Tuesday, August 5, 2014

Kemalangan ngeri dan menyayat hati - Pemandu maut digilis bas sendiri



Kemalangan ngeri dan menyayat hati - Pemandu maut digilis bas sendiri | Seorang pemandu bas sebuah kolej swasta maut dalam keadaan menyayat hati apabila terjatuh daripada bas yang dipandu sendiri sebelum digilis oleh tayar kenderaan itu di Jalan Tanjung Lumpur di sini hari ini. Dalam kejadian pukul 5 petang itu, mangsa Wan Mohd. Shah Wan Ramli, 58, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala selepas terjatuh ketika cuba menutup pintu bas yang terbuka ketika berada di sebuah selekoh jalan.

Ketika kejadian, mangsa memandu berseorangan bas milik Institut Kemajuan Ikthisas Pahang (IKIP) dalam perjalanan dari asrama pusat pengajian terbabit di Kampung Peramu untuk mengambil pelajar di Taman Gelora, di sini. Akibat kemalangan terbabit, bas mangsa bergerak kira-kira 100 meter tanpa pemandu sebelum melanggar tiga buah kereta, tiang elektrik dan tiang telefon serta dua kedai makan berdekatan. -Utusan



.

Penyanyi, Marsha Milan Londoh memilih islam sebagai kepercayaannya



Penyanyi, Marsha Milan Londoh memilih islam sebagai kepercayaannya | Marsha Milan Londoh, 29, tiba di studio Balai Berita empat hari sebelum Aidilfitri baru-baru ini dengan susuk tubuh yang sedikit susut. Tatkala ditegur penulis mengenai keadaan fizikalnya itu, wanita cantik ini memaklumkan dia turut berpuasa yang mungkin menyebabkan berat badannya turun. Lebih membuatkan penulis terharu apabila bintang yang dicungkil menerusi program realiti Akademi Fantasia 3 (AF3) ini mengakui dia berpuasa penuh melainkan ‘tujuh hari cuti’ bagi wanita.

Sebagai seorang berstatus bukan Muslim, keupayaan Marsha untuk berpuasa seharusnya dijadikan contoh khususnya saudara Muslim di negara ini yang kadang memandang remeh rukun Islam ketiga itu. Ditanya adakah dedikasinya berpuasa sebagai persediaan awal mendalami Islam sebelum mengambil keputusan yang lebih besar dalam hidupnya yakni memilih agama itu sebagai kepercayaannya.




.

Akhirnya.. Kempen boikot di seluruh dunia telah beri kesan serius terhadap Israel


Akhirnya.. Kempen boikot di seluruh dunia telah beri kesan serius terhadap Israel | Menteri Kewangan Israel, Yair Lapid memberi amaran bahawa kempen boikot yang semakin meningkat di seluruh dunia terhadap Israel akan memberi kesan buruk kepada ekonominya. Laman web World Observer memetik kenyataan Lapid sebagai berkata, tindakan boikot itu dikhuatiri menjejaskan ekonomi Israel kerana dunia semakin hilang simpati dan kesabaran terhadap tindakan yang diambil oleh rejim Zionis tersebut. "Saya memberi amaran, kempen boikot yang semakin meningkat akan memberi kesan yang sangat teruk kepada ekonomi Israel," kata Lapid yang juga merupakan pengerusi Parti Yesh Atid, di sini hari ini.

Kenyataan itu dibuat selepas Kesatuan Akademik AS (ASA) bertindak memboikot institusi pendidikan Israel yang beroperasi dan menyokong penempatan haram di Tebing Barat. Selain itu, syarikat pencen gergasi Belanda, PGGM dan Bank Danske dari Denmark turut memboikot Israel atas alasan yang sama. Sementara itu, rangkaian bank terbesar Jerman, Deutsche Bank bertindak menyenaraihitam Bank Hapoalim milik Israel dengan menyifatkannya sebagai 'syarikat tidak beretika' kerana menyalurkan dana pembinaan penempatan haram Yahudi di wilayah Palestin di Tebing Barat.

Tahun lalu, tindakan boikot terhadap produk pertanian keluaran Lembah Jordan yang diduduki secara haram oleh Yahudi telah menyebabkan kerugian berjumlah AS$29 juta (RM92.87 juta). Washington Post melaporkan, pendapatan daripada aktiviti eksport barangan Israel menurun sebanyak 14 peratus, selepas rangkaian pasar raya gergasi di Eropah bertindak memboikot produk-produknya. -AP




.

Punca ibu bapa ini nekad enggan kebumi mayat anak



Punca ibu bapa ini nekad enggan kebumi mayat anak | Sepasang suami isteri di China enggan mengebumikan mayat dua anak lelaki mereka yang mati lemas di dalam sebuah kuari, dekat daerah Loudi di wilayah Hunan, baru-baru ini sehingga pihak berkuasa tempatan tampil memberi penjelasan mengapa tapak itu tidak dikambus. Malah, bapa kepada kanak-kanak malang itu, Cai Libiao, 28, dan ibunya Wang, 27, sanggup tidur di lokasi berhampiran kemalangan yang meragut nyawa anak mereka sehingga pihak berkuasa tampil memberi penjelasan dan membayar pampasan kepada mereka. Chung, 3, dan Hu, 5, lemas ketika sedang bermain batu di kuari yang digali bagi pembinaan sebatang jalan di situ dua tahun lalu dan sebahagian jalan tersebut kini terbiar dan dipenuhi air sehingga menjadi tarikan kepada kanak-kanak di kawasan berhampiran.

