Saturday, August 30, 2014

MARGASATWA - SAIDEE NOR AZAM



MARGASATWA - SAIDEE NOR AZAM | Kisah bermula ketika tiga orang penuntut sebuah universiti hilang di hutan Tasik Kenyir. Namun mayat-mayat yang tidak di temui itu menimbulkan tanda tanya ramai pihak termasuklah Ana, kekasih salah seorang daripada pelajar itu, yang nekad membuat usaha mencari kerana percaya kekasihnya masih hidup. Dalam usaha mencari itu, seorang penulis kisah seram juga nekad ingin membongkar kisah misteri hutan Tasik Kenyir itu untuk diabadikan dalam novel terbarunya.

Ya benar, ada sesuatu yang menyerang dan memakan manusia dalam hutan itu. Binatang buas yang lebih dikenali 'margasatwa' itu memang benar-benar ganas dan menakutkan. Kebolehannya bergerak laju dan mahir dalam hutan menjadikan ia satu-satunya pemangsa yang wajar digeruni. Ada kisah disebalik kewujudan margasatwa di hutan Tasik Kenyir. Asal usulnya adalah dari seorang lelaki yang warak dan punya ilmu mempertahankan diri yang mengagumkan. Namun, angkara khianat dia tunduk pada hasutan iblis, menjadikan dia meninggalkan segala kebaikan yang ada dalam dirinya.



Tajuk : Margasatwa
Penulis : Saidee Nor Azam
Halaman :
Harga : RM27.90/RM30.90




P/S - Recommended by Lulu Caldina




.

[Gambar] Serban terberat dan bersaiz ukuran 645 meter panjang yang menyamai saiz sebuah kolam renang Sukan Olimpik


[Gambar] Serban terberat dan bersaiz ukuran 645 meter panjang yang menyamai saiz sebuah kolam renang Sukan Olimpik | SESETENGAH orang tampil mengejutkan dunia dengan membawa bebanan terberat di bahu tetapi berbeza pula dengan Avtar Singh Mauni. Beliau memakai serban terberat dan bersaiz besar. Lelaki berbangsa Sikh yang berusia 60 tahun itu memakai serban berukuran 645 meter panjang yang menyamai saiz sebuah kolam renang untuk Sukan Olimpik. Avtar mengakui memakai serban tersebut sejak 16 tahun lalu dan proses memakainya mengambil masa selama enam jam. Lebih mengejutkan, serban itu turut ditambah dengan beberapa aksesori seberat 871 paun.


 "Saya tidak menyifatkan ia sebagai satu bebanan. Saya sentiasa gembira apabila memakainya," kata Avtar. Ada suatu ketika beliau merasakan dirinya tidak lengkap tanpa memakai serban tersebut. Avtar akan bergerak di sekitar wilayah Punjab menggunakan sebuah motosikal kerana pemakaian serban itu menyukarkannya untuk memandu kereta. Jelasnya, pemakaian serban mengingatkan kepada golongan muda berbangsa Sikh bahawa tindakan tersebut adalah satu tanggungjawab yang mulia. -AP




.

Wanita ini bertindak kejam terhadap seorang ibu yang sarat hamil



Wanita ini bertindak kejam terhadap seorang ibu yang sarat hamil | Seorang wanita mengaku menikam seorang ibu yang hamil lapan bulan sebelum membelah perut mangsa untuk mencuri anak dalam kandungannya. Maria Rodriguez, 29, dari wilayah Tepic, memberitahu polis, dia mengambil keputusan membunuh Nadia Avila dan mencuri bayi yang dikandungnya selepas menipu keluarganya bahawa dia hamil. Menurut polis, dia kini berdepan dengan tuduhan membunuh bayi berkenaan dan ibunya. Ketika menceritakan tindakannya itu, Maria berkata, dia mulanya memukul mangsa hingga pengsan selepas mempelawa Nadia ke rumahnya dengan alasan untuk memberikan baju bayi. “Apabila saya menekup mulutnya, dia menggigit saya. Saya mengikat tangannya ke belakang untuk mempertahankan diri. Tetapi, ketika itu saya belum membunuhnya.

“Dia menjerit, meminta saya membiarkannya. Saya memukulnya lagi hingga dia pengsan.“Kemudian saya melondehkan seluarnya dan menikam perutnya. “Dia bergerak sedikit. Saya membelah perutnya dan mengambil anak itu secepat mungkin kerana tidak mahu dia mati. “Tetapi saya gagal mengambil bayi berkenaan. Saya melakukannya secara paksa dan berjaya tetapi dia mati,” kata Maria. Maria memberitahu polis, dia terlalu inginkan bayi, tetapi tidak tahu untuk memberitahu keluarganya yang dia tidak hamil. “Sebelum ini haid saya lewat dan memeriksa darah, tetapi keputusannya negatif. Saya begitu perlukan anak dan semua anggota keluarga menyangka saya hamil. Tetapi saya hanya memperdayakan mereka dan akhirnya, tidak tahu untuk memberitahu keadaan sebenar.

