Thursday, August 28, 2014

Kewujudan permainan video di internet yang menyindir tragedi MH17


Kewujudan permainan video di internet yang menyindir tragedi MH17 | Sebuah permainan video di Internet yang langsung tidak mempedulikan nasib tragis mangsa MH17, telah ditarik keluar oleh seorang penggodam kerana mendapati ia keterlaluan. Permainan yang bertajuk "Euro BUK Simulator 2014" itu memerlukan para pemain menembak jatuh pesawat komersial, termasuk satu pesawat yang mempunyai logo MAS, dan terdapat pelancar peluru di darat, kemudiannya mengumpulkan pasport milik mangsa bagi mendapatkan mata. Laman 'hosting' bagi permainan itu kini menunjukkan satu mesej dalam bahasa Belanda yang ditinggalkan oleh penggodam dengan skrin kosong warna hitam dan berkata, "Terdapat batasan untuk kebebasan Internet. Kebebasan Internet adalah baik, tetapi perlu menghormati.

 "Tidak menghormati mereka yang terlibat (dalam nahas), saya memutuskan untuk menutupnya," kata pesanan itu. Permainan itu dikritik oleh website Belgium VKMag tiga hari lalu apabila ia menyindir tragedi yang mengorbankan 298 orang. Imej skrin bagi permainan itu turut disiarkan di laman web tersebut. Wajah Presiden Rusia, Vladimir Putin terpampang pada logo permainan itu, dan VKMag percaya permainan itu dicipta oleh seorang warga Belgium berdasarkan Protokol Internet (IP) dan nama domain. Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 ditembak jatuh di Ukraine, kira-kira 50 kilometer dari sempadan Rusia pada 17 Julai lalu dalam penerbangannya dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Kesemua 298 orang dalam pesawat itu termausk 43 rakyat Malaysia terbunuh.




.

Pengarah veteran Jamil Sulong koma akibat strok



Pengarah veteran Jamil Sulong koma akibat strok | Pengarah veteran Datuk Jamil Sulong, 88, dimasukkan ke hospital selepas koma akibat angin ahmar (strok). Anak beliau, Dr Anwardi ketika dihubungi mengesahkan perkara itu tetapi enggan mengulas lanjut. "Ya berita itu betul tapi kami sekeluarga belum bersedia untuk berkongsi apa-apa buat masa ini," katanya. Ketika ini, tiada butiran terperinci mengenai status kesihatan pengarah yang mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan pengarah Rosnani Jamil. Antara filem arahannya adalah Bidasari dan Ranjau Sepanjang Jalan. Manakala lirik lagu-lagu popular yang pernah ditulis adalah Azizah, Tiru Macam Saya dan Tiada Kata Secantik Bahasa. -Metro




.

Kemalangan mendatangkan kecederaan serius dan ngeri, namun dia selamat



Kemalangan mendatangkan kecederaan serius dan ngeri, namun dia selamat | Seorang lelaki masih hidup walaupun kepalanya ditembusi pancang besi yang terjatuh ketika dia mengubah suai rumahnya di wilayah Guangxi baru-baru ini, lapor MailOnline kelmarin. Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ho, 50, tertusuk besi sepanjang lebih setengah meter di bahagian kanan dahi dan menembusi rahang kirinya baru-baru ini. Ketika kejadian, Ho sedang mengubah suai rumahnya apabila tertusuk pancang besi tersebut. Beberapa doktor yang merawat lelaki itu berkata, mereka terkejut melihat mangsa bukan sahaja masih hidup tetapi berada dalam keadaan sedar ketika di bawa ke sebuah hospital di wilayah ini.


Doktor-doktor terpaksa memanggil pasukan bomba untuk memotong sebahagian besi itu sebelum membuat satu pembedahan rumit bagi mengeluarkan objek daripada kepala mangsa. Seorang doktor berkata, Ho bernasib baik kerana besi itu tidak mengenai otak atau organ penting lain yang mungkin boleh menyebabkan mangsa mati. "Keadaan pesakit kini semakin baik dan dia mungkin dibenarkan keluar dari hospital tidak lama lagi," katanya. - Agensi




.