Walaupun diberi amaran oleh ibu bapa mereka, Hu dan Chung pergi ke tapak ber­kenaan bersama dua lagi kawan mereka untuk membaling batu dua minggu lalu sebelum terjatuh di tapak kejadian. Menurut Mail Online, Chung secara tiba-tiba tergelincir ke dalam lopak itu dan abangnya, Hu yang cuba menghulurkan bantuan turut terjatuh dan mereka lemas kerana kedua-duanya tidak tahu berenang. Dua lagi rakan mereka yang menyedari kejadian itu kemudiannya kembali ke rumah bagi meminta bantuan penduduk, namun Chung dan Hu dijumpai meninggal dunia beberapa jam kemudian. Mayat kedua-kedua beradik itu kini disimpan di dalam sebuah peti sejuk di rumah ibu bapa mereka sementara menunggu berita daripada pegawai tempatan.

Sementara itu, Libiao dan Wang kini dilaporkan sedang meminta pampasan daripada majlis perbandaran dan meminta penjelasan daripada mereka. Menurut jiran mereka, Shen Pai, 43, majlis perbandaran mengetahui tentang lokasi tersebut yang agak berbahaya, namun tiada tindakan diambil meskipun aduan telah dibuat termasuk selepas berlaku satu kejadian yang hampir serupa, namun tiada kehilangan jiwa dilaporkan. Setakat ini, pihak berkuasa tempatan dan syarikat pembinaan jalan itu enggan untuk memberi sebarang kenyataan walaupun syarikat tersebut berjanji untuk mengambus tapak berkenaan. - AGENSI




.

[Gambar] Cat pada 26 blok pangsapuri ini menimbulkan rasa kurang senang penduduk



[Gambar] Cat pada 26 blok pangsapuri ini menimbulkan rasa kurang senang penduduk | Tindakan mengecat empat daripada 26 blok pangsapuri di Taman Tun Sardon di sini dengan warna dan corak yang menyerupai lambang sebuah parti politik menimbulkan rasa kurang senang penduduk. Dakwa mereka perbuatan itu boleh menyebabkan penduduk berpecah belah. "Memang warna itu cantik tapi bila depa (mereka) letak macam lambang parti rasa tidak syok. Lambang parti apa pun tak patut dicat (pada bangunan pangsapuri). Masyarakat boleh berpecah belah pasal politik," kata Zainab Bee Mohd Yusof, 68, ketika ditemui Isnin. Dia yang tinggal di pangsapuri empat tingkat tersebut sejak 1983 berkata tindakan itu juga tidak sesuai kerana sekarang bukan musim pilihan raya.

"Kalau nak cat warna bendera Malaysia tak apalah juga, sebab melambangkan semua masyarakat, tetapi kalau (lambang) parti ni ada yang sokong parti lain, ini yang tak syok," katanya. Tinjauan Bernama di situ mendapati Blok AH, AG, AJ dan AK yang dalam proses dicat baharu dengan warna hijau dan putih turut memaparkan bulatan berwarna putih pada bahagian teratas dinding. Jun lepas, akhbar rasmi kerajaan DAP Pulau Pinang Buletin Mutiara melaporkan Pengerusi Perancangan Bandar, Desa dan Perumahan negeri Jagdeep Singh Deo mengumumkan peruntukan RM1 juta untuk pelaksanaan kerja mengecat melibatkan 26 blok pangsapuri Taman Tun Sardon itu.

Sementara itu, penduduk empat blok berkenaan turut melahirkan kebimbangan terhadap kerja-kerja mengecat yang dilihat mengabaikan aspek keselamatan. Wakil penduduk Mohamed Ismail Osman, 47, berkata kerangka besi bertingkat dipasang seminggu sebelum Aidilfitri tetapi proses mengecat fasa kedua taman itu hanya bermula Sabtu lepas. "Kerangka besi itu hanya diikat menggunakan dawai halus, penyokongnya tidak kukuh. Beberapa kali besi yang panjang lebih sedepa terjatuh...mujur tidak kena orang. Di sini dekat dengan taman permainan ada ramai budak-budak. "Penduduk juga tidak terima notis awal, mereka cakap pakai mulut saja masa nak mula kerja mengecat. Kami tak sempat nak ubah kenderaan, habis kena tempias cat," katanya kepada pemberita.

Mohamed Ismail berkata beliau telah memaklumkan perkara itu kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Dosh) dan kesal kerana pihak kerajaan negeri yang melantik syarikat kontraktor berkenaan tidak memberi respons memuaskan ketika aduan dibuat. Sementara itu, Pengarah Dosh Pulau Pinang Mohd Anuar Embi ketika dihubungi mengesahkan menerima aduan daripada penduduk pada Jumaat lepas dan berkata pegawainya akan meninjau flat tersebut hari ini. "Dosh akan siasat dan teliti perkara ini. Jika benar peraturan keselamatan tidak dipatuhi, kami boleh mengarahkan kerja mengecat bangunan berkenaan dihentikan untuk sementara waktu sehingga tindakan lanjut diambil," katanya. -Mstar




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!