Friday, August 22, 2014

Punca penghidap HIV positif saman syarikat penerbangan


Punca penghidap HIV positif saman syarikat penerbangan | Dua penumpang positif virus HIV termasuk seorang lagi penumpang pesawat Spring Airlines didakwa dihalang menaiki penerbangan pesawat Spring Airlines hanya kerana mereka merupakan penghidap virus HIV. Menurut laporan sebuah portal, kedua penumpang tersebut dilarang menaiki pesawat dari Sheyang menuju ke Shijuazhuang setelah memaklumkan kepada kakitangan kapal terbang tersebut mengenai status kesihatan mereka yang merupakan penghidap virus HIV. Selain daripada mereka, seorang lagi penumpang yang disahkan tidak dijangkiti virus tersebut turut dibatalkan tiket penerbangan tanpa sebarang alasan.

Ketiga-tiga penumpang terbabit bertindak mengeluarkan saman dengan dakwaan syarikat penerbangan tersebut mengamalkan sifat diskriminasi terhadap penumpang mereka. Antara tuntutan yang dikemukakan terhadap Spring Airlines termasuklah permohonan maaf dan ganti rugi sebanyak RM25,399 ($8,000). Peguam plaintif, Liu Wei memberitahu kepada pemberita kakitangan syarikat penerbangan tersebut tidak mempunyai hak untuk melarang ketiga penumpang tersebut menaiki kapal terbang kerana ketiga anak guamnya tidak membuktikan mereka boleh menjangkiti penumpang lain dalam pesawat tersebut.

China dikatakan mempunyai sejarah yang panjang apabila dikaitkan dengan diskriminasi terhadap pesakit HIV. Pesakit yang menghidap HIV Positif dilarang menjadi kakitangan awam dan boleh dibuang dari pekerjaan jika majikan mengetahui pekerja mereka menghidap penyakit tersebut. Bagaimanapun Presiden syarikat penerbangan Spring Airlines, Wang Zhenghua berkata, syarikat tersebut tidak mengamalkan diskriminasi terhadap mana-mana penumpang.

Zhenghua juga berkata, pihak syarikat tidak boleh dipersalahkan dalam insiden tersebut kerana larangan menaiki pesawat yang dikenakan ke atas ketiga penumpang terbabit diserah sepenuhnya kepada anak kapal pesawat. Namun menurut beliau, ketiga-tiga penumpang tersebut juga tidak seharusnya mencetuskan sebarang provokasi yang berkemungkinan menakutkan penumpang yang lain sehingga menyebabkan kakitangan terpaksa menahan mereka daripada menaiki pesawat tersebut. -AP




.

Kemunculannya di lapangan terbang menimbulkan suasana gamat dan sukar dikawal


Kemunculannya di lapangan terbang menimbulkan suasana gamat dan sukar dikawal | DIA seorang lelaki Britain yang terkenal di serata dunia, malah lebih popular daripada pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL). Oleh itu, tidak hairanlah apabila kemunculannya di lapangan terbang di China menimbulkan suasanan gamat dan sukar dikawal.Individu istimewa ini adalah Mr Bean atau Rowan Atkinson - seorang lelaki yang dianggap 'bodoh' oleh semua orang di dunia ini gara-gara wataknya dalam lakonan. Mr Bean muncul di Shanghai bagi membawak watak dalam satu iklan televisyen yang belum diketahui.


Seperti biasa, lelaki ini memakai jaket, baju putih dan tali leher merah. Apabila Mr Bean muncul di lokasi pengambaran iklan tersebut, tiada individu yang tidak berminat terhadapnya .Orang awam, polis bantuan, wartawan dan kru pengambaran sendiri tergila-gilakan lelaki ini - semuanya kerana ingin melihat kelibatnya yang kelakar. Berikutan pengambaran tersebut, penduduk di China kini menunggu iklan berkenaan diterbitkan bagi mengikuti aksi lawak terbaharu lelaki terbabit. -AP




.

