Monday, August 25, 2014

Penulis novel saman bekas pembantu kerana fitnah dan jatuhkan maruahnya di Facebook



Penulis novel saman bekas pembantu kerana fitnah dan jatuhkan maruahnya di Facebook | Kes saman seorang penulis novel, Siti Rosmizah Semail terhadap bekas pembantu peribadinya, Asmaliyana Ahmad atas dakwaan memfitnah dan menjatuhkan maruahnya di laman sosial Facebook sehingga penjualan bukunya terjejas, akan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi KL pada 29 September ini. Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar keterangan Siti Rosmizah pada prosiding taksiran ganti rugi untuk menentukan berapakah jumlah yang layak diberikan kepadanya setelah pihaknya memasukkan penghakiman ingkar terhadap Asmaliyana.

Penghakiman ingkar bertarikh 4 Ogos dimasukkan oleh peguam Reza Rafie yang mewakili Siti Rosmizah setelah Asmaliyana gagal memasukkan kehadiran sama ada secara kendiri atau melalui peguamcaranya. Siti Rosmizah selaku pihak plaintif memfailkan saman itu pada 18 Disember 2013, setelah mendakwa Asmaliyana yang dinamakan sebagai pihak defendan, sebanyak sembilan kali antara 21 April dan 24 Julai 2013 telah menggunakan aplikasi laman sosial www.facebook.com yang memfitnahnya. - Utusan




.

Inilah penjelasan sebenar mengenai kejadian pasangan pengantin yang dikatakan bergambar bogel dikhalayak ramai



Inilah penjelasan sebenar mengenai kejadian pasangan pengantin yang dikatakan bergambar bogel dikhalayak ramai | Gambar separuh bogel pasangan pengantin yang dikatakan bergambar di hadapan sebuah bank Jalan Sultan Yussuf kini mula tersebar dan menjadi tarikan di laman sosial. Gambar tersebut menunjukkan pengantin wanita itu hanya memakai pakaian dalam dan vel pengantin, manakala pasangan lelaki tidak berbaju dan hanya memakai 'bow tie' serta seluar panjang bewarna hitam. Tidak dijelaskan bila penggambaran itu dibuat, namun gambar tersebut berada di laman sosial sejak Isnin. Pasangan pengantin itu kelihatan tidak segan walaupun ada pengguna jalan itu mengambil gambar mereka.

Bagaimana pun, pengurus besar galeri perkahwinan yang hanya mahu dikenali sebagai Koo berkata, pasangan tersebut merupakan model dan hanya menjalankan penggambaran, bukan untuk berkahwin. Koo yang menguruskan penggambaran itu berkata, jurugambar biasanya lebih 'kreatif' dan amat terkejut dengan maklum balas di laman sosial. Katanya, dia sudah mengambil kira dari segi aspek undang-undang dan yakin ia bukan satu kesalahan.

"Orang ramai terlalu 'berlebih-lebih' kerana mereka tidak pernah melihat wanita yang memakai bikini berjalan di tengah jalan sebelum ini. "Mereka ada hak untuk mengadu," jelas Koo sambil memberitahu sudah menjadi jurugambar profesional lebih 20 tahun. "Saya memilih lokasi ini kerana amat bersesuaian dengan tema dan konsep," tambahnya. Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihak belum menerima sebarang laporan, namun akan menyiasat perkara tersebut. -Mstar



.

Kopi dengan harga RM221 secawan ini dari najis gajah



Kopi dengan harga RM221 secawan ini dari najis gajah | Orang ramai yang ingin menikmati keenakan kopi yang menggunakan biji-biji kopi daripada najis gajah perlu membayar pada harga AS$70 (RM221) secawan. Pengasas kopi jenama Black Ivory itu, Blake Dinkin, 44, berkata, dia telah menemui kaedah terbaik untuk menghasilkan kopi paling enak secara semula jadi menggunakan gajah-gajah yang dipelihara di kawasan Tiga Segi Emas Thailand di Chiang Rai. "Kaedah ini dapat mengurangkan manis kopi selain mengekalkan rasanya. Saya inginkan pengguna menikmati rasa kopi yang sebenar, tidak pahit serta ada aroma bunga dan coklat.

