Tuesday, July 29, 2014

Pasangan suami isteri ini jalani upacara perkahwinan selepas 68 tahun



Pasangan suami isteri ini jalani upacara perkahwinan selepas 68 tahun | Zaman sekarang, pasangan yang akan berkahwin biasanya akan memilih sebuah pakej perkahwinn, bermula dari foto praperkahwinan hinggalah memilih gaun cantik. Namun berbeza dengan masa lalu, yang kebanyakan pasangan sukar untuk mendapatkan majlis dan sambutan perkahwinan yang mewah. Inilah yang terjadi pada pasangan Heqin Zou dan Chen di Hunan, China yang telah berkahwin sejak tahun 1946, namun barulah boleh mengenakan gaun cantik dan bergambar 68 tahun kemudian. Heqin Zou adalah seorang tentera pencen berusia 93 tahun yang telah terlibat dalam peperangan di China. Dia memasuki tentera pada usia 17 tahun dan terlibat dalam Battle of Kunlun Pass.

Setelah perang tersebut, Zou pun kembali ke rumah dan diperkenalkan dengan Cunhua Chen yang dikahwininya tahun 1946. Disebabkan masa peperangan yang panjang, pasangan ini hanya mampu menjalani upacara sederhana tanpa majlis, cincin mahupun gambar perkahwinan. “Hidup kami memang sukar, tapi Zou selalu optimis, dan dia sangat baik padaku,” tutur Chen. Meskipun berperang, namun Chen mengaku selalu setia menunggu Zou untuk segera pulang, hingga akhirnya dia pencen pada tahun 1982.

Para sukarelawan yang datang mengunjungi para tentera yang telah pencen tersentuh dengan kisah Zou dan Chen, dan memutuskan untuk membantu keduanya menjalani upacara perkahwinan secara rasmi. Di hari pengambaran, Chen yang didandan dengan gaun putih dengan makeup pertama kali dalam hidupnya, membuatkan Zou terpesona, begitu juga saat Zou mengganti pakaiannya dengan tuxedo yang langsung membuat Chen terpesona. Meskipun sukar berjalan, namun Zou dan Chen berusaha berjalan dengan bergandingan tangan ke studio dan menjalani pengambaran.-AP



.

Ketahui bunga unik yang dikatakan hanya mekar setiap 3000 tahun sekali


Ketahui bunga unik yang dikatakan hanya mekar setiap 3000 tahun sekali | Nama bunga yang unik ini adalah Udumbara atau ertinya 'bunga pembawa keuntungan dari syurga'. Disebut demikian kerana Udumbara disebutkan dalam kitab Buddha, iaitu bunga yang hanya mekar setiap 3000 tahun sekali. Anehnya, mekarnya Udumbara dikatakan akan membawa banyak kebaikan bagi kehidupan manusia.Yang unik, dalam waktu beberapa tahun terakhir, muncul beberapa laporan orang yang melihat bunga dumbara mekar. Yang pertama tercatat adalah dari Korea di tahun 1997.


Kemudian semakin banyak yang memberi laporan menemukan bunga Udumbara mekar, baik di sawah, kedai ataupun di tepi jalan. Kebenaran bunga ini mekar setiap 3000 tahun memang tidak dapat dipastikan. Para ilmuwan bahkan mengatakan kemungkinan kenyataan itu salah kerana dibayangi oleh bunga atau serangga yang mirip dengan bunga Udumbara. -AP





.

Walaupun miliki kekurangan, dia tetap tersenyum


Walaupun miliki kekurangan, dia tetap tersenyum | SEPERTI mana kanak-kanak kecil lain, Tessa Evans juga suka menari dan memanjat perabot. Tetapi dia mengalami suatu keadaan di mana dia dilahirkan tanpa hidung. Budak kecil berusia 17 bulan ini mengalami 'congenital arhinia' sepenuhnya, yang begitu jarang-jarang berlaku, dengan hanya 47 kes dicatatkan di Britain. Tessa tidak mempunyai deria bau dan tiada sinus tetapi dia boleh batuk, bersin dan menghidap selesema apabila sejuk. Walaupun berdepan masalah, dia masih mampu tersenyum, kata ibunya, GrĂ¡inne.

 Apabila anak perempuannya dilahirkan tanpa hidung Grainne berkata pelbagai persoalan timbul di kepalanya. "Tetapi selepas kami membawanya pulang ke rumah, perbezaan terhadap dirinya semakin lama menjadi semakin pudar dalam keluarga kami," katanya. Tessa akan mempunyai hidung palsu yang akan dipasang lewat tahun ini. "Dia adalah sempurna untuk kami tetapi kami perlu berfikir tentang cara-cara untuk menjadikan kehidupannya seperti biasa untuk dirinya,' kata Grainne. -AP




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!