Monday, September 1, 2014

Apa dah jadi pada lelaki ini??



Apa dah jadi pada lelaki ini?? | Seorang lelaki mabuk di China menerima padah selepas sebahagian tubuhnya tersekat ketika dia cuba merangkak keluar dari kios mesin pengeluaran wang automatik (ATM). Jurucakap bomba di wilayah Zhejiang, Hsin Ke memberitahu, maklumat diterima selepas orang awam bertindak membuat aduan selepas mendapati mangsa dikenali sebagai Cheng Kao pengsan berhampiran kios terbabit. "Usaha mengeluarkan Kao sukar kerana dia masih mabuk dan gagal mendengar arahan dengan jelas. Kami terpaksa memecahkan panel kaca sebagai jalan terakhir," jelasnya.


 Difahamkan, Kao mengambil keputusan keluar dari ruang pengudaraan kecil di bawah panel kaca itu selepas gagal membuka pintu kios tersebut akibat tersalah memasukkan nombor pin. Sementara itu menurut laporan Daily Mail, pihak berkuasa memaklumkan, lelaki malang terbabit perlu membayar ganti rugi membaik pulih kios ATM tersebut. Awal tahun lalu, seorang lelaki di wilayah Sichuan terpaksa menahan kesakitan selama enam jam selepas tangannya tersekat ketika dia cuba untuk mengambil telefon bimbitnya yang terjatuh di dalam lubang tandas. -AP




.

Bahaya bermain timbus anggota badan dalam pasir di pantai



Bahaya bermain timbus anggota badan dalam pasir di pantai | Seorang kanak-kanak perempuan maut apabila ditimbus pasir ke dalam lubang yang sengaja digali di Pantai Oregon Sabtu lalu. Mangsa, Isabel Grace Franks, 9, dikatakan mengunjungi kawasan pantai tersebut bersama keluarganya dari Bandar Sandy, Oregon. Dia bersama rakan-rakan dan adik-adiknya yang lain menggali lubang yang dalam untuk bermain bersama-sama. Menurut saksi, Tracey Dudley, mangsa dikatakan masuk dan duduk di dalam lubang tersebut untuk mengetahui kedalaman lubang yang baharu sahaja digali. “Tebing lubang itu tiba-tiba runtuh ketika dia (mangsa) masih berada di dalam lubang tersebut dan mangsa tertimbus dengan pasir.

“Pada mulanya kami sangka tidak ada apa-apa kemalangan yang berlaku. Ia adalah perkara biasa bagi kanak-kanak untuk bermain. Saya mulai sedar ada yang tidak kena apabila beberapa kanak-kanak menjerit-jerit,” katanya. Jelasnya lagi, sebaik melihat orang ramai bergegas menggali lubang itu demi menyelamatkan kanak-kanak tersebut, dia mula menghubungi talian kecemasan. Pegawai bomba yang mengesahkan menerima panggilan tersebut berkata, pihak berkuasa dan ahli pasukan bomba menerima laporan tepat jam 5 petang semalam dan bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati sekumpulan orang ramai masih bertungkus-lumus cuba mengorek lubang pasir itu bagi mengeluarkan dan menyelamatkan mangsa.


 Apabila mangsa berjaya ditarik keluar, Isabel didapati tidak sedarkan diri dan tidak bernafas. Bantuan pernafasan CPR segera diberikan dan kanak-kanak itu dikejarkan ke hospital namun mangsa tidak dapat diselamatkan. “Kesemua yang berada di situ terus menggali tanpa henti namun pasir tidak henti-henti runtuh. “Ia sesuatu yang menyayat hati. Kita boleh lihat usaha mereka yang sedaya-upaya cuba untuk selamatkan mereka. Saya tidak dapat cakap apa-apa. Ia sangat teruk,” katanya lagi. Dalam pada itu, jurucakap Jabatan Bomba Lincoln Utara, Jim Kusz berkata, insiden yang sama sebelum ini dilaporkan pernah terjadi namun kejadian kali ini adalah sesuatu yang jarang berlaku. -AP




.

