Peluang anda lihat fenomena supermoon di Malaysia | Orang ramai berpeluang menyaksikan pancuran meteor perseid pada waktu kemuncaknya iaitu sekitar Isnin hingga Rabu ini. Selain itu, orang ramai juga berpeluang menyaksikan fenomena perigee atau dikenali sebagai supermoon iaitu bulan berada dalam keadaan lebih besar dan terang sekitar jam 1.46 pagi pada Isnin ini. Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam kenyataannya semalam berkata, memandangkan bulan dalam fasa bulan penuh dan kedudukan yang hampir dengan bumi kenampakan meteor adalah berkurangan.
Untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan fenomena dan program ANGKASA, orang ramai digalakkan melayari laman sesawang di www.angkasa.gov.my atau laman Facebook atau Twitter ANGKASA Malaysia. Orang ramai juga boleh menghubungi Observatori Negara Langkawi (ONL) di talian 04-966 8870 atau Planetarium Negara di 03-2273 4303.
.