Wednesday, August 13, 2014

Al-Fatihah.. Takziah! Pelawak popular meninggal dunia dalam solat



Al-Fatihah.. Takziah! Pelawak popular meninggal dunia dalam solat | Pelawak popular iaitu Maidin Ibrahim, 76, meninggal dunia di kediamannya di Pokok Tai, Gurun Kedah kira-kira pukul 2 petang Rabu ketika dalam solat akibat sakit jantung. Berita itu disahkan oleh menantu Allahyarham iaitu Mohd. Saiful Nizam Saari, 38, sewaktu dihubungi mStar Online di sini petang Rabu. “Saya ingin mengesahkan, bapa mertua saya telah meninggal dunia ketika dalam solat Zohor kira-kira pukul 2 petang tadi,” katanya.

Mohd Saiful berkata, isteri Allahyarham iaitu Hadira Ibrahim, 60, yang hendak ke bilik menemui Allahyarham telah rebah sebelum disahkan meninggal dunia. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Sri Jerai, Gurun selepas solat Isyak pada Rabu. Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak iaitu seorang lelaki dan empat perempuan berusia antara 32 hingga 45 tahun.

Maidin berasal dari Bagan Lalang Butterworth dan kini menetap di Gurun. Pada tahun 2009 Allahyarham pernah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana menghadapi masalah jantung. Dalam dunia lakonan, Maidin banyak berlakon drama-drama komedi termasuklah filem antaranya Anak Mami The Movie, Nana Tanjung dan Mami Jarum Junior. Allahyarham juga pernah memenangi Pelakon Pembantu Terbaik Anugerah Skrin (2001) anjuran TV3 untuk drama Pinang Durian. -Mstar




.

Wanita Canada Anggap Kapal Terbang Sebagai Suaminya



Wanita Canada Anggap Kapal Terbang Sebagai Suaminya | Seorang wanita panjat pagar kawat berduri di Halifax Stanfield Lapangan Antarabangsa di Nova Scotia, Canada, baru-baru ini dengan tujuan untuk menghentikan kapal terbang kerana dia menyangka  pesawat itu membawa suaminya, kata juru cakap polis Royal Canadian Mounted. Menurut Peter Spurway, Wakil Presiden komunikasi lapangan terbang. "Dia dilihat oleh menara kontrol pesawat. Salah satu dari orang kami langsung menangkapnya. Dia berada di lapangan terbang selama 10 minit,"kata Spurway.

"Wanita itu kemudian berkata kepada polis bahawa dia yakin suaminya adalah kapal terbang, dan dia berusaha untuk menghentikannya," ujar Spurway. "Ini adalah kejadian yang sangat luar biasa. Saya belum pernah mengalami insiden seperti ini selama bertahun-tahun bekerja,"kata LeBlanc. Polis langsung membawa wanita itu ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Menurut LeBlanc, wanita itu menderita luka-luka ringan kerana terkena kawat berduri.

Wanita berusia 37 tahun ini adalah penduduk Fall River, sebuah pinggiran kota kecil sebelah barat dari lapangan terbang. LeBlanc mengatakan suaminya tidak ada dalam penumpang kapal terbang. Lapangan terbang sentiasa membuat tinjauan lengkap untuk langkah-langkah keselamatan mereka, menurut Spurway. "Ini adalah kejadian yang sangat jarang. Saya di sini sudah lapan tahun dan ini tidak pernah terjadi," ujarnya. -AP




.

Tragedi : Helikopter terhempas ketika hantar bantuan kemanusiaan



Tragedi : Helikopter terhempas ketika hantar bantuan kemanusiaan | Seorang juruterbang terbunuh manakala seorang ahli parlimen cedera apabila sebuah helikopter milik tentera yang dalam perjalanan untuk menghantar bantuan kemanusiaan kepada pelarian di utara negara ini terhempas di sini, semalam. Laporan televisyen tempatan yang memetik jurucakap tentera, Qassem Atta sebagai berkata, helikopter MI17 terhempas kerana kerosakan teknikal di Gunung Sinjar di mana ribuan penduduk etnik minoriti Yazidi terkandas berkumpul selepas melarikan diri daripada militan Kumpulan Negara Islam (IS). - dpa




.

Tragedi itu berlaku akibat daripada selfie?



