Monday, July 28, 2014

Apa Salahnya Bergambar Dengan Bintang Bola Sepak?


Apa Salahnya Bergambar Dengan Bintang Bola Sepak? | SEORANG pelayan digantung tugas selepas bergambar bersama dengan bintang bola sepak Manchester United, Robie van Persie. Kyson Forde meminta pemain bola sepak itu untuk bergambar bersama dengannya di restoran mewah Cliff di Barbados. Bagaimanapun, tindakan itu memberi masalah kepada Forde bersama seorang lagi pekerja apabila mereka melanggar peraturan di mana kakitangan tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit di kawasan menjamu selera. Sumber berkata: "Mungkin Kyson sepatutnya tidak mempedulikan RVP (Robin van Persie) yang sedang menjamu selera, tetapi dia mungkin teruja.

"Kyson merupakan peminat tegasr Manchester United dan ia merupakan peluang untuk dia bergambar bersama dengan bintang pujaannya," kata sumber itu. Penyerang Manchester United itu berada di ­Caribbean untuk bercuti bersama isteri, Bouchra, anak lelaki, Shaqueel, lapan tahun, dan anak perempuannya, Dina, lima tahun selepas pasukannya Belanda menduduki tempat ketiga dalam perlawanan Piala Dunia 2014 di Brazil, baru-baru ini. - mirror




.

Alhamdulillah, satu lagi pencapaian terbaik dalam menangani tragedi MH17


Alhamdulillah, satu lagi pencapaian terbaik dalam menangani tragedi MH17 | Kuala Lumpur telah mencapai persetujuan dengan kumpulan pemisah Ukraine supaya membenarkan satu pasukan polis antarabangsa untuk memasuki lokasi nahas tragedi MH17di timur negara tersebut. Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, kumpulan polis antarabangsa tersebut akan menyediakan perlindungan kepada pasukan penyiasat antarabangsa yang akan melaksanakan siasatan di kawasan nahas.

Selari dengan persetujuan tersebut, sebanyak 68 anggota polis dari Malaysia akan bertolak ke kawasan nahas di Ukraine pada Rabu ini sebagai sebahagian daripada pasukan polis antarabangsa. - Utusan




.





MH17 : Misteri penemuan dokumen pengenalan diri, kad ID dan kad bank yang tidak ditemui sebelum ini



MH17 : Misteri penemuan dokumen pengenalan diri, kad ID dan kad bank yang tidak ditemui sebelum ini | Secara tiba-tiba pasukan penyiasat menemui beberapa kad bank dan kad kredit di lokasi nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17. Jurucakap Pertubuhan bagi Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE), Michael Bociurkiw berkata, pasukannya menemui kad-kad berkenaan berhampiran lokasi bangkai pesawat.

"Untuk pertama kalinya kami menemui dokumen pengenalan diri, kad ID dan kad bank. Kami kerap kali berada di lokasi namun tidak pernah menemuinya sebelum ini," katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat malam. Tidak dapat dipastikan siapa yang bertanggungjawab meletakkan kad-kad tersebut di lokasi kejadian. Walau bagaimanapun, laporan sebelum ini mendakwa kad kredit milik mangsa MH17 telah digunakan. -Mstar




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!