Tuesday, August 19, 2014

Keji!! Seorang pekerja rumah mayat mengaku meniduri lebih 100 mayat wanita



Keji!! Seorang pekerja rumah mayat mengaku meniduri lebih 100 mayat wanita | Seorang pekerja rumah mayat mengaku dia mungkin melakukan hubungan seks dengan lebih 100 mayat wanita dan terus melakukan perbuatan itu walaupun setelah isterinya mendedahkan perbuatannya kepada majikannya. Pekerja rumah mayat daerah Hamilton Kenneth Douglas yang masih dalam penjara selepas didapati bersalah memperkosa tiga mayat, mengaku perbuatan kejinya itu dalam satu wawancara audio. “Saya akan naik ke atas mayat dan menanggalkan seluar saya sebelum merogol mereka,” katanya.

Bercakap mengenai mayat seorang mangsanya, Charlene Appling, Douglas berkata: “Saya masih ingat pergi ke tempat simpanan mayat, menarik mayatnya keluar ke bilik belakang dan mengadakan seks dengannya.” Mengenai jumlah mayat, Douglas berkata: “Mungkin sehingga seratus.” Menurut lelaki itu, tabiat buruknya itu berpunca daripada arak dan dadah. “Jika saya tidak minum atau mengambil dadah ketika pergi kerja, ia tidak akan terjadi. Saya akan melakukannya apabila saya mengambil dadah atau minum arak,” katanya. Isterinya, dalam keterangannya kepada penyiasat pula berkata, dia cuba mendedahkan mengenai tabiat suaminya kepada seseorang, tetapi tindakannya itu menyebabkan dia dipecat.

Menurut laporan stesen televisyen tempatan, WCPO, Douglas mengaku mengadakan seks dengan mayat April Hicks, Karen Range and Charlene Appling. Charlene dan Karen adalah mangsa pembunuhan. Pada 2008, ujian DNA mengesahkan air mani Douglas ditemui dalam mayat Karen dan dia dikenakan hukuman tiga tahun penjara selepas mengaku bersalah. Pada 2012, Douglas sekali lagi mengaku bersalah, kali ini atas tuduhan memperkosa mayat April dan Charlene. - Agensi




.

Gambar terkini penemuan buaga gergasi


Gambar terkini penemuan buaga gergasi | Sebuah keluarga di sini berjaya menangkap seekor buaya gergasi dan direkodkan sebagai tangkapan buaya terbesar di negeri ini, kelmarin. Portal Mail Online melaporkan, reptilia yang berukuran 457 sentimeter panjang dan seberat 458 kilogram itu berjaya ditangkap oleh keluarga Stokes berhampiran Thomaston, di sini. Mandy Stokes berkata, dia bersama ahli keluarga termasuk suaminya, John, abang iparnya, Kevin Jenskins dan dua anaknya, Savanah dan Parker mengambil masa selama 10 jam untuk menangkap buaya gergasi itu. Mereka sebelum itu, mula memburu buaya tersebut sejak malam Jumaat sehingga berlarutan keesokan paginya. Mandy berkata, mereka sekeluarga melalui pelbagai rintangan untuk menangkap buaya itu, sebelum bertarung dengan haiwan ganas tersebut dan membuat keputusan membunuhnya.


"Pada awalnya, keadaan adalah tenang tetapi selepas menariknya ke darat, buaya itu mula mengamuk," ujar Mandy. Binatang tersebut akhirnya terpaksa diangkat menggunakan jentolak dan ditimbang. Buaya tersebut kini secara rasmi dinamakan sebagai buaya yang paling besar di Alabama, yang membenarkan penangkapan buaya, sekali gus mencatatkan rekod baharu. Jun lalu, Safari Club International mengumumkan seekor buaya seberat 390 kilogram dan sepanjang 426 sentimeter panjang dibunuh di Chalk Creek berhampiran Lufkin, Texas oleh Justin Well dari Bossier City. -AP




.

