Saturday, August 9, 2014

Berpuluh-puluh penerbangan terpaksa ditangguh atau dibatalkan berikutan ribut petir



Berpuluh-puluh penerbangan terpaksa ditangguh atau dibatalkan di Lapangan Terbang Ataturk hari ini berikutan ribut petir yang melanda bandar ini sejak semalam. Keadaan itu menyebabkan beratus-ratus penumpang terkandas di lapangan terbang domestik itu ekoran pembatalan jadual penerbangan, manakala penumpang luar negara terpaksa berhadapan dengan kelewatan selama beberapa jam. Ribut yang melanda barat Turki itu turut membawa hujan lebat yang menyebabkan banjir teruk di beberapa daerah. Sementara itu, sebuah pesawat penumpang yang membawa Menteri Kesihatan Turki, Mehmet Muezzinoglu melakukan pendaratan cemas ekoran cuaca buruk. - AFP




.

AKADKU YANG TERAKHIR - ACIK LANA




AKADKU YANG TERAKHIR - ACIK LANA | Kerjaya Rania sebagai pakar psikoterapi memang benar-benar teruji tatkala menerima seorang pesakit yang bernama Irham Zahri. Lelaki yang mempunyai pakej yang lengkap dengan rupa paras, segak dan bergaya itu bagaimana pun merupakan seorang duda selepas tiga kali berkahwin, tiga kali juga dia melalui perceraian. Pada mulanya Irham Zahri memang enggan buat sesi terapi itu, namun atas desakan ayah, dia akur walaupun pada mulanya dia merancang sesuatu untuk membatalkan sesi itu.

Kesungguhan Rania akhirnya malah mewujudkan perasaan yang tidak pernah dirasakan oleh Irham Zahri. Apabila status Rania sebagai isteri orang rupanya tidak benar, Irham Zahri nekad menjadikan Rania sebagai isteri dan dia berikrar menjadikan perkahwinan kali keempat ini akan menjadi perkahwinannya yang terakhir. Bahagia yang tercipta rupanya hanya sementara apabila Irham Zahri tiba-tiba diserang rasa syak dan cemburu buta. Tanpa dapat mengawal perasaannya, Rania disakiti dan pada satu ketika bila dia sedar dia tidak dapat mengawal diri, Rania diceraikan. Rania memang sangat-sangat terluka. Apa dah jadi dengan Irham Zahri? Ya Rania akhirnya tahu apa sebenarnya yang terjadi dengan bekas suaminya. Namun dia tidak pernah menyalahkan Irham Zahri, dan dia berpegang pada cintanya, bahawa satu hari nanti lelaki itu pasti akan kembali padanya.

Bahagia yang dinanti nampaknya seakan tidak akan kembali apabila kemunculan Irham Zahri yang bagaikan mencipta tembok antara mereka. Mulai cuba menerima hakikat mereka mungkin tiada jodoh, Rania cuba buka hati pada lelaki lain. Dan dia memang terkejut apabila tiba tiba saja dapat lamaran dari orang yang tidak diketahui..  


Tajuk : Akadku yang terakhir
Penulis : Acik Lana
Halaman : 957 muka surat
Harga : RM37/RM40




P/S - Fully Recommended By Lulu Caldina




.

Penemuan janin cukup sifat di tepi kolam kumbahan



Penemuan janin cukup sifat di tepi kolam kumbahan | Janin cukup sifat seberat 500 gram ditemui orang ramai di tepi kolam kumbahan di Jalan Aman, Larkin di sini, kira-kira jam 10.45 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, janin itu dipercayai dipam daripada saluran tandas mana-mana kawasan perumahan berdekatan.

Belau berkata, janin cukup sifat itu dianggarkan sepanjang lapan sentimeter dengan berat 500 gram kini dirujuk ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Aminah di sini untuk bedah siasat. "Polis meminta saksi kejadian menyalurkan maklumat untuk membantu siasatan," katanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat secara sulit. -Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!