Tuesday, August 12, 2014

Diego Maradona tampar wartawan kerana lelaki itu dikatakan kenyit mata pada bekas isterinya



Diego Maradona tampar wartawan kerana lelaki itu dikatakan kenyit mata pada bekas isterinya | LEGENDA bola sepak Argentina, Diego Maradona tidak lekang dengan kontroversi selepas kali ini dilihat menampar seorang wartawan di Buenos Aires pada Sabtu lalu. Maradona menampar muka wartawan itu kerana lelaki itu dikatakan mengenyit mata kepada bekas isterinya, Veronica Ojeda. Kapten Piala Dunia 1986 itu pada mulanya berada di dalam kereta, dikelilingi pihak media dan peminat-peminat.

Dia kelihatan gembira mencium anak lelakinya sambil ditemui media selepas menyambut majlis Hari Kanak-Kanak, namun beberapa minit selepas itu, anginnya terus berubah. Maradona terus keluar dari keretanya dan menuju ke arah seorang wartawan tersebut. Kedengaran Maradona berkata: "Kenapa mencari masalah dengan isteri saya jika saya tidak ada masalah dengan kamu?" sebelum dia menampar lelaki terbabit di muka. -AP




.

MH17: Enam daripada 16 mayat rakyat Malaysia yang telah dikenal pasti beragama Islam


MH17: Enam daripada 16 mayat rakyat Malaysia yang telah dikenal pasti beragama Islam  | Enam daripada 16 mayat rakyat Malaysia yang telah dikenal pasti terbabit dalam nahas pesawat MH17 adalah beragama Islam. Sumber berkata, identiti empat mangsa yang lain ialah beragama Kristian, empat Buddha dan masing-masing seorang beragama Sikh dan Hindu. Tragedi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu itu mengorbankan 298 nyawa. Ia termasuk 43 rakyat Malaysia dengan 15 daripadanya anak kapal. -BH




.

Alhamdulillah.. Selepas sebulan nahas MH17, 16 mayat rakyat Malaysia telah dikenal pasti dan akan dihantar pulang tidak lama lagi


Alhamdulillah.. Selepas sebulan nahas MH17, 16 mayat rakyat Malaysia telah dikenal pasti dan akan dihantar pulang tidak lama lagi | Hampir sebulan selepas penerbangan MH17 dengan 298 orang di atas pesawat ditembak jatuh, pakar-pakar telah mengenal pasti 16 mayat rakyat Malaysia. "Kerajaan Malaysia telah bekerjasama rapat dan tanpa mengenal penat lelah dengan kerajaan Belanda dan negara-negara lain untuk mengenal pasti mayat mangsa tragedi MH17. Hasil daripada usaha-usaha ini, 16 rakyat Malaysia telah dikenal pasti," kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam satu kenyataan, Selasa.

"Kerajaan Malaysia sedang berusaha untuk membawa mereka pulang dan menyerahkannya kepada keluarga masing-masing tidak lama lagi," katanya. "Sebagai tanda penghormatan dan menghormati privasi mereka, kami sedang berbincang dengan waris berkaitan penerimaan mayat apabila tiba di Malaysia dan hasrat mereka sedang dipermudahkan," katanya.

Liow berkata ahli-ahli keluarga telah diberi jaminan bahawa kerajaan akan memberikan sepenuh penghormatan kepada mangsa apabila mereka tiba di tanah air. "Negara ini memang bersedih dengan kehilangan saudara-saudara kita. Kita perlu berdiri bersama-sama untuk membantu mereka berdepan tempoh bersedih ini, terutamanya bagi mereka yang telah kehilangan orang tersayang, "katanya. Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai selepas berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan 283 penumpang dan 15 anak kapal. Pesawat Boeing 777-200 dipercayai telah ditembak jatuh di negara bergolak ini. -Mstar




.

Penemuan ikan lumba-lumba kembar siam ni mengejutkan seorang guru



Penemuan ikan lumba-lumba kembar siam ni mengejutkan seorang guru | Seorang guru sukan terkejut apabila dia menemukan seekor anak ikan lumba-lumba kembar Siam mati terdampar di pantai Izmir, di sini baru-baru ini. Mail Online melaporkan, Tugrul Metin pada mulanya melihat kelibat haiwan tersebut di laut sebelum perlahan-lahan bergerak menuju ke pantai. "Saya sangat terkejut dan tidak percaya dengan apa yang saya lihat. Saya tidak pernah melihat ikan lumba-lumba kembar Siam sebelum ini," jelas Tugrul. Anak ikan lumba-lumba yang mempunyai dua kepala dan satu ekor itu dipercayai berusia satu tahun serta memiliki ukuran panjang 97.5 sentimeter.

Tugrul kemudian segera menghubungi pihak polis sebelum mereka memindahkan haiwan tersebut ke makmal bagi tujuan uji kaji. Menurut laporan awal, mata dan lubang pernafasan ikan lumba-lumba terbabit mengalami kecacatan. Profesor dari Jabatan Biologi Marin Universiti Ak Deniz, Mehmet Gokoglu berkata, ikan lumba-lumba kembar begitu jarang ditemukan dan dia sangat gembira kerana berpeluang mengkajinya. -AGENSI





.

