Sunday, July 27, 2014

Pembunuhan kejam keatas remaja yang sedang hamil



Pembunuhan kejam keatas remaja yang sedang hamil | Seorang lelaki berusia 22 tahun mencekik bekas kekasih remajanya yang hamil sehingga mati sebelum menyumbat mayat wanita malang itu ke dalam bagasi dan menanamnya di dalam kubur bapa saudaranya. Ben Blakeley dipenjara sekurang-kurangnya 20 tahun kerana membunuh teman wanitanya Jayden Parkinson, 17, sehari selepas remaja itu memberitahu dia mengandung anaknya. Hakim Mahkamah Crown Patrick Eccles ketika menjatuhkan hukuman berkata tindakan Blakeley menanam mayat mangsa dalam kubur bapa saudaranya sebagai ‘gila’. Sebelum itu, mahkamah dimaklumkan Jayden pernah membuat laporan terhadap Blakeley selepas diugut menyiarkan gambar intim serta video bogelnya di Facebook.

Bekas pengutip sampah itu membawa bagasi berisi mayat Jayden menaiki teksi ke tanah perkuburan berhampiran sebelum menanamnya di dalam kubur bapa saudaranya. Ketika masih remaja Blakeley pernah memberitahu pekerja rumah anak yatim tempat dia membesar bahawa menanam mayat dalam kubur lama akan menjadi kaedah pilihannya jika perlu menutup jejak pembunuhan kerana tindakan itu menyukarkan ujian DNA serta pengecaman mayat. Sepanjang perbicaraannya juga Blakely menampakkan sikapnya yang panas baran dan ganas apabila berkali-kali cuba mengambil alih prosiding, malah pada satu ketika selamba meninggalkan kandang tertuduh menyebabkan mahkamah ditangguhkan.

Peguam bela Richard Benson berkata, Blakeley menunjukkan rasa bersalah atas perbuatannya apabila menulis surat meminta maaf kepada paderi yang menjaga tanah perkuburan terbabit. Menurutnya, perbuatan Blakeley akibat perasaan marah yang tidak dapat dikawal disebabkan cemburu apabila percaya Jayden yang sudah memutuskan hubungan dengannya ketika kejadian mempunyai teman lelaki baru. Namun, sebenarnya Blakeley terkenal sebagai seorang yang baran dan mempunyai rekod mendera semua bekas teman wanitanya termasuk Jayden kerana sifatnya terlalu cemburu sehingga tidak membenarkan mereka berkawan dengan sesiapa malah turut merampas telefon bimbit mereka selain melakukan penderaan fizikal. - Agensi




.

[Gambar] Pokok 'ajaib' keluarkan 40 jenis buah berbeza setahun



[Gambar] Pokok 'ajaib' keluarkan 40 jenis buah berbeza setahun | Seorang pemahat dan pelukis dari Universiti Syracuse di sini, berjaya menghasilkan sebatang pokok ‘ajaib’ yang mampu mengeluarkan kira-kira 40 jenis buah yang berbeza sepanjang tahun. Pokok yang dipanggil ‘The Tree of 40 Fruits’ itu dihasilkan Sam Van Aken, dan didapati mampu mengeluarkan buah pic, plum, aprikot, nektarin (menyamai pic) dan ceri pada kebanyakan masa sepanjang tahun ini selepas dihasilkan menerusi kaedah kacukan.

Malah, setakat ini, terdapat 16 pokok-pokok ajaib itu yang boleh didapati di kebanyakan kawasan di Amerika Syarikat (AS) termasuk Santa Fe, New Mexico; Short Hills, New Jersey; Louisville, Kentucky dan Pound Ridge, New York. Semasa musim bunga, daun-daun pokok yang berkembang itu menghasilkan gabungan warna memukau seperti merah, merah jambu, putih dengan setiap pokok menunjukkan ciri-ciri tersendiri pemilihan buahnya. - Agensi




.

MH17: Identiti Mangsa Pertama Sudah Dikenal Pasti



MH17: Identiti Mangsa Pertama Sudah Dikenal Pasti  | Pakar Forensik telah mengenal pasti identiti mangsa pertama daripada 298 orang yang terbunuh dalam nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17, demikian menurut kenyataan kerajaan Belanda. "Hari ini mangsa pertama penerbangan MH17 telah dikenal pasti. "Mangsa adalah seorang warganegara Belanda dan keluarga mangsa serta Datuk Bandar di mana mereka tinggal sudah dimaklumkan," kata Kementerian Kehakiman dalam kenyataan pada Sabtu.

Kementerian itu bagaimanapun tidak mendedahkan identiti mangsa. Belanda bertanggungjawab untuk mengenal pasti identiti semua mangsa - 193 daripada mereka adalah rakyat Belanda. "Pasukan yang dianggotai 200 orang pakar itu kini sedang sibuk dengan proses mengenal pasti mangsa, proses ini boleh memakan masa selama beberapa bulan," kata kenyataan itu. -AP




.

Emas pertama negara dalam Sukan Komanwel ke -20 di Glasgow


Emas pertama negara dalam Sukan Komanwel ke -20 di Glasgow | Atlet angkat berat kebangsaan Mohd Hafifi Mansor menepati ramalan apabila meraih pingat emas pertama buat kontinjen negara pada temasya Sukan Komanwel ke-20 di sini. Mohd Hafifi, 24, yang mengambil bahagian dalam kategori 69kg, menampilkan aksi cemerlang dengan jumlah angkatan 305kg menerusi snatch 135kg dan clean & jerk 170kg pada final di Scottish Exhibition and Conference Centre Precint di sini. Pingat perak dimenangi oleh Yinka Ayenuwa dari Nigeria dengan 302kg manakala pingat gangsa menjadi milik Omkar Otari dari India dengan 296kg.

Sementara itu, peserta negara Mohammad Huzairi Ramli menamatkan saingan di tempat kelima dengan jumlah angkatan 290kg. Mohd Hafifi menyifatkan kejayaan pingat emas itu hasil kesabaran dan mematuhi arahan jurulatihnya yang tidak mahu dia terjebak dengan perang psikologi daripada pihak lawan. "Pada mulanya saya memang geram dan tercabar sebaik melihat atlet dari Nigeria (Yinka Ayenuwa) itu mahu membuat angkatan seberat 176kg bagi clean & jerk. Saya memang berniat untuk memintas berat angkatannya tetapi jurulatih enggan membenarkan saya berbuat demikian. "Ini kerana beliau tahu ia lebih kepada serangan psikologi sahaja dan meminta saya bersabar. Hasilnya pingat emas milik kami," katanya kepada pemberita di sini.

Dalam perkembangan sama, Mohd Hafifi turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan penyokong yang memberi sokongan menerusi laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram. "Kemenangan ini adalah untuk mak (Norizam Embong) di kampung (Kuala Terengganu), setiap kali saya membuat angkatan saya akan menyebut nama mak, terima kasih mak yang sentiasa menyokong serta mendoakan saya," katanya. Mohd Hafifi turut meluahkan hajatnya untuk membantu keluarga dengan hasil duit ganjaran yang dijangka bernilai RM80,000. "Saya mahu menggunakan duit ganjaran nanti untuk membantu ibu saya membeli rumah di Kuala Terengganu," katanya. - Bernama




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!