Saturday, August 16, 2014

Pengguna marah kerana Facebook Messenger menjengkelkan


Pengguna marah kerana Facebook Messenger menjengkelkan | Laman sosial Facebook mula memaksa orang ramai supaya menggunakan Facebook Messenger selepas mengumumkan memisahkan perkhidmatan itu daripada aplikasi utamanya pada April lalu. Keadaan tersebut mengakibatkan pengguna laman itu menjadi sakit hati dan berang dengan per­ubahan berkenaan, menyebabkan mereka berpusu-pusu menuju ke kedai aplikasi Android, Google Play untuk memfailkan aduan masing-masing. Selain itu, menurut pengguna, ketetapan aplikasi tersebut turut membenarkan Facebook mengakses gajet pengguna untuk menghantar mesej dan juga membuat panggilan telefon.

Menurut Google Play, aplikasi itu juga membolehkan Facebook membaca senarai kenalan pengguna, mengedit, membaca dan me­nerima teks mesej. Facebook Messenger juga didakwa membenarkan Facebook untuk secara langsung menghubungi nombor telefon pengguna, mengubah atau memadam fail pada penyimpanan USB, mengambil gambar dan video, merakam audio, memuat turun fail tanpa pemberitahuan, mengawal getaran dan mengubah sambungan rangkaian.

Keadaan itu mengakibatkan pengguna mengadu tentang aplikasi tersebut yang melanggar hak privasi mereka, lapor Mail Online. Awal minggu ini, aplikasi itu secara purata diberikan rating satu bintang pada Play Store namun sejak itu meningkat kepada 4.1, walaupun 90 peratus daripada 100 ulasan pertama memberikan rating serendah mungkin. Ulasan pada Google Play Store itu termasuk: ‘Saya tidak mahu menggunakan aplikasi ini (Facebook Messenger). Serius. Mengapa Facebook memaksa perkara ini pada setiap orang? Aplikasi ini menjengkelkan’. Namun terdapat juga komen positif: ‘Bertenang semua! Sudah tentu Facebook memerlukan kebenaran untuk akses kepada kamera anda.’ Facebook baru-baru ini menyatakan, hampir semua aplikasi memerlukan kebenaran untuk digunakan oleh Android.




.

Kisah yang menyayat hati dari Gaza


Kisah yang menyayat hati dari Gaza | Kisah tragis yang menimpa pemuda Palestin dari Gaza, Hassan Muhani, 25, pasti membuatkan hati sebak mengenangkan suratan hidupnya. Bakal menamatkan pengajian Sarjana Muda Jurusan Pentadbiran di Universiti Gaza, dia menyimpan cita-cita untuk membina kehidupan yang lebih baik buat isteri dan anak kecil berusia dua tahun dengan menjadi usahawan buah-buahan. Di sebalik cengkaman kuku besi Zionis di tanah kelahirannya, impian untuk menggenggam ijazah tidak pernah luntur.

"Bagi Hassan, tanpa pendidikan sukar untuk dia memberi kehidupan lebih selesa kepada keluarga, khususnya kepada anak kecil yang amat disayanginya," kata abang Hassan, Husam Muhani, 34, yang setia menemani adiknya di Hospital Al-Hilal, di sini.Namun segalanya berubah dua minggu lalu apabila dia terkena serpihan peluru berpandu rejim Zionis Israel di bahagian belakang badan ketika dalam perjalanan ke rumah yang terletak di Bandar Gaza.


Letupan berdekatan menyebabkan serpihan besi menusuk sehingga ke tulang belakang menyebabkan kecederaan parah dan doktor mengesahkan bahawa Hassan akan lumpuh separuh badan. Lebih memilukan dia hampir menyiapkan tugasan akhir untuk menamatkan pengajian dan bergelar graduan dalam tempoh beberapa minggu lagi. Penderitaan dialaminya turut mendapat perhatian Ketua Misi Kemanusiaan Malaysia ke Gaza Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang hadir memberi sumbangan bagi meringankan bebannya. -Metro




.

SUAMI TERHANGAT - RAFINA ABDULLAH




SUAMI TERHANGAT - RAFINA ABDULLAH | Wow, kisah mengenai lelaki bernama Encik Idzmir ni memang agak memeningkan. Maklum saja dengan kedudukannya dan rupa paras menawan, dia memang lelaki yang akan mencairkan hati mana-mana wanita, walaupun dia sudah beristeri dan miliki seorang anak. Dengan statusnya itu, dia tetap menjalin hubungan sulit dengan rakan sekerja, Aiza sehinggakan dia ada niat untuk menjadikan wanita itu sebagai isteri kedua.