Kejam!! Suspek mengaku culik kanak-kanak dan lapah daging mereka untuk dijual



Kejam !! Suspek mengaku culik kanak-kanak dan lapah daging mereka untuk dijual | Suspek pembunuhan kanak-kanak yang menjadi korban pasangan suami isteri gila seks baru-baru ini mengaku menjual daging mangsa pembunuhan itu ke beberapa warung makan. Menurut suspek terbabit, daging manusia itu tidak dijual melalui skala runcit sebaliknya secara pukal. Ketua Komosi Nasional Perlindingan Kanak-kanak, Arist Merdeka Sirait berkata, selepas daging itu dilapah daripada tulang ia dimasukkan ke karung plastik dan dijual kepada pemilik kedai makan di sekitar Kota Perawang di Siak.

“Suspek mengaku sekarung plastik boleh mencapai harga Rp30,000 (RM8). “Namun pemilik kedai makan itu tidak tahu mereka membeli daging manusia kerana dimaklumkan, ia adalah daging rusa,” katanya. Minggu lalu media melaporkan polis Riau menangkap sepasang suami isteri dan dua kenalan mereka yang menculik sebelum membunuh sehingga tujuh kanak-kanak.

Polis mendapati pasangan suami isteri itu mencabul atau meliwat mangsa sebelum dibunuh. Pasangan itu kemudian berasmara sejurus selepas membunuh mangsa. Dua pembantu mereka kemudian memotong badan mangsa sebelum sebahagiannya dibuang, manakala yang lain dijual kepada pemilik kedai makan. Arist berkata, aktiviti menjual daging kanak-kanak itu dilakukan sejak beberapa bulan lalu. “Jika pemilik warung bertanya mengapa mereka menjual ‘daging rusa’ itu, suspek berdalih kononnya untuk wang membaik pulih motosikal,” katanya. - Agensi




.

Lelaki ditahan polis selepas cubaan kali ke 5 tetap gagal bunuh isteri sendiri



Lelaki ditahan polis selepas cubaan kali ke 5 tetap gagal bunuh isteri sendiri  | Seorang peniaga Russia yang tidak mahu berkongsi kekayaan dengan isterinya, menanggung kerugian lebih besar selepas ditipu lima pembunuh upahan palsu sebelum ditangkap. Sebuah mahkamah di Moscow mengesahkan, Konstantin Monastyrsky, 47, dihukum penjara lapan setengah tahun selepas didapati bersalah cuba membunuh isterinya. Menurut akhbar Moskovsky Komsomolets, Monastyrsky mendakwa isterinya kaki botol, tetapi tidak mahu menceraikannya kerana akan menyebabkan dia terpaksa menyerah separuh hartanya.

Monastyrsky sebaliknya merancang membunuh isterinya dan menemui seorang lelaki yang mendakwa dirinya pembunuh upahan. Dia membayar 200,000 ruble (RM17,500) kepada lelaki itu. Bagaimanapun, apabila tidak ada apa-apa berlaku, Monastyrsky menemui lelaki berkenaan semula sebelum menyedari dia pemabuk dan sudah menghabiskan semua wang terbabit untuk membeli arak. Dalam pengakuannya kepada polis, Monastyrsky berkata, ia cubaan kelimanya untuk membunuh isterinya dan menghabiskan antara 100,000 hingga 500,000 ruble untuk setiap cubaan. Kisahnya berakhir dengan isterinya menguasai semua hartanya. - AFP




.

