Wednesday, August 27, 2014

MH17: Proses kenal pasti baki mayat masuk fasa mencabar



MH17: Proses kenal pasti baki mayat masuk fasa mencabar | Proses mengenal pasti identiti baki mayat warga Malaysia yang terkorban dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 kini memasuki fasa sukar dan mencabar. Anggota Lembaga Pengenalpastian Identiti Mangsa MH17 Datuk Dr Zahari Noh berkata, kes itu semakin rumit kerana pakar forensik kini hanya boleh bergantung kepada DNA sahaja yang prosesnya mengambil masa panjang. ``Kini di fasa DNA, proses semakin lebih terperinci. Jika wujud padanan cap jari atau DNA, kes boleh diteruskan untuk pengesahan identiti. ``Ia ambil masa lama, boleh juga sekejap. Ada kes terpaksa dikaji semula. Ada yang (ambil masa) satu hari sahaja sudah selesai proses identifikasinya.

``Pakar kini tidak boleh lagi bergantung kepada padanan seperti cap jari tangan atau gigi seperti pengecaman dan identifikasi jenazah lain sebelum ini,'' katanya di sini. Beliau yang juga Ketua Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang berkata demikian dalam temu bual bersama Bernama dan Radio Televisyen Malaysia (RTM). Pakar forensik itu adalah satu-satunya wakil Malaysia dalam Lembaga Pengenalpastian Identiti Mangsa MH17 yang ditempatkan di Pusat Perubatan Tentera di Hilversum dekat sini.

Dr Zahari menjelaskan dalam menentukan identiti jenazah, ia perlu melalui proses seperti pengumpulan anggota badan, bedah siasat dan rekonsiliasi (yang melibatkan gabungan pengumpulan anggota badan dan bedah siasat menggunakan teknik padanan cap jari, DNA serta patologi). Katanya selesai sahaja proses tersebut, mana-mana kes yang telah dikenal pasti identiti jenazah itu akan dibentangkan ke lembaga. Jelasnya, antara tugasnya adalah meneliti setiap kes yang dibentangkan dalam mesyuarat yang diadakan tiga kali seminggu; Isnin, Rabu dan Jumaat untuk tujuan pengenalpastian dan pengesahan identiti. - Bernama





.

Ibu maut tayar motosikal pecah dalam satu kejadian di Alor Gajah



Ibu maut tayar motosikal pecah dalam satu kejadian di Alor Gajah | Seorang wanita terbunuh selepas motosikal dibonceng terbabas akibat tayar belakang pecah di Lendu, di sini, pagi ini. Dalam kejadian kira-kira jam 7.50 pagi, mangsa Sazuha Shamsuddin, 48, mati di tempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala dan anggota badan. Kemalangan dipercayai berlaku selepas motosikal ditunggang anak lelakinya, Haikal Abd Hamid, 18, hilang kawalan selepas tayar belakangnya pancit lalu terbabas ke kiri jalan dan melanggar tiang elektrik. Anak lelaki mangsa bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan. Pemangku Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintenden Abdul Rahman Jid mengesahkan kejadian dan berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat. -Metro




.

Gambar banjir kilat dibeberapa kawasan terutama Kota Kinabalu dan Penampang akibat hujan lebat



Gambar banjir kilat dibeberapa kawasan terutama Kota Kinabalu dan Penampang akibat hujan lebat | Hujan lebat lebih dua jam sekitar bandar raya ini dan Penampang, mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan sekali gus menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk. Dalam kejadian bermula sekitar jam 3 petang tadi, beberapa jalan utama di ibu negeri tidak dapat dilalui akibat digenangi banjir, selain disebabkan pokok tumbang.


Antara jalan digenangi banjir kilat ialah Jalan Sulaman di hadapan 1Borneo, Jalan Lok Kawi dan Jalan Kolombong, selain pokok tumbang dilaporkan di Jalan Tuaran berhampiran Likas. Setakat ini, bomba tidak menerima laporan berkaitan sebarang kecederaan, namun beberapa kenderaan mengalami kerosakan akibat terkandas ketika melalui jalan yang digenangi banjir kilat. -BH




.

