Sunday, August 3, 2014

Penyanyi terkenal USA lantang bela penderitaan Palestin



Penyanyi terkenal USA lantang bela penderitaan Palestin | Penyanyi dan pelakon terkemuka Amerika Syarikat (AS), John Legend menjadi selebriti terbaharu mengeluarkan kenyataan membela penderitaan penduduk Palestin di Gaza, yang dizalimi tentera Israel. Sebelum ini Rihanna, Selena Gomez dan Zayn Malik serta pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris, Joey Barton meluahkan rasa simpati terhadap penduduk Gaza melalui laman sosial Twitter masing-masing. Bagaimanapun, portal berita Britain, The Independent melihat reaksi terbaharu daripada Legend sebagai lebih lantang daripada yang lain kerana dia dengan berani mempersoalkan penglibatan kerajaan AS dalam konflik di Gaza sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada peminatnya.

Legend, yang pernah memenangi sembilan anugerah Grammy, meluahkan rasa kurang senangnya terhadap sokongan Setiausaha Negara AS, John Kerry kepada Israel sedangkan barisan Kabinet Israel memperlekehkan usaha beliau menyelesaikan konflik di Gaza. "Bagi setiap peminat yang mempersoalkan kenyataan saya, semestinya rakyat Palestin dan Israel berhak untuk hidup secara aman, bebas dan adil. "Saya tidak kata saya mengetahui penyelesaian yang sedang dilaksanakan (oleh AS), tetapi apa yang berlaku di sana (Gaza) merupakan satu bencana," jawabnya melalui Twitter kepada peminat yang mengkritik kenyataan beliau mempersoalkan peranan Kerry. Aktor berusia 35 tahun itu sebelum ini lantang menyuarakan sokongannya terhadap nasib pelarian Palestin yang kehilangan tempat tinggal akibat kekejaman Israel. -AP




.

Beberapa gambar selfie yang dirakamkan seorang askar cetuskan kontroversi



Beberapa gambar selfie yang dirakamkan seorang askar cetuskan kontroversi | Beberapa gambar yang dirakamkan seorang askar Russia mencetuskan kontroversi apabila didapati ia mungkin diambil di Ukraine, walaupun Moscow menafikan bahawa tenteranya campur tangan di kawasan konflik sempadan negara itu. Alexander Sotkin, 24, seorang askar Russia dan biasa berkongsi gambar di Instagram barubaru ini memuat naik satu siri imej ‘selfie’ beliau yang berpakaian seragam tentera. Ketika gambar terbabit tidak menunjukkan apaapa, data geolokasi aplikasi menunjukkan bahawa sebilangan gambar terbabit diambil di Ukraine.

Gambar yang dikongsi di Instagram boleh dikesan menerusi geotag di mana lokasi gambar dirakamkan akan disiarkan bersama gambar terbabit. Satu siri imej terdahulu menunjukkan lokasi Sotkin adalah di kampung Voloshino, selatan Russia tempat tentera itu berpangkalan. Tetapi dua gambar yang dikirimkan pada 5 dan 6 Julai menunjukkan ia adalah 10 kilometer dari sempadan Ukraine. Pertama kali dilaporkan halaman berita Amerika Syarikat, BuzzFeed, dua ‘selfie’ terbabit menunjukkan bukti bahawa tentera Russia itu merentasi sempadan Ukraine walaupun ia dinafikan oleh Kremlin.-AP





.

DILARANG MASUK KE DALAM HATIKU - MIA KIFF




DILARANG MASUK KE DALAM HATIKU - MIA KIFF | Novel ini mengisahkan Kifayah yang nekad meninggalkan rumah kerana dipaksa kahwin dengan seorang lelaki kaya bernama Man Boroi. Kifayah yang masih terlalu muda, memang sama sekali menolak kehendak ibu bapanya. Lalu dia mengikuti kawannya, Izzati ke Pulau Pinang, bekerja kilang. Disana dia jatuh hati dengan Arrian Syah yang turut bekerja ditempat itu. Diiringi dengan kawan-kawan di situ, Kifayah bahagia sehinggalah dia terlupa akan Man Boroi yang menanti untuk mengahwininya di kampung.

Namun ada masalah lain di tempat kerja, bila anak pemilik kilang, Engku Edry Ashman pula jatuh hati dengan Kifayah. Setelah beberapa kali bercerai, Engku Edry Ashman memang sudah sungguh-sungguh jatuh hati dengan gadis kampung itu. Pelbagai cara dilakukan demi untuk meraih hati Kifayah, namun Kifayah memang langsung tak terpikat. Sungguh, bagi Kifayah dan Arrian Syah mereka ingin bersatu di alam perkahwinan. Namun wang hantaran yang diletakkan ibu bapa Kifayah terlalu tinggi, memaksa Arrian Syah melakukan sesuatu yang membahayakan nyawa. Maklum saja, ibu bapa Kifayah sudah terlanjur pakai wang yang dihulur oleh Man Boroi. Untuk itu, Kifayah bertanggungjawab untuk ganti.