Lelaki terkejut beg mayat abang bergerak ketika mahu siapkan upacara pengebumian



Lelaki terkejut beg mayat abang bergerak ketika mahu siapkan upacara pengebumian  | Seorang lelaki yang datang ke bilik mayat sebuah hospital di sini untuk menyiapkan upacara pengebumian abangnya terkejut melihat beg mayat abangnya bergerak. Valdelucio Goncalves, 54, sebelum ini disahkan mati oleh doktor akibat masalah pernafasan dan organ yang gagal berfungsi. Keluarganya dimaklumkan mengenai kematiannya sebelum mayatnya dihantar ke bilik mayat di sebuah hospital di Salvador, timur laut Brazil.

Dua jam kemudian, adik Goncalves, Walterio dibenarkan masuk ke bilik mayat berkenaan untuk membuat persediaan bagi mengebumikannya. Tetapi ketika dia mendekati beg mayat itu, ia mula bergerak. “Saya memanggil jururawat yang kemudian membuka beg itu dan mendapati abang saya masih hidup,” katanya. - AFP




.

Kemalangan menyayat hati, bayi mati tersepit di pangkuan ibu


Kemalangan menyayat hati, bayi mati tersepit di pangkuan ibu | Seorang bayi lelaki berusia 15 bulan maut selepas tersepit apabila kenderaan yang dinaiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 177, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 6.15 pagi, mangsa, Ariq Syahmi Abdul Karim maut di tempat kejadian selepas kenderaan Nissan Sentra yang dipandu bapanya, Abdul Karim Abu Bakar, 38, hilang kawalan selepas gagal memotong sebuah lori simen sebelum terbabas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kerian Deputi Superintendan Mohd Radzuan Bachik berkata, kenderaan terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbalik ke sebelah kanan jalan sebelum sebuah kenderaan Toyota Hiace milik Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Batu Kurau yang dalam perjalanan menghadiri satu sesi perbicaraan di Kangar, Perlis dikatakan tidak sempat mengelak dan merempuh kenderaan terbabit.

Kemalangan itu menyebabkan bayi berkenaan yang dipercayai berada di pangkuan ibunya, Mimi Suhaila Wahab, 36, maut akibat tersepit di tempat kejadian manakala seorang kakak mangsa, Amirah Sofea, 9, mengalami cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Parit Buntar sebelum dibawa ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut.“Bapa mangsa, Abdul Karim serta seorang lagi kakak mangsa, Nur Faqihah Farahiyah, 10, hanya mengalami kecederaan ringan dan mendapatkan rawatan di Hospital Parit Buntar,” katanya. -Metro




.

Misteri batu nisan berselerakan di tanah perkuburan Islam Kampung Siwak



Misteri batu nisan berselerakan di tanah perkuburan Islam Kampung Siwak | Penduduk Kampung Siwak di sini gempar apabila 10 batu nisan di tanah perkuburan Islam di Jalan Persisiran Pantai di sini dicabut dan dirosakkan oleh individu tidak bertanggungjawab semalam. Lebih menyedihkan, batu nisan yang dicabut itu kemudian dibiarkan berselerakan di atas tanah seperti bara- ngan tidak berguna. Terdapat kira-kira 100 kubur di tanah perkuburan berkenaan.

Ketua Kampung Siwak, Madani Wahed, 64, berkata, kejadian tersebut disedari oleh seorang penduduk yang kebetulan datang menziarahi kubur ahli keluarganya pada pukul 9 pagi. Katanya, penduduk yang terkejut dengan perbuatan tersebut kemudian bergegas pulang semula ke kampung bagi memaklumkan mengenai kejadian itu kepadanya. -Kosmo




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!