Friday, August 29, 2014

Potongan gaji menerusi ANGKASA buat kakitangan awam bakal dihentikan?


Potongan gaji menerusi ANGKASA buat kakitangan awam bakal dihentikan? | Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) membantah cadangan Suruhajaya Koperasi Malaysia (SKM) menghentikan potongan gaji menerusi pinjaman di Bank Rakyat dan Bank Persatuan yang diuruskan ANGKASA diserahkan kepada Koperasi Pegawai-Pegawai Melayu Malaysia Berhad (MOCCIS). Presiden CUEPACS Azih Muda berkata, pemotongan gaji yang diuruskan ANGKASA sejak 1977 membabitkan penjawat awam yang melakukan pinjaman menerusi koperasi dan dua bank berkenaan.

"Jika ANGKASA kehilangan pendapatan sebanyak RM40 juta setahun akibat cadangan ini tetapi hakikat yang meminjam dengan bank berkenaan adalah penjawat awam," katanya selepas Majlis Pelancaran Spekar-Maklumat Perbankan Individu & Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) ANGKASA bersama CUEPACS di sini. Menurutnya, CUEPACS mewakili penjawat awam mengharapkan ANGKASA terus diberi kepercayaan menguruskan potongan gaji daripada pinjaman ini. "Kita mahu pengurus yang mengurus potongan gaji adalah mereka yang nempunyai pengalaman iaitu ANGKASA," katanya.-Metro




.

Alyah mula kongsi gambarnya bersama Datuk Ramli MS di WhatsApp



Alyah mula kongsi gambarnya bersama Datuk Ramli MS di WhatsApp | Walaupun enggan memberikan sebarang kenyataan berhubung pendedahan perkahwinan rahsianya semalam oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), namun tindakan Alyah menggunakan foto dirinya bersama Datuk Ramli MS sebagai gambar profil di aplikasi WhatsApp jelas menunjukkan betapa penyanyi itu begitu selesa untuk berkongsi statusnya sebagai isteri kepada pengarah muzik dan komposer terkenal itu.

Gambar berkenaan memperlihatkan kedua-duanya seperti berada di sebuah bilik tatarias apabila Alyah kelihatan bersolek di depan cermin manakala Ramli pula sedang memperkemaskan butang kotnya. Sebelum insiden 'terjahan' ke kediaman Ramli di Bandar Kinrara, di sini, membabitkan pihak JAIS berlaku pagi semalam, Alyah hanya meletakkan gambar dirinya di aplikasi terbabit.


Penyanyi Kisah Hati dan Tak Mungkin Kerana Sayang itu juga dilihat mengemaskini statusnya di aplikasi berkenaan, sejam lalu. Status yang berbunyi 'Aku Gantungkan Semua Kepadamu' bagai menyampaikan luahan isi hatinya, yang mahu Ramli sendiri memberikan penjelasan berhubung perkahwinan rahsia mereka yang difahamkan berlangsung di Batam, Indonesia tahun lalu. -BH




.

Kisah seorang usahawan muda yang mengagumkan



Kisah seorang usahawan muda yang mengagumkan | Seorang usahawan yang baru berusia 16 tahun di Northamptonshire, memiliki dua perniagaan Internet yang berjaya dan dua buah kereta klasik, namun dia didapati masih tiada lesen memandu kerana terlalu muda. Akhbar Daily Mail melaporkan, Ollie Forsyth yang berasal dari Towcester itu melancarkan dua perniagaan dan berkongsi membeli dua buah kereta klasik bersama bapanya walaupun masih tidak cukup umur untuk memandu. Dua buah kereta antik itu ialah 1967 Triumph dan 1930 Austin Ulster.

Remaja dari Pury End itu menghasilkan 13,000 pound (RM67,750) setahun melalui perniagaan kedai fesyen Internet yang dibukanya pada usia 13 tahun dan membuka cawangan lain tahun lalu yang kini menghasilkan pendapatan sebanyak 2,000 pound (RM10,423.1) setahun. Dia yang mula berjinak-jinak dengan perniagaan setelah membuka kedai teh pada usia enam tahun, mula bersungguh-sungguh untuk berjaya selepas dikesan menghidapi disleksia pada usia empat tahun.

Bagaimanapun, pada suatu hari dia turut berharap dapat memandu kereta antiknya tersebut. "Saya bukan seorang lelaki yang pandai. Saya berbesar hati kerana mula berniaga pada usia muda kerana tahap keyakinan saya kini semakin berkembang dan pada usia muda saya telah memiliki segalanya. "Saya rasa tanpa disleksia, saya tidak akan memulakan satu perniagaan. Penyakit itu membuatkan saya berubah," katanya. Ibu Ollie berkata, anaknya itu sentiasa bersemangat sejak dari kecil lagi dalam bidang perniagaan.

Rakyat Sri Langka gempar dengan kewujudan cahaya aneh di langit



Rakyat Sri Langka gempar dengan kewujudan cahaya aneh di langit | Rakyat Sri Lanka di wilayah Provinsi Tengah-Utara heboh dengan kemunculan cahaya aneh di langit. Cahaya tersebut disyaki berasal dari sesuatu dilangit yang meluncur ke bumi. Pusat Angkasa menyebut kemungkinan cahaya tersebut berasal dari pecahan meteorit. Namun kenyataan tersebut masih belum dapat dipastikan, kerana sehingga kini belum ditemui bukti yang mengarah adanya pecahan meteorit yang dimaksudkan.