Nurshila, sebagai isteri sudah terluka berkali-kali. Bayangkan saja, tidak ada yang kurang pada Nurshila.. Tapi itu tidak bermakna Encik Idzmir akan kekal setia padanya. Setelah kecewa pada perkahwinan keduanya, Encik Idzmir kembali menyulam bahagia bersama Nurshila. Namun kemunculan kekasih lama, Serina bersama rahsia besar hasil kelapaan mereka di masa lalu, menjadikan hubungan mereka kembali teruji, apatah lagi apabila Serina menuntut untuk diperisterikan. Nurshila terkorban dalam satu kejadian yang memilukan lalu mengubah keseluruhan hidup Encik Idzmir. Bertahun meratap kehilangan isteri tercinta, hati Encik Idzmir mula kembali mendondang cinta dan kasih pada guru sekolah anaknya.

Ya, Encik Idzmir terlalu inginkan kebahagiaan, namun ada hati yang akan terluka.. Mungkinkah dia akan mengecapi kebahagiaan itu? Siapa pula yang bakal menjadi isterinya?



Tajuk : Suami Terhangat
Penulis : Rafina Abdullah
Halaman : 655 muka surat
Harga : RM25/RM28





.

MH17: Ahli keluarga dinasihat tak buka keranda dan lihat keadaan jenazah


Ahli keluarga mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 dinasihatkan agar tidak membuka keranda dan melihat keadaan jenazah sebaliknya terus disempurnakan sebaik sahaja tiba di tanah air. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, semua 16 mayat yang tiba 22 Ogos ini telah diuruskan sebaik mungkin dan hanya perlu disempurnakan mengikut kepercayaan agama masing-masing. Bagaimanapun katanya, kerajaan tidak menghalang sekiranya ada ahli keluarga yang tetap berkeras untuk melihat keadaan jenazah buat kali terakhir, namun saranan tersebut dibuat berdasarkan keadaan mayat yang tidak sempurna.

Beliau berkata, apabila 16 jenazah tiba pada 22 Ogos ini, kesemuanya akan diserahkan kepada keluarga masing-masing untuk dibawa pulang ke Perak, Johor, Sarawak, Putrajaya dan sekitar Lembah Kelang. "Ahli keluarga mangsa MH17 yang akan menerima jenazah pada 22 Ogos ini dinasihatkan tidak membuka keranda kerana keadaan mayat sudah terlalu lama dan tidak sempurna, lebih elok disegerakan urusan pengebumian. "Kami juga ingin menasihatkan agar ahli keluarga tidak mengambil sebarang gambar jenazah sekiranya tetap mahu keranda dibuka, jika gambar berkenaan tersebar, dikhuatiri akan mengaibkan jenazah," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Negara ke-57 Peringkat Kementerian di sini hari ini.

Yang turut hadir, timbalan beliau, Datin Paduka Chew Mei Fun. Menurut Rohani, jenazah rakyat Malaysia yang dikenal pasti telah diuruskan dengan sempurna mengikut agama masing-masing dan bagi beragama Islam jenazah telah dimandi, dikafan serta disolatkan di Belanda. Selain itu, katanya, kerajaan juga tidak menolak kemungkinan jumlah jenazah dan abu mayat nahas MH17 warganegara Malaysia yang akan diterima Jumaat depan lebih daripada 15 seperti yang disahkan semalam. Katanya, sebanyak 24 mayat warganegara Malaysia sudah dikenal pasti setakat ini dan ada kemungkinan jumlah mayat yang diluluskan untuk dibawa balik akan bertambah dalam tempoh seminggu ini. "Kerajaan Belanda juga telah mengambil inisiatif untuk memateri keranda bagi mengelak ia dibuka, namun ahli keluarga mempunyai pilihan untuk membukanya atau pun tidak," katanya. -BH




.

Prosedur penghantaran pulang jenazah penumpang dan kru pesawat MH17



Prosedur penghantaran pulang jenazah penumpang dan kru pesawat MH17 | Tujuh aset milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan digerakkan melalui operasi fasa pertama penghantaran pulang jenazah penumpang dan kru pesawat MH17 yang terbabit dalam insiden di Ukraine, dari Kuala Lumpur ke kampung halaman masing-masing pada 22 Ogos ini. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata antara aset ATM dikenal pasti membabitkan sebuah pesawat C130 dan lima helikopter jenis Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

"Jenazah dijangka tiba di Kuala Lumpur pada jam 10 pagi dari Amsterdam menerusi pesawat khas disediakan MAS, manakala dari Kuala Lumpur pesawat C130 dan helikopter digunakan untuk menghantar jenazah ke negeri terbabit. "Sejurus jenazah tiba di negeri, segala urusan seterusnya akan diambil alih kerajaan negeri sehingga akhir...selain aset milik ATM, 10 kementerian turut terbabit dalam menguruskan penghantaran pulang jenazah ini," katanya. -BH




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!