luar sana dengan murah hati dapat memberikan sumbangan untuk membantu membayar tiket penerbangan saya untuk bertemu dengannya. “Ia benar-benar akan membuatkan hari saya bermakna dan impian saya menjadi kenyataan,” katanya. - mirror




.

Gambar keadaan luar biasa bagi seekor buaya



Gambar keadaan luar biasa bagi seekor buaya | Seorang nelayan merakamkan gambar seekor buaya air masin sepanjang lima meter membaham seekor buaya lain sepanjang tiga meter di Kepulauan Tiwi, di sini pada Sabtu lalu. Nelayan tersebut, Warren Smith berada pada kedudukan 10 meter dari tempat kejadian untuk menangkap gambar haiwan ganas itu.


Semasa kejadian, Smith yang bekerja sebagai seorang pemandu pelancong berada bersama sekumpulan pemancing. Menurutnya, dia mengambil kamera dan merakamkan kejadian tersebut sejurus melihat buaya yang lebih kecil itu berada di dalam rahang buaya berkenaan. - Agensi




.

Mengejutkan, artis terkenal nekad tidak lagi berhijab selepas bercerai


Mengejutkan, artis terkenal nekad tidak lagi berhijab selepas bercerai | PELAKON dan penyanyi Indonesia, Marshanda mengejutkan para peminatnya apabila mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab selepas bercerai dengan suaminya, Ben Kasyafani bulan lalu. Portal Kapan Lagi melaporkan dia mengambil tindakan tersebut kerana dikatakan tidak rasa terhubung dengan penamilannya sejak empat tahun lalu itu dan ingin berasa bebas selepas bercerai. Marshanda dalam satu entri di laman sosial Instagram menegaskan dia tidak peduli dengan pandangan orang tentang keputusannya dan bahagia dengan kehidupannya sekarang. "Saya tidak perlu perhatian daripada anda semua kerana saya tidak peduli dengan apa juga yang anda ingin katakan tentang keputusan saya. "Kebahagian saya terletak dalam tangan saya sendiri dan bukannya ditentukan oleh orang lain," katanya.


Keputusan Marshanda itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada peminatnya di Indonesia yang terkejut dengan tindakannya membuka tudung. "Cha, dulu saya tidak meminati anda tetapi selepas kamu berkahwin dan mempunyai anak, saya mulai suka dengan kehidupan baharu kamu. "Tapi hari ini, kekaguman saya untuk kamu sudah hilang," kata salah seorang peminatnya di laman sosial Instagram. Bagaimanapun ada peminat yang mempertahankan tindakan pelakon itu dan menganggap ia adalah pilihan Marshanda dan tiada siapa boleh memaksanya. "Jangan terlalu cepat menilai kerana dia lebih tahu apa yang sedang dilakukannya. Sebagai peminat adalah lebih baik kita mendoakan agar dia terus diberikan hidayah," kata peminatnya. Dalam pada itu, peguam bela Marshanda, Afdal Zikri menegaskan tindakan pelakon itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan perceraian tersebut. Jelas Afdal, keputusan tersebut dilakukan adalah pilihannya sendiri tanpa paksaan daripada mana-mana pihak. "Itu keputusan dia, kita harus hormati pilihan yang dia buat dan dia sudah matang untuk menentukan apa yang terbaik," katanya.

Bot pancung bawa penumpang karam di Tanjung Ketapang, Muar



Bot pancung bawa penumpang karam di Tanjung Ketapang, Muar | Sebuah bot pancung membawa 28 penumpang karam di kedudukan 15 batu nautika barat daya Tanjung Ketapang, Muar, menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan. Ketua Pengarah Operasi Maritim APMM, Kapten Maritim Ibrahim Mohamed berkata, maklumat tentang kejadian itu diterima oleh VTS Klang, Bahagian Keselamatan Pelayaran, Jabatan Laut Semenanjung Malaysia di Pelabuhan Klang. "Menurut maklumat awal VTS Klang, sebuah kapal kargo MSC Valeria yang melalui kawasan tersebut telah memaklumkan mereka sedang menyelamat dua mangsa yang sedang terapung," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, jumlah sebenar mangsa masih belum dapat dipastikan tetapi berdasarkan maklumat awal ia dipercayai seramai 28 orang. Ibrahim berkata, operasi mencari dan menyelamat telah diaktifkan dengan dua bot laju APMM telah digerakkan ke tempat kejadian. Kejadian kira-kira 11.20 pagi itu merupakan susulan kejadian bot pancung membawa pendatang asing tanpa izin yang karam di perairan Tanjung Piai pada 14 Julai lepas dan mengorbankan 12 nyawa. - Bernama




P/S - Sekadar gambar hiasan




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!