Tuesday, August 26, 2014

Lelaki ini miliki koleksi yang agak pelik



Lelaki ini miliki koleksi yang agak pelik  | Seorang lelaki dari Lafayette di sini telah mengumpul kuku kaki dan jarinya yang dipotong sejak Februari 1978 dan menyimpannya dalam sebuah balang kaca sebagai koleksi kesayangan, lapor portal The Huffington Post, baru-baru ini. Lelaki itu, Richard Gibson, 58, yang juga seorang pelabur minyak pada mulanya hanya menyimpan kukunya yang dipotong dalam kotak rawatan kuku dan tidak membuang ke dalam tong sampah seperti orang lain.


"Saya mula menyimpannya sedikit demi sedikit untuk melihat berapa lama masa yang diambil untuk ia memenuhi kotak," katanya yang mengambil masa selama dua tahun mengumpul kuku dalam kotak rawatan kuku sebelum memindahkannya dalam balang kaca. Menurut Gibson, bekas isterinya selalu memaksanya menyembunyikan balang kaca itu di tempat lain jika ada tetamu datang ke rumahnya. Koleksi kuku milik Gibson pernah disiarkan dalam rancangan popular Ripley's Believe It Or Not yang menghimpunkan lebih 70,000 fakta pelik lain melibatkan individu seluruh dunia. – AGENSI





.

Gambar kemalangan membabitkan bas ekspres rempuh lori di Lebuhraya Utara-Selatan



Gambar kemalangan membabitkan bas ekspres rempuh lori di Lebuhraya Utara-Selatan | Seorang pemandu bas ekspres maut manakala 10 penumpang cedera ringan apabila kenderaan itu merempuh belakang sebuah lori di Kilometer 304.1 Lebuhraya Utara-Selatan menghala utara di sini hari ini. Dalam kejadian 5.55 pagi tadi, mangsa Mansor Shaari, 54, berasal dari Alor Setar, Kedah meninggal dunia di tempat kejadian manakala 10 penumpang lain termasuk pemandu kedua bas itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata bas yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh itu hilang kawalan lalu merempuh belakang lori jenis Hino Profia yang membawa muatan seramik. “Lori itu bergerak di lorong kiri jalan dan pada masa kejadian, keadaan jalan yang bersekolah itu licin kerana hujan,” katanya ketika dihubungi hari ini. - Bernama




.

Niat murni wanita ini wajar dapat pujian



Niat murni wanita ini wajar dapat pujian | Selepas menyimpan rambutnya selama 15 tahun, seorang wanita di sini kini mencari pembeli untuk membeli rambutnya yang sepanjang dua meter dengan niat untuk mendermakan wang berkenaan kepada sebuah sekolah menengah di Ningxia. Wanita berkenaan yang hanya dikenali sebagai Xiao, berkata dia mengambil keputusan menjual rambutnya menerusi Internet selepas mengetahu mengenai keadaan persekitaran persekolahan yang teruk di Ningxia.

Tarikh untuk membidanya berakhir hari ini dan sehingga semalam bidaan tertinggi mencecah 10,000 yuan (RM5,100). Menurut Xiao, dia menerima tawaran sebanyak RM10,300 untuk rambutnya sembilan tahun lalu. Ketika itu, rambutnya hanya panjang hingga ke betis. “Saya mula memelihara rambut ketika belajar di universiti,” katanya. - Agensi




.

Wanita ini dakwa ada bukti seorang ketua pramugara MAS lakukan serangan seksual terhadapnya



Wanita ini dakwa seorang ketua pramugara MAS lakukan serangan seksual terhadapnya | Seorang ketua pramugara syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) didakwa meraba seorang wanita Australia ketika dalam penerbangan ke Perancis, dan pramugara itu kemudian merayu kepada penumpang wanita itu supaya tidak melaporkan kejadian itu. Kejadian itu didedahkan oleh wanita terbabit, Laura Bushney kepada media Australia. Wanita berasal dari Perth itu mendakwa dia tergamam ketika pramugara itu merabanya dengan berpura-pura menyatakan dia melakukan perbuatan itu untuk menenangkan wanita itu yang ketakutan menaiki pesawat berkenaan ekoran beberapa insiden yang membabitkan pesawat syarikat penerbangan itu sejak akhir-akhir ini.

Awal bulan ini, MAS mengeluarkan kenyataan mengakui seorang anak kapalnya telah ditahan di Perancis atas dakwaan serangan seksual itu yang didakwa berlaku pada 4 Ogos lalu. Bushney memberitahu stesen televisyen Channel Seven, tiga jam selepas pesawat MAS yang dinaikinya berlepas dari Kuala Lumpur ke Paris, pramugara itu duduk disebelahnya dan pramugara itu mula mengurut kaki wanita itu. Wanita berusia 26 tahun itu mendakwa pramugara itu mula merabanya, dengan mengambil kesempatan atas kelemahan dirinya yang sedang ketakutan. "Saya terfikir kenapa saya tidak menjerit? Mengapa saya tidak menghentikan perbuatannya? Saya seorang yang kuat kerana saya boleh melakukannya, saya tahu saya boleh melakukannya.