 "Gajah itu membantu membuangkan rasa manis dalam biji kopi secara semula jadi," kata Dinkin sambil memberitahu, biji kopi berkenaan hanya boleh didapati di hotel-hotel mewah di seluruh Asia dan negara timur tengah. Kopi tersebut bagaimanapun tidak dapat menandingi kopi luwak yang dihasilkan menerusi najis musang di Indonesia kerana berharga AS$100 (RM316) secawan. - Agensi




.

Kehamilan luar rahim paling pelik di dunia



Kehamilan luar rahim paling pelik di dunia | Seorang wanita di India di dapati mengalami kehamilan di luar rahim paling lama di dunia dan sekumpulan doktor terpaksa melakukan pembedahan ke atasnya bagi mengeluarkan sejumlah tulang rangka seorang bayi yang telah berada di dalam kandungannya sejak empat dekad lalu. Akhbar Daily Mail melaporkan Kantabai Thakre, 60, didapati mengandung ketika berumur 24 tahun pada 1978. Pada ketika itu beberapa doktor telah memberi amaran bahawa kandungannya mempunyai peluang tipis untuk terus hidup, selepas dia didapati berada di luar rahim.

 Kerana dan takut menjalani pembedahan dia melarikan diri dari hospital dn mencari rawatan alternatif untuk merawat 'penyakit' yang dialaminya itu di sebuah klinik kecil. Beberapa bulan kemudian apabila kesakitannya semakin reda, Thakre yakin 'penyakit' yang dialaminya itu telah sembuh. Bagaimanapun 36 tahun kemudian, Thankre mula berasa kesakitan yang berterusan di bahagian perutnya. Dia kemudian pergi berjumpa beberapa doktor di Institut Sains Perubatan di NKP Salve di pusat bandar India, Nagpur.


Beberapa doktor mendapati terdapat ketulan di sebelah kanan perut wanita tersebut dan satu proses sonografi dan imbasan tomografi berkomputer (CT) dilakukan dan menemui sejumlah tulang di dalam perutnya. Ketua pakar bedah di institut itu, Dr. Murtaza Akhtar berkata, wanita itu merungut mengalami kesakitan yang berterusan di bahagian perutnya dan menghadapi masalah untuk membuang air, diikuti mengalami demam panas yang teruk.

"Selepas membuat pemeriksaan kami menemui ketumbuhan di bahagian kanan perutnya tapi kami bimbang ia adalah barah. "Selepas menjalani proses imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) dan CT , hasil pemeriksaan itu mendapati ia merupakan sejumlah tulang matang di dalam perut wanita berkenaan," katanya. Pakar Bedah, Dr. Mohammad Yunus Shah berkata, beliau percaya kejadian itu merupakan kes kehamilan luar rahim paling lama direkodkan selama 46 tahun berbanding satu kes sebelum ini selama 18 tahun di Belgium. -AP



.

Kejam! Penemuan mengejutkan janin berusia 5 bulan yang digugur dan ditanam oleh ibunya sendiri



Kejam! Penemuan mengejutkan janin berusia 5 bulan yang digugur dan ditanam oleh ibunya sendiri | Seorang ibu tergamak menggugurkan kandungan berusia lima bulan dan menanam janin itu di kebun sayur berhampiran rumahnya di Pangsapuri Julia Kampung Bendahara Selayang, di sini, selain merahsiakannya selama dua minggu. Wanita berusia 24 tahun itu mengaku memakan ubat dibeli di sebuah klinik di sekitar Selayang untuk menggugurkan kandungannya dengan alasan tidak mahu anak dikandung dijangkiti penyakit batuk kering.

 Bagaimanapun perbuatan kejinya terbongkar selepas disiasat polis berikutan laporan dibuat abang wanita itu, kelmarin. Menurut sumber, laporan polis itu sebenarnya menjurus kepada kes wanita itu dipukul dan dikurung suaminya di dalam rumah. “Hasil soal siasat membawa kepada maklumat mengejutkan sebelum polis menemui janin yang ditanam di kebun pisang berhampiran rumah suspek,” katanya.-Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!