Saturday, August 2, 2014

Apa akan jadi pada barangan mangsa yang ditemui di lokasi nahas MH17?


Apa akan jadi pada barangan mangsa yang ditemui di lokasi nahas MH17? | Misi pemerhati Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE) pada Jumaat memuji apa yang dipanggil sebagai 'hari penting' di tapak nahas pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH17 di timur Ukraine kerana pakar antarabangsa berjaya menemui beberapa lagi mayat dan barangan milik mangsa. "Saya percaya kita semua bersetuju pada hari ini adalah hari penting dalam proses mencari beberapa lagi mayat mangsa. "Ia adalah hari yang bagus. Pasukan penyiasat berjaya menemui mayat mangsa yang masih tinggal," kata jurucakap OSCE ke Ukraine, Michael Bociurkiw. Timbalan Ketua misi OSCE ke Ukraine, Alexander Hug berkata, beliau tidak pasti berapa banyak mayat yang berjaya ditemui.

"Beberapa mayat ditemui pada hari ini," kata Hug. Hug berkata, barangan peribadi milik mangsa turut dibawa ke Torez, bandar berdekatan dengan lokasi nahas menggunakan kereta api. Rundingan pada Jumaat di Minsk antara wakil-wakil dari Ukraine, Rusia dan OSCE bersetuju kereta api tersebut bergerak ke Kharkiv yang terletak di luar kawasan zon pemberontak. Beliau berharap agar kereta api tersebut boleh bergerak pada malam esok dan menyerahkan barangan peribadi mangsa ke Kharkiv sebelum dihantar ke Belanda untuk proses pengecaman.




.

Perkembangan terkini tragedi MH17 : Beberapa Jasad Rakyat Malaysia Sudah Dikenal Pasti


Perkembangan terkini tragedi MH17 : Beberapa Jasad Rakyat Malaysia Sudah Dikenal Pasti | Pasukan Siasatan Antarabangsa telah mengenalpasti beberapa mayat daripada 43 rakyat Malaysia dalam pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine, dan pengesahan pengenalan lanjut diperlukan dalam tempoh dua minggu lagi. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau mendapat maklumat itu semasa lawatannya ke sebuah fasiliti tentera di Hilversum, Khamis di mana 226 keranda sesetengahnya mengandungi mayat mangsa dan bahagian anggota, sedang menjalani proses forensik dan pengecaman mangsa bencana (DVI). Katanya selepas proses dua minggu, kerajaan akan tahu bila mayat rakyat Malaysia akan dihantar balik ke tanah air. "Bila (mayat) dibawa balik kita akan adakan hari berkabung.

"Butirannya akan dimaklumkan bila sampai masanya," katanya kepada wartawan Malaysia di sini Jumaat sebelum berlepas ke Kuala Lumpur selepas lawatan dua hari ke Netherlands dengan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor. Penerbangan MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di Donetsk, timur Ukraine berdekatan sempadan Rusia pada 17 Julai. Pesawat Boeing 777-200 itu membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal dipercayai ditembak jatuh tetapi sehingga hari tiada pihak yang mendakwa bertanggungjawab atas perbuatan kejam itu. Sejumlah 195 warga Belanda menaiki penerbangan itu. Najib berkata setakat ini, sejumlah 126 keranda telah diperiksa dan menjalani proses DVI.

Beliau berkata proses itu adalah rumit dan unik yang memerlukan tiga peringkat pemeriksaan iaitu Ante-mortem, post mortem dan penyelarasan. Najib berkata proses pemeriksaan itu adalah mengikut standard antarabangsa dan kaedah itu melampaui keraguan munasabah. Semasa proses itu, Najib berkata pasukan antarabangsa perlu mengambil sampel DNA, gigi dan cap jari mayat atau mana-mana satu kaedah jika ia membabitkan bahagian anggota manusia. Selain daripada proses DVI, Malaysia dan pasukan antarabangsa memberi fokus untuk memasuki lokasi nahas di Torez, Ukraine untuk mencari sisa-sisa mayat dan untuk mengambil serpihan pesawat untuk siasatan.

Beliau berkata disebabkan konflik itu telah bertambah buruk sehingga sehingga menjadi perang di antara kerajaan Ukraine dan kumpulan pemisah yang dikenali sebagai Republik Rakyat Donestk, adalah penting untuk memastikan laluan yang selamat bagi pasukan siasatan antarabangsa. Katanya pasukan antarabangsa diketuai oleh Netherlands telah menemui serpihan pesawat terbabit yang bertaburan di kawasan dalam lingkungan 9km. "Pasukan itu perlu membina semula serpihan pesawat itu dalam usaha untuk mengetahui apa yang sebenarnya telah berlaku," katanya sambil menyatakan bahawa Malaysia telah menghantar 68 pegawai polis ke Ukraine, diketuai Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Berhubung perkembangan dua kotak hitam MH17, Najib berkata siasatan awal oleh badan bebas di Britain itu akan didedahkan kepada umum 'dalam masa tidak lama lagi'. Beliau berkata laporan itu akan dikemukakan kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) sebelum ia didedahkan kepada umum. "Saya telah diberi taklimat oleh mereka namun ia tidak sesuai bagi saya untuk mengumumkannya. Biar badan bebas berkenaan mengumumkan dapatan itu," katanya. Semasa ditanya tentang bagaimana beliau dapat menghadapi dua tragedi membabitkan MH17 dan MH370, yang hilang di selatan Lautan Hindi pada 8 Mac, Najib berkata doanya kepada Allah dan sokongan kuat keluarga membantu beliau melalui krisis itu.

"Pada akhirnya anda hanya dapat melakukan yang terbaik dan mendapatkan restu daripada Yang Maha Berkuasa dan sokongan daripada keluarga saya," katanya. Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, dipercayai berakhir di selatan Lautan Hindi, di barat Perth, Australia, berikutan satu analisis data satelit yang tidak pernah dilakukan sebelum ini oleh pakar-pakar dari United Kingdom. Operasi mencari masih diteruskan namun tiada kesan daripada sisa-sisa pesawat dapat ditemui setakat ini.

Najib juga melahirkan penghargaan beliau terhadap 12 anggota pasukan yang telah berunding dengan pemimpin kumpulan pemisah Alexander Borodai, yang akhirnya membawa kepada kejayaan Malaysia menjumpai mayat dan kotak hitam MH17. "Keputusan itu dibuat dalam perkiraan yang teliti, saya mahu mengatasi krisis geopolitik memandangkan tanpa menerima mayat dan kotak-kotak hitam dalam tempoh yang lama, kita akan berdepan risiko yang amat besar. "Dan anggota keluarga (terbabit) akan berdepan dengan lebih banyak tekanan emosi," katanya sambil menyatakan bahawa hasrat beliau berdasarkan atas sebab perikemanusiaan berhubung tragedi MH17.-Mstar




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!