Punca kemalangan yang melibatkan seorang posmen dan menyebabkannya putus kaki | Seorang posmen putus kaki kiri selepas terbabit kemalangan di Jalan Rim, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 10.45 pagi, mangsa Khairul Zamry Zulkiflyi, 29, sedang bertugas menghantar surat di sekitar lokasi berkenaan. Kemalangan dipercayai berlaku selepas mangsa bergesel dengan sebuah kereta dipandu seorang lelaki berusia awal 20-an. Kereta terbabit dikatakan membelok ke kiri lalu bergesel dengan motosikal mangsa menyebabkan Khairul Zamry terjatuh dari motosikal dan mengalami kecederaan parah putus kaki kiri dari paras betis.
.