Info : Kesan kopi pada ibu yang hamil


Info : Kesan kopi pada ibu yang hamil | Pakar-pakar akademik kini menyeru kerajaan segera mengeluarkan amaran rasmi kepada ibu-ibu yang sedang mengandung supaya mengurangkan pengambilan kopi setiap hari kerana ia berbahaya untuk kandungan mereka. Kajian yang mereka jalankan mendapati hanya dua cawan kopi sehari sudah memadai untuk mendedahkan kandungan mereka kepada risiko dijangkiti leukemia pada usia yang muda. Anak yang dilahirkan nanti oleh ibu yang kerap meminum kopi, menurut kajian yang dilakukan itu adalah 60 peratus berkemungkinan berhadapan dengan risiko membentuk sel leukemia pada usia remaja.

 Oleh yang demikian, ahli-ahli akademik yang terlibat dalam kajian tersebut kini menegaskan yang kerajaan harus mengeluarkan amaran kepada semua ibu mengandung supaya mengurangkan pengambilan kopi sebagaimana mereka dinasihati supaya mengurangkan pengambilan alkohol dan berhenti merokok. Para saintis mendapati, kafin berupaya menukar corak DNA di dalam sel janin sekaligus mendedahkan mereka kepada risiko membentuk tumor ketika remaja. Sampel yang diambil daripada lebih 20 kajian mendapati bayi yang dikandung oleh ibu yang mengambil kopi terdedah 20 peratus kepada risiko membentuk sel leukemia pada janin mereka.

Tetapi jika mereka mengambil dua cawan kopi sehari risiko mereka meningkat kepada 60 peratus. Dan bagi wanita yang memang ketagihan kopi iaitu mengambil sehingga empat cawan atau lebih sehari mereka terdedah kepada 72 peratus risiko. Hasil kajian ini didedahkan dalam terbitan terbaru Jurnal Obstetrik dan Ginekologi Amerika Syarikat. Di United Kingdom sahaja, sekitar 500 kanak-kanak didiagnos dengan penyakit leukemia setiap tahun. Kajian itu membuat kesimpulan, pengambilan kafin berlebihan oleh ibu sewaktu mengandung berupaya meningkatkan risiko jangkitan leukemia ke atas bayi mereka.




.

Punca penemuan arak dalam beg seorang imam sebuah masjid



Punca penemuan arak dalam beg seorang imam sebuah masjid | Seorang imam sebuah masjid di sini terkejut apabila disoal di lapangan terbang mengenai beberapa botol arak yang ditemui di dalam begnya. Hassan Abu Wessam, keluarga dan pembantu rumah mereka pulang dari bercuti di Malaysia dan singgah untuk bermalam di sebuah negara Teluk. Apabila tiba di lapangan terbang Dammam, timur Arab Saudi, pegawai yang memeriksa beg menemui beberapa botol arak.

Hassan berkata, dia tidak tahu menahu mengenai arak yang berada dalam begnya, lapor akhbar Al-Riyadh. “Apabila pegawai bertanya mengenai arak itu lidah saya kelu tidak dapat berkata apa-apa kerana saya sungguh terkejut. Saya berpaling kepada pembantu rumah dan dari riak mukanya, saya tahu dia yang bertanggungjawab. “Saya sunggu malu,” kata imam itu.

Hasil siasatan kastam mendapati pembantu rumah itu mengambil beberapa botol minuman jus dan arak dari peti sejuk hotel tempat mereka menginap di negara Teluk dan memasukkannya ke dalam beg tanpa pengetahuan majikannya. Menurut isteri Hassan, dia menggunakan kad kredit untuk membayar kos penginapan, tetapi tidak menyemak bil itu dengan teliti serta tidak menyedari dia juga membayar minuman yang diambil dari peti sejuk hotel berkenaan. - Agensi




.

Anda suka beli air dari mesin layan diri? Baca pendedahan ini selepas sampel dari air itu diuji..



Anda suka beli air dari mesin layan diri? Baca pendedahan ini selepas sampel dari air itu diuji.. | Air yang anda beli dari mesin layan diri mungkin tidak sebersih yang anda fikirkan. Sebanyak 29 sampel air telah diambil dari mesin tersebut di seluruh Lembah Klang dan hampir semuanya telah dicemari. Terdapat beberapa jenis bakteria berbahaya seperti E. coli, Koliform dan bakteria bertoksin Clostridium perfringens - jenis bakteria yang sama terdapat di dalam air kumbahan yang tidak dirawat. Koliform dan Clostridium perfringens juga merupakan bakteria yang sama terdapat dalam najis manusia dan haiwan. Bakteria ini boleh menyebabkan kekejangan, cirit-birit dan masalah pencernaan yang lain.