[Gambar] Rakyat Gaza meraihkan kemenangan untuk gencatan senjata jangka panjang


[Gambar] Rakyat Gaza meraihkan kemenangan untuk gencatan senjata jangka panjang | "Semua rakyat Gaza berada jalan raya. Mereka melaungkan takbir dan zikir sempena gencatan senjata jangka panjang yang termeterai antara Hamas dan Israel, petang tadi (malam tadi waktu Malaysia). Begitulah kata penuntut Malaysia yang belajar di Universiti Islam Gaza, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman. "Rata-rata rakyat Gaza turun ke jalan raya dan berhimpun beramai-ramai sambil mengalunkan takbir serta munajat kepada Tuhan. "Ada di antara rakyat Gaza yang menitiskan air mata sambil bersujud terhadap gencatan senjata berkenaan. Takbir saling bersahutan sejak lewat petang tadi sebagai tanda kesyukuran.


"Saya juga bersama-sama dengan rakyat Gaza turun di jalanan berhimpun sambil memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan. "Biarpun peperangan kali ini mengorbankan ribuan nyawa, namun kejayaannya begitu manis kerana Israel akur dengan syarat yang diletakkan Hamas. Itu yang paling utama," katanya awal pagi tadi. Mengikut maklumat oleh beberapa agensi berita antarabangsa, Israel akhirnya mengalah dalam peperangan dan memberikan persetujuan `gencatan senjata tanpa had' yang sekali gus menamatkan peperangan tujuh minggu di Gaza.


Pegawai kanan Israel memberitahu: "Kami sudah menerima cadangan yang diusahakan oleh Mesir, termasuk menamatkan peperangan ini." Mesir dalam satu kenyataan di Kaherah mendakwa antara dipersetujui adalah membuka sempadan antara Israel dan Gaza untuk membawa masuk bantuan kemanusiaan dan bahan binaan. Difahamkan, kedua-dua pihak iaitu Hamas dan Israel akan kembali ke meja rundingan sebulan selepas ini. -AP




.

Sah ke nikah berwalikan bapa tidak solat?


Setahu saya syarat seorang wali mestilah adil iaitu tidak fasiq. Waktu bernikah empat tahun lalu, ayah saya yang menjadi wali dan diwakilkan kepada imam. Saya dan keluarga tahu ayah tidak solat dan puasa. Malah, sewaktu akad nikah dijalankan di masjid, ayah tidak hadir sebab dia sudah wakilkan kepada imam berkenaan. Namun, ketika akad nikah dijalankan, saya tidak dengar pun mereka yang hadir beristighfar. Sah atau tidak pernikahan saya itu? Sekarang saya sudah ada dua anak dan adakah selama ini dikira berzina? Muslimah, Kuala Lumpur 

Syarat wali dalam pernikahan ialah beragama Islam, lelaki, baligh, dengan kerelaan sendiri dan bukan dipaksa, tidak berihram haji atau umrah, tidak fasiq dan sempurna akal. Menurut Ibnu Rushd (III: 48), daripada syarat itu ulama bersepakat dengan tiga syarat utama iaitu Islam, baligh dan lelaki. Manakala syarat lain terutama wali daripada kalangan hamba, orang fasiq dan orang bodoh berlaku perselisihan. Secara umumnya tidak mendirikan solat fardu atau meninggalkan suruhan Allah yang lain termasuk dalam perbuatan fasiq. Dengan itu, bapa sebagai wali hendaklah kembali taat kepada Allah dan bertaubat untuk menjadi wali.

Pada kebiasaan, pendaftar nikah hendaklah menasihati setiap wali beristighfar dengan memohon keampunan Allah atas kelalaian mereka. Adalah penting untuk memberi keinsafan kepada ahli keluarga terutama bapa sendiri mengenai kewajipan mendirikan solat. Ini untuk kebaikan diri dan keluarga di dunia dan akhirat. Memandangkan bapa sudah mewakilkan wali kepada imam, pernikahan berkenaan adalah sah dan tidak perlu ada keraguan lagi. Lebih-lebih lagi apabila bapa sudah insaf dan bertaubat pada hari berkenaan. Syarat wali tak fasiq pula berlaku perselisihan ulama.


Dr. Salam




.

Semua pun nak share kat facebook, kan dah kantoi..