Pelakon terkenal berkongsi derita disengat sekumpulan lebah


 Pelakon terkenal berkongsi derita disengat sekumpulan lebah | Aktres, Blake Lively diserang sekumpulan lebah ketika sedang menjalani penggambaran untuk laman blognya pada hujung minggu lalu iaitu sehari sebelum hari lahirnya. Menurut laman web, femalefirst.co.uk, Lively berkata, ketika dia teruja menjalani penggambaran untuk hari terakhir, pelakon itu tiba-tiba berasa sakit di bahagian leher, belakang dan kepalanya. "Pada mulanya, saya sangka ia merupakan satu perubahan pada badan saya kerana akan menyambut hari lahir saya keesokan harinya tetapi ia bukan seperti saya sangkakan.


"Saya merasa seperti ditembak berpuluh-puluh jarum halimunan di seluruh tubuh badan saya. Saya rasa sakit di seluruh badan saya seperti saya akan mati ketika itu," katanya dalam laman blognya itu. Lively yang mengalami bengkak pada kebanyakan bahagian badannya berkata, dia masih mampu membuat kek sempena menyambut hari lahirnya. Bintang drama Gossip Girl itu turut menjelaskan, serangan lebah itu memberi pengajaran hidup kepadanya. "Sengatan lebah itu mengingatkan saya bahawa hari lahir hanyalah nombor sahaja. Apa yang penting apa yang anda lakukan," katanya. -AP




.

Selepas disahkan mati akibat masalah pernafasan dan kegagalan organ, 'mayat' lelaki itu tiba-tiba bergerak



Selepas disahkan mati akibat masalah pernafasan dan kegagalan organ, 'mayat' lelaki itu tiba-tiba bergerak | Selepas dua jam disahkan meninggal dunia akibat masalah pernafasan dan kegagalan organ berfungsi, 'mayat' lelaki berkenaan tiba-tiba bergerak. Insiden itu berlaku ketika adik lelaki berkenaan memasuki bilik mayat sebuah hospital di sini untuk membuat persiapan upacara pengebumian abangnya, Valdelucio Goncalves.

Adik Goncalves, Walterio terkejut ketika mendekati beg mayat abangnya dan ia didapati bergerak, seolah-olah abangnya bernafas. “Saya terus memanggil jururawat yang kemudian membuka beg itu dan mendapati abang saya masih hidup,” katanya. Terdahulu, keluarganya dimaklumkan mengenai kematian lelaki berusia 54 tahun itu sebelum mayatnya dihantar ke bilik mayat hospital di Salvador, timur laut Brazil. -AP




.

Seorang lagi identiti penumpang MH17 dikenalpasti dan didedahkan



Seorang lagi identiti penumpang MH17 dikenalpasti dan didedahkan
| Seorang lagi rakyat Britain yang merupakan penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine, John Alder telah dikenal pasti. Agensi berita BBC News melaporkan, Pejabat Luar Britain telah mengesahkan mayat Alder telah dikenal pasti.


Alder, 63, dan rakannya, Liam Sweeney bersama 296 orang menaiki pesawat berkenaan sebelum ia ditembak jatuh pada 17 Julai lalu. Rakan Alder, Malcolm Pegg berkata, mereka berdua menaiki pesawat tersebut bagi mengikuti perlawanan pasukan bola sepak, Newcastle United di beberapa buah negara ketika kejadian itu berlaku. -AP




.

Kanak-kanak perempuan lemas di kolam renang hotel



Kanak-kanak perempuan lemas di kolam renang hotel | Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun lemas dalam kolam renang sebuah hotel di Jalan Pantai, di sini, petang tadi. Mangsa, Ko Ai Von ditemui sudah tenggelam dalam kolam berkenaan oleh penghuni lain kira-kira jam 3 petang. Pemangku Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Zulkifli Adamsah berkata, polis ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada keluarga mangsa.

 Menurutnya, mangsa dipercayai turun ke kolam renang berkenaan bersama bapa saudaranya sebelum disedari hilang. Beliau berkata, keluarga mangsa meminta bantuan orang ramai mencari Ai Von sebelum ditemui sudah tenggelam di dasar kolam renang. Zulkifli berkata, mangsa diberi bantuan pernafasan mulut ke mulut (CPR) sebelum dibawa ke Hospital Port Dickson (HPD), namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. -Metro



P/S - Sekadar gambar hiasan



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!