Namun jurucakap Pusat Angkasa Sri Lanka menyebut ada kemungkinan meteorit tersebut terbakar habis sehingga tidak tersisa dan sukar ditemui. Namun demikian dengan para penyelidik tidak menemui tanda-tanda bekas terbakar disekitar lokasi kewujudan cahaya aneh tersebut. Menurut saksi di wilayah Anurdhapura, Padaviya, Habarana, dan Hingurakgoda, cahaya aneh itu bergerak dari selatan ke utara. Namun beberapa saat kemudian cahaya tersebut lenyap ketika berada di 3 meter diatas permukaan tanah. -AP




.

Remaja 15 tahun tanggung aib hamil 7 bulan dan lebih malang, ayah kepada anaknya maut dalam kemalangan beberapa bulan yang lalu


Remaja 15 tahun tanggung aib hamil 7 bulan dan lebih malang, ayah kepada anaknya maut dalam kemalangan beberapa bulan yang lalu | Malang berganda! Seorang remaja berusia 15 tahun bukan sahaja terpaksa menanggung aib apabila disahkan mengandung tujuh bulan, malah lebih malang apabila mengetahui ‘ayah’ kepada anak di dalam kandungannya itu sudah meninggal dunia April lalu akibat kemalangan. Remaja yang merupakan pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah di Besut itu disahkan mengandung selepas dihantar ibu bapanya untuk mendapatkan rawatan di klinik kesihatan berhampiran kediaman mereka, Selasa lalu, selepas mengadu sakit perut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, sebelum itu, mangsa sudah mengetahui yang dirinya mengandung, namun mendiamkan diri kerana takut. Menurutnya, mangsa mendakwa berkenalan dengan suspek melalui telefon sebelum membuat keputusan berani untuk bertemu di pantai Air Tawar. “Mangsa mengakui melakukan hubungan seks dengan suspek pada pertemuan pertama iaitu awal tahun ini.

“Bagaimanapun, selepas mengetahui teman lelakinya itu meninggal dunia akibat kemalangan berhampiran Kampung Raja, Besut, April lalu, mangsa bertindak membeli alat ujian mengandung sebulan selepas itu iaitu Mei lalu,” katanya ketika ditemui di pejabatnya. Wan Abd Aziz berkata, hasil ujian menunjukkan mangsa positif mengandung, namun bertindak mendiamkan diri kerana bimbang perkara itu diketahui keluarga.

Bagaimanapun katanya, pada pagi Selasa lalu, mangsa yang mengalami sakit perut telah dihantar ke klinik kesihatan oleh kedua orang tuanya sebelum dikejutkan dengan pengesahan doktor memaklumkan mangsa mengandung tujuh bulan. “Sejurus menerima maklumat itu, pegawai kesihatan bertugas membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja, Besut, kira-kira jam 2.30 petang. “Kes kini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol, namun kita akan membuat beberapa penilaian memandangkan suspek sudah meninggal dunia,” katanya. -SH




.

Lelaki bunuh diri selepas lihat wajah kekasih berbeza dari di Facebook



Lelaki bunuh diri selepas lihat wajah kekasih berbeza dari di Facebook | Lagi kejadian aneh berlaku di China dimana seorang lelaki bernama Mark Anthony Perez bertindak nekad bunuh diri disebabkan sesuatu yang tidak masuk akal. Menjalin hubungan cinta seharusnya menerima kelebihan maupun kekurangan orang tersebut, atau rela menerima apa adanya. Namun kadang-kadang kita sebagai manusia ini mudah tertarik dan tertipu dari rupa fizikal saja, seperti lelaki ini yang tertipu pada gambar cantik seorang wanita. Lelaki tersebut yang ditemukan bunuh diri selepas melihat wajah kekasihnya yang tidak sama dengan apa yang dia lihat di alam maya.

Mark Anthony bercinta dengan seseorang yang dikenalinya melalui facebook. Mark lalu menjalankan hubungan jarak jauh dengan wanita tersebut selama 4 bulan. Mark memang jatuh hati disebabkan melihat wajah kekasihnya yang sangat cantik dan menarik. Setelah menjalinkan hubungan selama 4 bulan itu, Mark akhirnya memutuskan untuk bertemu muka secara langsung dengan kekasih online-nya tersebut. Dan dia ternyata sangat terkejut dengan rupa paras wanita itu, lalu kerana terlalu kecewa, dia bunuh diri. -AP




.

Pekerja kilang menderita selama sejam jari hantu tersepit besi


Pekerja kilang menderita selama sejam jari hantu tersepit besi  | Seorang lelaki yang juga pekerja kilang warga Bangladesh terpaksa menahan kesakitan selama lebih sejam apabila jarinya tersepit besi dalam kejadian di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, semalam.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa yang berusia lingkungan 20-an terbabit dibawa ke HTAR untuk mendapatkan rawatan apabila rakan sekerjanya gagal mengeluarkan besi berkenaan daripada jari hantunya. Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan dari HTAR memaklumkan mengenai kejadian pada jam 6.21 petang sebelum mengejarkan sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Andalas ke hospital berkenaan.

"Dalam operasi yang diketuai Pegawai Bomba Mazlan Kasbon itu terpaksa menggunakan peralatan hidraulik untuk memotong besi berkenaan dan mengambil masa lebih sejam. "Besi itu bagaimanapun berjaya dipotong dan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan kerana dia mengenakan dua lapis sarung tangan ketika jarinya tersepit," katanya. -Metro
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!