Sunday, August 31, 2014

Keadaan bintang bolasepak, David Beckham selepas terlibat dengan kemalangan jalan raya di Los Angeles



Keadaan bintang bolasepak, David Beckham selepas terlibat dengan kemalangan jalan raya di Los Angeles | Selebriti bola sepak terkenal, David Beckham dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Sunset Boulevard berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles baru-baru ini. Akhbar Daily Mail melaporkan, suami kepada pereka fesyen, Victoria itu didapati mengalami cedera ringan di tangan kanannya.


David dipercayai terjatuh daripada motosikal yang merupakan salah sebuah daripada koleksi kenderaan antiknya. Kecederaan tersebut dirakam melalui kamera media ketika dia baharu sahaja sampai di lapangan terbang itu bersama anak-anaknya untuk ke Britain bagi bertemu dengan isterinya. - Agensi




.

Seram.. Ambil gambar tanpa sedar kewujudan sesuatu dalam gambar itu


Seram.. Ambil gambar tanpa sedar kewujudan sesuatu dalam gambar itu | SEORANG pelancong yang mengunjungi sebuah rumah agam berhantu yang terkenal di Ireland percaya dia mungkin merakamkan gambar roh seorang kanak-kanak perempuan. Thomas Beavis, 21, dari Lewisham, mengesan bayangan tersebut menerusi melihat gambar di dalam kameranya sewaktu dalam perjalanan balik dari Loftus Hall di Wexford.

Dia mengambil gambar ibunya bersama rakan-rakan semasa kunjungan itu tetapi terakam roh seorang kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Anne Tottenham dan wajah menakutkan seorang perempuan tua berhampiran tingkap. "Saya terkejut apabila terlihat gambar bayangan itu. Kami merasa sedikit gelisah sepanjang lawatan itu tetapi apabila saya menunjukkan gambar itu kepada rakan-rakan saya mereka tergamam.


"Saya juga memfokuskan di bahagian tingkap untuk melihat gambar kanak-kanak perempuan itu. Saya mengambil sedikit masa untuk menunjukkan gambar itu kepada yang lain kerana tidak pasti dengan apa yang saya lihat," katanya. Beberapa laporan mendakwa keluarga Tottenham berpindah ke rumah agam itu sekitar tahun 1766. Namun, anak bongsunya, Anne, jatuh sakit selepas terkena gangguan makhluk halus. Dia dipulaukan keluarga dan dikunci di dalam sebuah bilik di rumah agam itu sehingga meninggal dunia. -AP




.

Kanak-kanak ditemui rentung dalam kebakaran di Sipitang



Kanak-kanak ditemui rentung dalam kebakaran di Sipitang | Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun ditemui rentung dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah kongsi di Jalan Samur. Dalam kejadian 8 malam itu, mangsa dipercayai terperangkap di dalam rumah kongsi 14 pintu, menyebabkannya menjadi mangsa korban terbaru dalam siri kebakaran rumah di negeri ini. Jabatan Bomba dan Penyelamat Sipitang menerima panggilan kecemasan pada 8.25 malam dan tiba di lokasi 20 minit kemudian. Sebaik tiba, anggota bomba bertungkus-lumus mengawal keadaan dan api berjaya dipadamkan 9.04 malam. Anggota bomba yang melakukan pemeriksaan lanjut menemui satu mayat kanak-kanak rentung selain kediaman yang musnah 100 peratus. -Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!