Sunday, August 24, 2014

[Gambar] Gunung Berapi Bardarbunga mula meletus


[Gambar] Gunung Berapi Bardarbunga mula meletus | Iceland mengeluarkan amaran keselamatan ke atas gunung berapi Bardarbunga kepada tahap merah, semalam dengan melarang sebarang penerbangan daripada menggunakan laluan udara di kawasan tersebut selepas mengesan letusan kecil di situ.


"Terdapat letusan berterusan dari bawah permukaan glasier, kemungkinan satu letusan kecil yang tidak mampu mencairkan litupan ais itu," kata pegawai pejabat meteorologi, Theodor Hervasson. Gunung berapi Bardarbunga merupakan sebahagian sistem gunung berapi tersembunyi di bawah glasier Vatnajokull setebal 500 meter di tengah Iceland. - AFP



.

Kejadian tebusan jadi insiden memalukan


Kejadian tebusan jadi insiden memalukan | Keadaan panik ketika Gong Tseng, 30, menjadikan sepupunya Cui Meng, 29, sebagai tebusan dengan pisau di leher bertukar menjadi insiden memalukan kepada dirinya apabila penonton menjerit menyuruhnya bunuh diri selepas dia melepaskan tebusan dan meletakkan pisau dileher sendiri. Menurut Mail Online, Tseng menjadikan Meng tebusan selepas berlaku pertikaian keluarga di bandar Chongqing, di selatan China. Selepas dua jam, polis berjaya memujuknya melepaskan mangsa.

Namun, tindakan Tseng mengalihkan pisau ke lehernya sendiri mengundang ejekan daripada orang ramai yang mengatakan mereka telah penat menunggu dan hanya mahu melihat drama itu berakhir. Difahamkan, Meng dilihat membuat panggilan telefon ketika menjadi tebusan dan dipercayai menelefon datuknya untuk membantu memujuk Tseng melepaskan dirinya. Tseng akhirnya mengalah dan meletakkan senjata sebelum ditahan pihak polis.-AP



.

TAK SUKA TAK APA - QASEH QAISARA




TAK SUKA TAK APA - QASEH QAISARA | Seperti biasa hasil tulisan penulis yang sebenarnya menggunakan beberapa nama samaran untuk novelnya, memang tidak mengecewakan. Jalan cerita yang bersahaja, penggunaan nama watak yang mudah, menjadikan novel ini memang pilihan yang tepat untuk dijadikan antara koleksi novel lulu..

Pada mulanya cara Syed Imran menghulur cinta dan kasih memang agak pelik pada Nad. Tiba-tiba saja mengaku jadi kekasih Nad sedangkan Nad sama sekali tak kenal dengan Syed Imran. Dengan reaksi dingin Nad, nampaknya langsung tak membuatkan Syed Imran putus asa. Malahan dia semakin nekad dengan perasaannya. Pada Syed Imran sekali dia jatuh cinta, dia akan tetap mengekalkan perasaan indah tu selamanya dan akan pastikan Nad akan turut melagukan cinta yang sama dengannya.

Namun ketika Syed Imran nak berputus asa, tiba-tiba saja Nad senyum padanya. Semata-mata kerana Nad ternampak Syed Imran pergi surau. Dari situ Nad sedar bahawa Syed Imran seorang lelaki yang bertanggungjawab dan wajar diberi peluang. Namun, perjalanan cinta yang indah dan mulai bersemi itu bukannya mudah. Halangan dari Umi Syed Imran, Puan Salmah dan Syarifah Khadeja memang benar-benar menguji hubungan mereka. Nad nekad meninggalkan Syed Imran ketika usia perkahwinan mereka masih mentah, dan ianya merupakan cabaran terbesar buat Syed Imran.

Selama 6 tahun mereka berpisah, namun hati tetap setia pada yang satu. Pada satu hari, Syed terpaku menemui Nad dan kehadiran kanak-kanak kecil berusia 6 tahun menjadikan dia nekad ingin tahu punca Nad meninggalkannya..




Tajuk : Tak Suka Tak Apa
Penulis : Qaseh Qaisara
Halaman : 534 muka surat
Harga : RM21/RM24




P/S - Fully Recommended By Lulu Caldina




.

Kabel kereta api Bukit Bendera disambar kilat



Kabel kereta api Bukit Bendera disambar kilat | Dua gerabak kereta api pengangkut penumpang di Bukit Bendera, di sini, gagal berfungsi, 7.30 pagi semalam. Dalam kejadian itu, gerabak kereta api dari dua arah itu tidak dapat bergerak. Menurut jurucakap Perbadanan Bukit Bendera, kejadian itu berpunca daripada kilat yang menyambar kabel gerabak berkenaan ketika hujan lebat semalam. Operasi keretapi berjalan seperti biasa selepas kabel itu diperbaiki pada jam 9 pagi. "Tiada penumpang ketika kejadian dan tiada pengunjung ldatang untuk menaiki bukit bendera," katanya. -Metro



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!