“Tetapi, apabila melihat Nadia yang sarat mengandung, terlintas di hati saya, inilah peluang saya. Saya tidak mengenalinya langsung dan hanya dua kali melihatnya. “Saya memutuskan untuk mencuri kandungannya,” kata Maria. Dia ditangkap selepas memanggil pasukan perubatan untuk membawa mayat bayi yang dikeluarkannya dari perut mangsa supaya boleh memberitahu keluarganya bahawa dia keguguran. “Bagaimanapun, pasukan perubatan mula mengesyaki sesuatu apabila wanita itu tidak membenarkan mereka memasuki rumahnya,” kata jurucakap polis. Maria melarikan diri apabila pasukan perubatan mendesak untuk memeriksanya. Bagaimanapun, dia berjaya dikesan dan ditahan selepas suami Nadia, Juan Hernandez membuat laporan mengenai kehilangan isterinya. - Agensi





.

Wanita remaja mula melakukan sesuatu yang drastik untuk kelihatan cantik



Wanita remaja mula melakukan sesuatu yang drastik untuk kelihatan cantik | MEMANG sudah diketahui umum bahawa populariti budaya K-Pop menular ke seluruh dunia dan ia banyak disumbangkan oleh kecanggihan teknologi pembedahan bagi membentuk wajah cantik dan menarik. Keadaan itu menyebabkan sesetengah pihak percaya sebahagian remaja Korea Selatan lebih cenderung membelanjakan wang simpanan untuk menjalani pembedahan plastik berbanding melancong ke luar negara selepas menamatkan persekolahan peringkat menengah. Permintaan yang tinggi daripada penduduk tempatan juga menyebabkan bisnes pembedahan plastik berkembang maju dan lumayan.

Di Korea Selatan, klinik pembedahan plastik untuk mencantikkan wajah boleh ditemui hampir di mana saja, termasuk kawasan mewah dan eksklusif di Gangnam. Selain menjadi pusat tumpuan beli-belah dan hiburan di kalangan golongan elit, Gangnam juga seolah-olah syurga pembedahan plastik. Malah, satu daripada klinik pembedahan plastik di Gangnam menyimpan dua bekas kaca besar berisi tulang rahang pelanggan yang dibuang.


Melalui gambar yang disiarkan di Internet, bekas kaca itu mengandungi ribuan tulang rahang penduduk setempat yang ingin mencantikkan wajah masing-masing. Klinik berkenaan juga kelihatan berbangga mempamerkan koleksi tulang rahang itu di dalam premis mereka - mungkin untuk menarik keyakinan pelanggan yang berkunjung. Antara lain, koleksi ribuan rahang itu menjadi bukti bahawa klinik berkenaan sudah beroperasi dengan selamat sejak sekian lama dan mendapat keyakinan ramai.-AP



.

Gambar terkini anak penyanyi Datuk Jamal Abdillah, Osama Yamani yang kini sudah dewasa


Gambar terkini anak penyanyi Datuk Jamal Abdillah, Osama Yamani yang kini sudah dewasa | Penyanyi Datuk Jamal Abdillah tidak akan membenarkan anak sulungnya, Osama Yamani, 13, untuk bergiat aktif dalam bidang nyanyian secara sepenuh masa buat masa ini. Jamal atau nama sebenarnya, Jamal Ubaidillah Ali, 55, berkata, dia mahu Osama memberikan fokus terhadap pelajaran di sekolah dan hanya membuat persembahan jika mempunyai masa terluang. "Dia mempunyai bakat yang cukup besar sebagai penyanyi tetapi sebagai bapa saya mahu dia memberikan tumpuan kepada pembelajaran di sekolah kerana pendidikan itu sangat penting," katanya. Jamal kini sedang mengadakan persembahan di Panggung Sari, Istana Budaya menerusi Konsert Nostalgia bersama penyanyi Indonesia, Eddy Silitonga sehingga 31 Ogos ini.

Osama juga turut membuat penampilan istimewa dalam konsert berkenaan untuk berduet dengan bapanya. Dalam pada itu, Jamal berkata, biarpun tidak menggalakkan Osama menyanyi secara sepenuh masa namun sebagai bapa dia berbangga dengan bakat dimiliki anaknya itu dan mahu melihat dia berjaya sebagai seorang penyanyi suatu hari nanti. Jelas Jamal, bagi memastikan anaknya itu mendapat pendedahan yang betul dia menghantar Osama ke sebuah sekolah seni bagi membolehkan remaja itu mendapat pendidikan formal dalam bidang muzik. "Di sekolah berkenaan pada sebelah pagi dia akan belajar subjek akademik seperti biasa manakala pada waktu petang dia akan belajar mengenai muzik yang turut disediakan di sekolah tersebut.


"Sebagai bapa saya tidak kisah mengeluarkan sedikit modal kerana apa yang penting dia mendapat pendidikan formal sebagai persediaan untuknya pada masa hadapan," jelasnya. Sementara itu, Jamal berkata, dia tidak mahu Osama terlalu mengikut cara nyanyiannya dan ingin melihat remaja itu mempunyai identiti sendiri sebagai penyanyi. "Saya bersyukur dan berbangga dianugerahkan anak yang berbakat seperti Osama tetapi dia masih banyak ruang untuk dia memperbaiki diri dari segi teknik nyanyian kerana saya tidak mahu dia mengikut cara saya menyanyi. "Tiada tekanan pun untuknya masa ini kerana dia masih muda dan sebab itu saya mahu dia tumpukan perhatian kepada pelajaran terlebih dahulu," katanya. -Mstar



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!