Misteri penemuan ibu hamil yang ditemui mati di lombong terbiar



Misteri penemuan ibu hamil yang ditemui mati di lombong terbiar | Hampir dua bulan polis menjalankan usaha mencari dan mengesan seorang wanita hamil yang dilaporkan hilang sebelum menemui mangsa di sebuah lombong terbiar di selatan California, Sabtu lalu. Mangsa, Erin Corwin, 19, dipercayai dibunuh ketika di peringkat awal kehamilan dan mayatnya ditemui 140 kaki di dalam salah satu terowong lombong tersebut. Menurut jurucakap Jabatan Polis Anchorage, Jennifer Castro, mayat mangsa dikenal pasti oleh pakar forensik melalui rekod pergigiannya pada Ahad lalu. Hasil penemuan tersebut, polis kini berjaya menahan bekas jiran mangsa, Christopher Brandon Lee yang didakwa pernah mempunyai hubungan sulit dengan mangsa.

Suami mangsa, seorang Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), Koperal Jonathan Corwin, dilapor hilang pada hari berikutnya. Lee ditahan dikediamannya pada Ahad lalu setelah polis mengambil keterangan dari seorang kenalan mangsa yang mendakwa mereka mempunyai hubungan sulit. Dikatakan, anak yang dikandung oleh mangsa mungkin merupakan anak kepada Lee. Pada hari Corwin dikatakan hilang, Corwin memberitahu suaminya bahawa dia ingin keluar meninjau laluan mendaki yang akan diteroka bersama ibu mereka sebaik sahaja ibu mereka datang melawat.

Namun melalui sistem pesanan ringkas, mangsa memberitahu rakannya bahawa dia sudah merancang untuk pergi berburu bersama Lee untuk meraikan hari lahirnya. Siasatan awal mendapati, mangsa dicederakan dengan senjata yang tidak dapat dikenal pasti. “Semasa mangsa bersama Lee, telefon mangsa dimatikan. Pasukan penyiasat percaya mangsa telah ditinggalkan di lokasi kejadian dan mangsa juga tidak boleh mendapatkan bantuan kerana keadaannya yang cedera,” kata pasukan siasatan. Pihak polis bagaimanapun setakat ini masih tidak dapat mengesahkan punca kematian mangsa. Lee dalam pada itu menafikan dia mempunyai hubungan intim dengan Corwin. -AP




.

Pemilik premis perniagaan dikritik kibar jalur gemilang koyak sempena hari kemerdekaan



Pemilik premis perniagaan dikritik kibar jalur gemilang koyak sempena hari kemerdekaan | Seorang peniaga di pasar lama Kedai Buluh di sini, Maimun Sulaiman, 46, kesal tindakan beberapa pemilik premis perniagaan tumpuan ramai di situ yang membiarkan Jalur Gemilang koyak tidak berganti. Malah ada juga premis yang masih lagi belum mengibarkan Jalur Gemilang. “Satu bendera pun sudah cukup, tetapi macam tidak ada di sini. Saya harap dalam beberapa hari lagi keadaan berubah. Tak kisahlah kalau terpaksa berbelanja untuk bendera kerana yang penting negara kita sudah merdeka,” katanya.

Kempen kibar Jalur Gemilang yang dilancarkan masih belum mendapat sambutan memuaskan di daerah ini. Tinjauan di sekitar Parlimen Marang mendapati hanya bangunan kerajaan dan institusi pendidikan yang mengibarkan Jalur Gemilang. Beberapa orang awam yang ditemui ternyata gembira dengan suasana ceria bangunan kerajaan pusat dan negeri serta pejabat kerajaan di daerah ini kelihatan berwarna-warni dengan hiasan bendera.

Mohamad Zamri Nawang, 35, berkata, kibaran Jalur Gemilang perlu dilakukan setiap tahun khususnya sepanjang sambutan bulan kemerdekaan setiap Ogos untuk mengingatkan orang ramai mengenai nilai kemerdekaan. “Inilah semangat yang perlu ditunjukkan oleh semua pihak. Kibaran bendera yang banyak ini mengembalikan nostalgia bagaimana negara kita mencapai kemerdekaan. Malah, bulan kemerdekaan perlu diraikan seperti bulan perayaan lain,” katanya. -SH




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!