Semua pun nak share kat facebook, kan dah kantoi.. | Mereka boleh diiktiraf sebagai pencuri paling bodoh selepas memuatnaikkan gambar mereka bersama-sama wang berjumlah 120,000 yuan (RM62,000) yang mereka curi dari sebuah kereta di Jiaxing, bandar di wilayah Zhejiang. Kedua-dua pencuri itu, Li, 22 dari Hubei dan Wang, 23, dari Juangsu, bercita-cita menjadi kaya dalam sekelip mata. Mereka bersama-sama memecah masuk sebuah kereta diletakkan di luar pusat beli-belah di Jiaxing dan nasib mereka baik apabila menemui wang tunai 120,000 yuan di dalamnya.

Kedua-dua sahabat itu kemudian ke sebuah hotel. Sementara Li baring di atas katil bersama-sama duit itu, Wang merakam gambarnya. Li memuat naik gambar berkenaan ke Internet dengan kapsyen : “Peroleh wang ini dalam masa singkat.” Polis mengesan sumber gambar itu dan menahan mereka atas tuduhan mencuri. - Agensi




.

Manchester United CIpta 'Sejarah' Baru, Kali Ini Dimalukan Kelab Divisyen 3



Manchester United CIpta 'Sejarah' Baru, Kali Ini Dimalukan Kelab Divisyen 3 | MANCHESTER United membuat kejutan di pentas Piala Liga pusingan kedua apabila pasukan di bawah bimbingan Louis van Gaal dimalukan oleh kelab MK Dons dengan keputusan 0-4. Bermain di tempat MK Dons di Stadium MK di Milton Keynes, utara London pada awal pagi Rabu, Manchester United sebenarnya tampil mendominasi pada awal babak pertanan. Tekanan demi tekanan mereka melancarkan serangan kepada pertahanan pasukan lawan.


Bagaimanapun, MK Dons sedikit demi sedikit mampu keluar dari tekanan untuk membalas serangan. Hasilnya, pada minit ke-25, William Grigg memberikan jaringan pembukaan sebagai tuan rumah pada minit ke-25. Manchester United cuba untuk bangkit dan menerusi peluang keemasan yang diperoleh Danny Welbeck pada minit ke-60, tetapi tendangannya tersasar dari sasaran. MK Dons dapat memanfaatkan kelengahan Red Devil untuk begitu asyik melancarkan serangan.


Pada minit ke63, MK Dons mengutip jaringan kedua menerusi aksi Grigg sekali lagi. Memasuki minit ke-70, pasukan tuan rumah terus mendahului dengan mata 3-0. Jaringan ketiga buat MK Dons dilakukan oleh Benik Afobe. Manchester United berusaha untuk mengejar mata dari terus ketinggalan dengan baki masa yang ada. Malangnya, usaha mereka tidak mencapai sasaran. Sebaliknya, MK Dons terus menutup perlawanan dengan empat mata menerusi jaringan keempat yang dibuat oleh Afobe pada minit ke-84. -AP



.

Lelaki dedah punca dia jadi mangsa dera ibu sendiri



Lelaki dedah punca dia jadi mangsa dera ibu sendiri | “Saya tak tahu apa salah saya sehingga emak begitu membenci dan membuang saya sejak kecil hingga sekarang biarpun saya sudah berjaya menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi.” Demikian keluhan pemuda malang mahu dikenali sebagai Razman, 20, yang pernah mengalami pengalaman pahit didera ibu sendiri ketika kecil hanya kerana rupa parasnya seiras bapanya. Menurutnya, selepas ibu bapanya bercerai ketika dia berusia tujuh tahun dia tinggal bersama ibu dan ketika itu bermula episod hitam di dalam hidupnya apabila ibunya selalu memukulnya biarpun hanya melakukan kesalahan kecil.

“Saya dilabel ibu sebagai anak sial dan dia sering meluahkan sesalan kerana tidak membunuh saya ketika saya masih bayi. Kadangkala, saya tak buat salahpun ibu akan rotan saya,” katanya. Razman berkata, malah sehingga kini ibunya masih tidak mahu mengaku diirinya sebagai anak dan akan menghalaunya setiap kali dia menziarahi wanita itu. -Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!