"Ketika saya berdepan keadaan itu, saya tidak mampu (tidak mampu menjerit). Saya berasa takut, tergamam,'' kata wanita itu. Bagaimanapun Bushney merekodkan sebahagian kejadian itu dengan merakamkannya melalui telefon mudah alih miliknya yang dibalut dengan selendang di sebelah bantalnya. Dalam rakaman tersebut yang disiarkan melalui Channel Seven, wanita itu boleh dengar bisikan pramugara tentang apa yang dilakukan kepadanya. "Dia mengurut kaki saya,'' dakwa Bushney, dan wanita itu didengar memberitahu pramugara itu: "Saya sangat takut, saya mahu turun dari pesawat ini."


Bushney dilaporkan duduk di kerusi di barisan 81 yang dikosongkan kecuali seorang lelaki yang duduk agak jauh daripadanya di dalam pesawat berkenaan. Selepas kejadian itu, Bushney mengadu kejadian itu kepada seorang penumpang, Sophie Lachance, yang duduk di kerusi di bahagian hadapannya. "Seseorang menyentuh lengan saya... dan apabila saya bangun dan melihat air matanya bercucuran dan dia teresak-esak, betul-betul sedih," ujar Lachance kepada Channel Seven. "Dia (Bushney) memberitahu saya lelaki itu melakukan sesuatu kepadanya,'' kata Lachance. Dalam rakaman tersebut, pramugara itu dilihat kembali ke tempat duduk Bushney dan merayu kepada Bushney dengan menyatakan perbuatannya itu berniat baik. - AFP





.

Cara Prosedur Operasi Standard (SOP) mengurus jenazah tragedi MH17


Cara Prosedur Operasi Standard (SOP) mengurus jenazah tragedi MH17 | Sekurang-kurangnya enam lagi jenazah rakyat Malaysia mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 dijangka dibawa keluar dari Pusat Perubatan Tentera di Hilversum, dalam tempoh 48 jam bermula Isnin, untuk pengurusan jenazah dan penghantaran pulang. Menurut sumber, enam jenazah itu telah dikenal pasti sebagai rakyat Malaysia selepas menjalani Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti identifikasi dana utopsi baru-baru ini. "Kebiasaannya, rumah mayat yang telah dilantik akan dipanggil pihak berkuasa Pusat Perubatan Tentera bagi membawa keluar mana-mana jenazah untuk urusan pengurusan jenazah mengikut agama masing-masing," katanya kepada Bernama dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Beliau berkata pihaknya berharap kesemua enam jenazah itu dapat diuruskan dan dibawa balik ke tanah air dalam minggu ini. SOP menetapkan sebaik sahaja jenazah dikenal pasti sebagai milik sesebuah negara sewaktu proses pengecaman dan identiti mangsa di Kem Perubatan Tentera Hilversum, jenazah berkenaan kemudian perlu melalui lima proses penting. Ia melibatkan proses mendapatkan sijil kematian, sijil perubatan, laporan bencana, permit kebenaran penghantaran jenazah dan surat persetujuan pegawai pendakwa raya Belanda bagi jenazah dikebumi atau dibakar.

Selepas selesai proses itu, jenazah kemudian dipindahkan ke rumah mayat Monuta Innemee, S-Gravenhage di sini, kira-kira 90 kilometer dari Hilversum untuk menjalani urusan pengurusan jenazah mengikut agama masing-masing. Dalam pada itu, tinjauan Bernama di rumah mayat itu mendapati ada anggota keluarga satu daripada jenazah itu yang hadir untuk berbincang mengenai upacara pengurusan jenazah. Keluarga itu yang hadir dengan wakil MAS pada kira-kira 11 pagi kelihatan tenang dan bertanyakan beberapa soalan mengenai proses perjalanan upacara dengan pegawai rumah mayat itu sebelum beredar sejam kemudian.

Kumpulan pertama 20 jenazah yang melibatkan 11 penumpang dan sembilan anak kapal dibawa pulang ke tanah air dari Amsterdam dengan sebuah pesawat khas pada Jumaat lepas disusuli kumpulan kedua dengan tiga jenazah pada Ahad. Penerbangan MH17, yang membawa 289 penumpang termasuk 15 anak kapal, ditembak jatuh di Donetsk, timur Ukraine ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai lepas.-Mstar




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!