Tragedi itu berlaku akibat daripada selfie? | Sepasang suami isteri warga Poland mati selepas leka mengambil selfie menyebabkan mereka terjatuh dari tebing tinggi ke dalam laut, semalam. Lebih tragik, kejadian itu berlaku di depan anak mereka. Menurut media, sebelum kejadian pasangan malang itu sibuk merakam gambar sendiri dari pelbagai sudut. Butiran lanjut mengenai insiden itu belum dapat disahkan, malah bercanggah antara satu sama lain. Ada saksi berkata, pasangan terbabit meminta anak mereka berusia lima dan enam tahun mengambil gambar berkenaan.

Kanak-kanak terbabit kini diserah kepada diplomat Poland untuk diuruskan. Sumber berkata pasangan suami isteri itu memang berasal dari Poland, namun menetap di Portugal sejak beberapa tahun lalu. “Difahamkan, pasangan terbabit mungkin melanggar amaran menghalang pengunjung berada berhampiran tebing,” katanya.- Agensi




.

Pihak berkuasa mendapati Robin Williams mati dengan menggantung dirinya sendiri



Pihak berkuasa mendapati Robin Williams mati dengan menggantung dirinya sendiri | Pihak berkuasa mengesahkan bahawa pelakon komedi, Robin Williams menggantung dirinya sendiri dengan tali pinggang di dalam bilik di rumahnya. Sherif Marin County, Leftenan Keith Boyd berkata Williams dilihat buat kali terakhir oleh isterinya pada malam Ahad lalu ketika hendak tidur. Beliau bangun pada pagi berikutnya dan meninggalkan rumah, menyangka yang Williams masih tidur.

Tidak lama kemudian, pembantu peribadi Williams mengunjungi rumahnya dan berasa bimbang apabila Williams tidak memberi sebarang tindak balas ketika dia mengetuk pintu. Pembantu peribadinya menemui pelakon berusia 63 tahun itu mati di bilik tidurnya. Boyd berkata semua bukti menjurus kepada perbuatan bunuh diri. Namun katanya, keputusan muktamad akan dibuat selepas mendapat laporan forensik dan temu ramah dengan saksi. Williams terkenal kerana watak yang dipegang dalam filem ‘Good Will Hunting’, ‘Mrs Doubtfire’, ‘Good Morning Vietnam’ dan banyak lagi filem lain. - AP




.

Kegiatan maksiat di pusat hiburan serendah RM20 diserbu pihak berkuasa



Kegiatan maksiat di pusat hiburan serendah RM20 diserbu pihak berkuasa | Sebuah pusat hiburan dikesan mengaut keuntungan lumayan dengan menggalakkan pelanggan memeluk serta meraba deretan wanita pelayan pelanggan (GRO) ditawarkan asalkan mereka membeli minuman keras. Kegiatan maksiat dianjurkan premis terletak di Dataran Mentari, Bandar Sunway di sini, menyebabkan premis itu menjadi tarikan golongan lelaki tempatan hampir setiap malam berikutan mereka hanya perlu berbelanja serendah RM20. Aktiviti tidak bermoral itu bagaimanapun dibongkar selepas sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor diketuai Asisten Superintendan Mohd Shukri Abdullah melakukan serbuan di premis itu jam 11 malam kelmarin.

Mohd Shukri berkata, seramai 11 pelanggan lelaki didapati sedang berfoya-foya ketika serbuan mengejut itu dilakukan. “Siasatan lanjut mendapati premis yang tidak mempunyai lesen itu menyediakan gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing sebagai tarikan utama. “Polis berjaya menahan 12 GRO warga asing berusia lingkungan 20 hingga 36 tahun. Seramai 10 daripadanya GRO itu adalah wanita warga Thailand manakala dua lagi berasal dari Filipina dan Indonesia,” katanya. Menurutnya, semua GRO berpakaian menjolok mata itu ditahan ketika sedang leka melayan pelanggan sambil mengambil minuman keras.

“Pihak polis turut merampas wang tunai sebanyak RM99 serta dua keping bil tunai. Kami difahamkan terdapat pelanggan membuat bayaran menggunakan perkhidmatan kad kredit untuk menyewa GRO terbabit. “Ada kemungkinan GRO terbabit turut menawarkan perkhidmatan seks di luar premis itu,” katanya. Beliau berkata, pihaknya turut merampas peralatan audio di premis berkenaan kerana beroperasi tanpa memiliki lesen sah. “Seorang pekerja lelaki warga Indonesia berusia 20-an yang baru dua bulan bekerja ditahan kerana tidak memiliki pasport. “Semua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Sungai Way di sana, untuk tindakan selanjutnya,” katanya.-Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!