 The Star menjalankan beberapa ujian bersama dengan Forum Air Malaysia, sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk membantu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara. Forum Air Malaysia membuat ujian terhadap 14 sampel pada April manakala The Star menjalankan ujian terhadap 15 sampel. Sampel-sampel air diambil dari mesin layan diri di sini dan di Subang Jaya, Cheras, Klang dan Kuala Lumpur. Di bawah Akta Air Minum Selamat Malaysia, sepatutnya tidak ada sebarang kesan Koliform atau E. coli dalam air minuman. Eksekutif Dasar dan Penyelidikan Forum Air Jesslyn Pek berkata adalah membimbangkan apabila kebanyakan sampel tidak menunjukkan kesan klorin atau fluorida bebas, yang merupakan bahan kimia yang diperlukan untuk membunuh bakteria di dalam air.

"Daripada ujian ke atas 14 sampel air, enam daripadanya didapati mempunyai sama ada Koliform atau E. coli dan tidak mengandungi klorin atau klorida bebas," katanya. "Klorin bebas mesti ada, kerana ia adalah pembasmi kuman," kata Pek. "Terdapat piawaian untuk menentukan berapa banyak klorin bebas diperlukan untuk digunakan dalam air terawat, tetapi kerana ia tidak dapat dikesan di dalam semua sampel ini, ia menunjukkan bahawa jumlah yang tidak mencukupi telah digunakan." Dalam ujian yang dijalankan oleh The Star dengan makmal bertauliah, semua 15 sampel didapati positif Koliform dan Clostridium perfringens. Mesin menjual air banyak terdapat di bangunan pejabat, kediaman dan universiti atau kolej.

Orang ramai lebih suka membeli air ini kerana kosnya hanya kira-kira 20 sen seliter berbanding air botol, yang kosnya boleh mencecah lebih dari RM2 untuk jumlah yang sama. Menurut sumber industri, pada tahun lepas Kementerian Kesihatan memulakan usaha di seluruh negara untuk memberikan lesen kepada pemilik mesin menjual air. Walau bagaimanapun, sehingga kini, banyak yang tidak memberi respons. Untuk mendapatkan lesen, pengendali perlu mengeluarkan sejumlah RM450 untuk setiap mesin dan menghantar air dari mesin untuk ujian kualiti di Jabatan Kimia. Mereka juga perlu membayar yuran pemprosesan lesen RM130. Kos lesen selama dua tahun adalah RM150. -Mstar




.

Khabar Terkini Personaliti TV3, Mazidul Akmal Sidek, Selepas Diserang Koma Julai Lalu


Personaliti TV3 iaitu Mazidul Akmal Sidek dilaporkan beransur pulih dipercayai akibat serangan strok pada Julai lalu. Menurut sumber terdekat Mazidul, bekas pengacara 999 itu masih dirawat di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar dekat sini namun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai keadaan kesihatannya secara terperinci. "Apa yang boleh saya beritahu dia semakin sihat dan doakan untuk kesihatannya," kata ahli keluarga terdekat personaliti itu. Mazidul sebelum ini dilaporkan tenat akibat serangan strok dan berada dalam keadaan 'induced coma' atau koma sementara.

Bagaimanapun sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak keluarganya berhubung laporan berkenaan. Sementara itu, usaha mendapatkan komen daripada isterinya yang dikenali sebagai Fazlin gagal apabila wanita berkenaan enggan mengulas lanjut mengenai keadaan suaminya itu. Bagaimanapun, Fazlin sempat meluahkan rasa kecewa terhadap beberapa laporan portal dan blog yang memberi gambaran serta persepsi salah terhadap keadaan kesihatan suaminya itu.

"Apa yang dilaporkan semuanya tidak benar dan minta maaf saya tidak dapat menjawab apa-apa soalan mengenai Mazidul kerana mahukan privasi," ujarnya. Dalam perkembangan sama, pihak TV3 memaklumkan Mazidul masih diberi cuti dan sedang menerima rawatan di pusat perubatan berkenaan. "Kami di TV3 berharap Mazidul akan cepat sembuh daripada penyakit tersebut," kata wakil stesen berkenaan. -Mstar




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!