Saturday, August 23, 2014

Punca pesawat MAS, MH70 patah balik ke KLIA selepas 50 minit berlepas



Punca pesawat MAS, MH70 patah balik ke KLIA selepas 50 minit berlepas  | Sebuah pesawat MAS yang dalam perjalanan ke Tokyo dilaporkan terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas 50 minit berlepas atas faktor keselamatan. Menurut laporan sebuah portal berita dalam talian, MH70 dilaporkan berlepas daripada KLIA ke Lapangan Terbang Narita Tokyo pada pukul 10.50 pagi namun sebaik sahaja pesawat itu tiba di KLIA, penumpang dimaklumkan bahawa jadual penerbangan telah disusun semula pada pukul 1.15 petang bersama dengan pesawat yang berbeza. Mengikut laman web MAS, MH70 berlepas daripada KLIA pada pukul 1.22 petang. Ia dijadualkan tiba di Tokyo pada pukul 9.40 malam.

Usaha untuk mendapatkan komen daripada syarikat penerbangan itu bagaimanapun tidak berhasil. MAS menjadi tumpuan pada tahun ini, selepas dua pesawatnya terlibat dengan tragedi, bermula dengan kehilangan MH370 pada 8 Mac lalu, dan pesawat MH17 yang ditembak jatuh oleh puak pemisah di sempadan Ukraine pada 17 Julai. MH370 membawa 227 penumpang, 12 anak kapal, berlepas daripada KLIA pada 12.41 pagi, 8 Mac lalu dan hilang daripada radar sejam kemudian, ketika berada di laut China Selatan. Ia dijadualkan tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama. -Mstar




.

Penemuan makhluk hidupan laut misteri terdampar di tepi pantai barat



Penemuan makhluk hidupan laut misteri terdampar di tepi pantai barat | Ribuan makhluk hidupan laut berwarna biru ditemui terdampar di tepi Pantai Barat bermula dari Washington ke California Selatan, lapor akhbar Daily News kelmarin. Makhluk itu yang kelihatan seperti spesies ubur-ubur tu dikenali sebagai Velella velella. Pada kebiasaannya ia ditemui di tengah lautan. Namun, kejadian berkenaan mencetuskan keterujaan dalam kalangan para pengunjung yang melihatnya buat pertama kali.


Ia sebesar tapak tangan dan sering ditemui di dalam lautan. Menurut Pengerusi Jabatan Biologi di Kolej Semenanjung Monterey di Monterey, Dr. Kevin Raskoff, ubur-ubur itu boleh menyengat manusia. Namun, katanya, sengatan itu tidak membawa maut. - Agensi




.

Doktor berjaya rungkai punca sakit kemaluan kanak-kanak 7 tahun ini



Doktor berjaya rungkai punca sakit kemaluan kanak-kanak 7 tahun ini | Kesakitan pada kemaluan seorang kanak- kanak berusia tujuh tahun terungkai selepas pemeriksaan doktor mengesahkan dia menjadi mangsa rogol di ibu kota, kelmarin. Difahamkan, kanak-kanak berkenaan kebiasaannya dihantar ke rumah pengasuh selepas pulang dari sekolah ketika ibu bapanya bekerja. Sumber polis berkata, kira-kira jam 10 malam kelmarin, mangsa mengadu sakit ketika membuang air kepada ibunya.

“Ibu kanak-kanak itu pada mulanya tidak menyangka buruk, namun selepas mangsa beberapa kali mengadu sakit, dia dibawa ke sebuah hospital untuk pemeriksaan,” katanya. Menurutnya, selepas menjalani pemeriksaan, doktor mengesahkan kemaluan mangsa bengkak selain ada pendarahan. “Mangsa dipercayai menjadi mangsa rogol dan ibu bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Cheras untuk tindakan lanjut,” katanya. -Metro



.

Kesan (pada badan) makan ubat terlarang untuk gugurkan kandungan


Kesan (pada badan) makan ubat terlarang untuk gugurkan kandungan | Pecah rahim, sakit pinggul serta pendarahan teruk pada kemaluan antara risiko ditanggung individu yang sanggup membeli ubat terlarang untuk menggugurkan kandungan di sebuah premis di Bandar Permaisuri, Setiu yang beroperasi sejak setahun lalu. Premis yang berselindung di sebalik jualan pakaian dan aksesori itu sebelum ini menjadi buruan golongan tertentu untuk menggugurkan kandungan secara haram bagi menutup keaiban diri. Bagaimanapun, kelicikan tauke wanita terbabit untuk mengaut keuntungan mudah dengan menjual ‘ubat gugur’ itu tidak bertahan lama selepas anggota Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) berjaya menghidu penjualan bahan terlarang itu Ahad lalu.

Pengarah JKNT Datuk Dr Anwa Sulaiman berkata, hasil risikan pihaknya berjaya menahan wanita berkenaan dan merampas baki ‘ubat gugur’ bernilai kira-kira RM1,000. “Berdasarkan bukti pembelian dijumpai, aktiviti wanita ini didapati beroperasi sejak setahun lalu dan berjaya memperoleh keuntungan berlipat ganda daripada jualan ‘ubat gugur’. “Wanita berkenaan mendapat ‘ubat gugur’ daripada pembekal dengan harga sekitar RM8 hingga RM10 sebiji dan menjualnya kepada pelanggan dengan harga sekitar RM50 sebiji.-Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!