Farah Baker remaja Palestin yang popular di Twitter kerana selalu cerita keadaan kronik dan derita di Gaza


Farah Baker remaja Palestin yang popular di Twitter kerana selalu cerita keadaan kronik dan derita di Gaza | Seorang remaja Pa-lestin berusia 16 tahun menjadi terkenal dalam laman media sosial, Twitter selepas dia mencapai sejumlah 166,000 pengikut berikutan mesej tweetnya yang menceritakan keadaan kronik di Gaza dan kesengsaraan yang ditanggungnya akibat serangan tentera Israel. Farah Baker yang merupakan seorang pelajar sekolah tinggi tinggal berhampiran Hospital Shifa, membolehkan dia memberi gambaran sebenar tentang perang yang melanda wilayah Palestin berkenaan.

 Menerusi nama Twitter, @Farah_Gazan, dia juga sering merekod video bagi menunjukkan keadaan huru-hara akibat serangan tentera Zionis secara sepintas lalu. "Saya cuba untuk memberitahu kepada dunia tentang perasaan saya dan apa yang sedang berlaku di tempat saya. "Saya tidak menjangka akan menerima ramai pengikut. Saya cuma mempunyai sebilangan kecil rakan dalam laman web itu, dan jumlah pengikut semakin bertambah," katanya.


Farah berkata, dia juga ingin orang lain merasai pengalamannya berada di Gaza dan diserang oleh tentera Israel menerusi tweetnya. "Saya rasa hanya dengan cara ini saya dapat membantu Gaza. Kadang-kala saya menangis kerana terlalu takut ketika menulis tweet, tetapi saya tidak akan berhenti," katanya. Farah mengimpikan untuk menjadi seorang peguam dan berharap cita-citanya itu akan tercapai untuk membela penduduk Gaza yang tersepit ekoran penindasan Israel. - REUTERS




.

Pasar awam ini digelar pasar paling kejam di dunia


Pasar awam ini digelar pasar paling kejam di dunia | Kebiasaannya pasar awam dijadikan tempat jualan keperluan dapur seperti sayuran, ikan, daging lembu dan ayam, sekali gus tidak mendatangkan masalah besar kepada kumpulan pencinta haiwan. Tetapi lain pula kisahnya di sebuah pasar di Indonesia yang dianggap pasar paling kejam di dunia kerana menyediakan pelbagai jenis makanan eksotik termasuk kelawar, anjing, tikus dan ular sawa. Menurut laporan portal berita Mail Online, adegan yang paling mengerikan adalah cara peniaga di Pasar Tradisional Tomohon yang terletak dekat Langowan, utara Sulawesi, membunuh anjing yang dipilih oleh pembeli.

"Penjual akan mengeluarkan anjing terpilih yang dikurung di dalam sangkar sebelum haiwan itu diketuk di bahagian belakang leher sehingga mati. "Kemudian anjing tersebut akan dibakar dan dagingnya dijual kepada pembeli," tambah laporan itu. Selain anjing, beberapa haiwan lain seperti monyet, tikus, kelawar dan mengkarung turut dibakar sebelum dijual kepada pengunjung pasar tersebut dan dimasak dengan pelbagai cara termasuk dipanggang dan direbus.

Pasar Tradisional Tomohon pernah dilanda kontroversi pada 1993 apabila pihak berkuasa tempatan mendapati peniaga menjual babirusa, spesies haiwan terancam dan mengambil masa bertahun-tahun untuk menghentikan aktiviti tersebut. Bagaimanapun pasar itu kini dijadikan kawasan pelancongan di Sulawesi kerana menyajikan keunikan kepada pengunjung untuk merasai pengalaman makan hidangan eksotik. -AP




.

(Gambar terakhir) Pelakon dan pelawak, Robin Williams ditemui mati di kediamannya hari ini dipercayai akibat bunuh diri


Pelakon dan pelawak, Robin Williams ditemui mati di kediamannya hari ini di utara California dipercayai akibat bunuh diri, kata syerif Marin County. Mendiang berusia 63 tahun. Bahagian koroner syerif berkata, pihaknya mengesyaki kematian berpunca akibat bunuh diri berkaitan 'asphyxia' atau lemas tetapi punca kematian masih disiasat.


Media Amerika Syarikat melaporkan, pelakon veteran itu sedang bergelut dengan masalah kemurungan. Mendiang yang dianggap salah seorang penghibur paling diminati di Amerika Syarikat.

Gambar terakhir mendiang

Williams mulai mencipta nama menerusi sitcom televisyen “Mork & Mindy”. Williams kemudiannya beralih ke layar perak termasuk membintangi filem 1987 bertajuk “Good Morning Vietnam”, diikuti pada 1989 “Dead Poets Society” dan 1997 “Good Will Hunting” yang membolehkannya meraih anugerah Oscar bagi kategori pelakon pembantu terbaik. - Agensi

Gambar terakhirnya di Instagram




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!