Hari yang dinanti tiba, namun Arrian Syah hilang tanpa khabar. Pertemuan tanpa di duga Kifayah dengan Engku Edry Ashman membuatkan keadaan jadi berbeza daripada apa yang dirancang. Dengan mudah, Engku Edry Ashman menggantikan tempat Arrian Syah dan perkahwinan antara mereka terus di langsungkan. Ibu bapa Kifayah tersenyum lebar kerana dapat menantu kaya. Sebaliknya, bagi Kifayah, dia memang sukar terima keadaan tu. Hatinya hanya untuk Arrian Syah, apatah lagi apabila dia dapat tahu sebab Arrian Syah tidak muncul hari tu. Bermulalah episod yang paling menduga buat Kifayah yang sudah bergelar isteri. Bukan dia tidak mahu redha menjadi isteri pada Engku Edry Ashman, namun sikap dan keperibadian lelaki itu, ahhh... Mahukah dia berubah demi cintanya pada si isteri? Bagaimana pula dengan Arrian Syah? Mampukah mereka melupakan cinta antara mereka??



Tajuk : Dilarang Masuk Ke Dalam Hatiku
Penulis : Mia Kiff
Halaman : 828 muka surat
Harga : RM30/RM33




.

Antara elemen penting bantu melicinkan dan percepat proses pengecaman mayat mangsa nahas MH17


Antara elemen penting bantu melicinkan dan percepat proses pengecaman mayat mangsa nahas MH17 | Faktor barangan peribadi seperti cincin, gigi dan pakaian antara elemen penting dalam membantu melicinkan dan mempercepatkan proses pengecaman mayat mangsa nahas pesawat Malaysia Airline (MAS) Penerbangan MH17. Amidon Anan, pakar forensik tempatan yang pernah berkhidmat hampir 25 tahun bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata, jika elemen tersebut disentuh atau tercemar, proses pengecaman boleh memakan masa lama mencecah tiga minggu atau lebih. "Dalam kes MH17 ini, pendapat peribadi saya, proses pengecaman akan ambil masa lama khasnya jika jasad tidak terjejas hasil daripada letupan kapal terbang itu.

"Yang akan membantu penyiasat adalah mencari pakaian asal mayat walaupun telah berubah warna, barangan atau identiti milik peribadi hilang atau berubah seperti jenis jam, tatu, gigi emas, cincin kahwin dan sebagainya. "Ini sekali gus antara cabaran besar penyiasat dan forensik untuk mengecam dan mengenal pasti identiti jasad dan mayat tersebut," katanya. Penerbangan MH17 yang sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine berdekatan sempadan Rusia pada 17 Julai. Pesawat Boeing 777-200 itu membawa 298 orang meliputi 283 penumpang dan 15 anak kapal dipercayai ditembak jatuh, namun setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam itu.

Amidon yang kini merupakan pensyarah pelawat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, sebaik sahaja selesai proses pengecaman mangsa bencana itu, penyiasat akan ke fasa pengisian DNA untuk tujuan pengesahan. "Di sini, sampel darah keluarga terdekat akan diambil untuk dipadankan dengan mangsa. Kebiasaannya, proses ini cuma tidak sampai tujuh hari. Namun dalam kes MH17 ini, ia mengambil masa kerana terdapat banyak mayat dan keadaan mayat itu sendiri. "Untuk kenal pasti mayat warganegara kita sendiri ambil masa kerana kebanyakan mayat adalah warganegara Belanda," jelasnya.

Beliau yang pernah mengendalikan pelbagai kes besar termasuk kes runtuhan kondominium Highland Tower pada 1993 berkata, mayat tertimbus di dalam tragedi itu masih tidak terjejas dan proses pengecaman tidak mengambil masa lama berbanding tragedi MH17. "Dalam kes Highland Tower, tiada yang meletup berbanding tragedi MH17 yang perlu mengumpul kesemua anggota badan untuk tujuan identifikasi dan pengecaman. Amidon menarik perhatian, tragedi MH17 ini juga bakal menjadi kayu pengukur dan membuka dimensi baharu dalam pengurusan krisis dunia penerbangan dan forensik penyiasat tempatan ke peringkat lebih tinggi sekali gus mencabar kebolehan mereka. Dilaporkan semalam, Pasukan Siasatan

Antarabangsa telah mengenal pasti beberapa mayat daripada 43 rakyat Malaysia dalam pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine dan pengesahan pengenalan lanjut diperlukan dalam tempoh dua minggu lagi. Media melaporkan sebelum ini, proses tersebut terpaksa mengambil masa agak lama disebabkan bukti siasatan jenayah turut dikumpulkan daripada mayat dan jasad mangsa nahas di samping proses pengecaman itu sendiri. Bukti siasatan jenayah itu penting berikutan terdapat dakwaan pesawat tersebut ditembak jatuh.- Bernama




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!